Special chapter [4]

1.2K 65 6
                                    


                      " Hanan! Cepat kira tau. Abang pergi menyorok," Sahut Luth dari kejauhan. Hanan mengangguk laju. Tubuhnya dipusing ke batang pokok tua dan matanya ditutup sebelum kiraan bermula.

Luth melilau ke sekeliling untuk mencari tempat persembunyian yang terbaik.

" 19... 20! Abang, Hanan cari ya?!"

Hanan berlari anak ke kawasan taman yang dipenuhi pokok dan bunga yang sangat cantik. Jauh sedikit Hanan berjalan, kelihatan punggung Luth yang terkeluar sedikit di belakang celahan pokok tinggi. Hanan menekup mulut menahan ketawa.

" Bah!! Hanan nampak bontot abang terjojol" Jerit Hanan.

" Alaa! Mana adil. Bontot abang dah lah montok. Pokok ni keding je. Macam mana abang nak menyorok?" Luth menarik muncung panjang.

" Salahkan pokok pulak dia. Dia yang tak pandai menyorok," Hanan mencebik.

" Ok. Hanan pulak sorok. Abang cari"

" Ok. Pastikan cari sampai jumpa sebab Hanan ni expert bab-bab menyorok ni," Hanan mula melangkah menjauhi Luth. Semakin jauh daripada Luth.

" Hanan Sofea! Lari dan teruskan lari tanpa menoleh lagi. Abang janji abang akan cari Hanan semula di alam sana dan hidup bahagia bersama-sama!" Laung Luth.

Langkah Hanan berhenti mendadak. Nafasnya berat dan matanya membesar. Dia menoleh sebelum berlari mendapatkan Luth. Malangnya, bayangan Luth yang tadi jelas sudah bertukar menjadi debu yang berterbangan.

" Abang!!!" Matanya memandang segenap ruang bilik tidur. Dia menekup wajah sambil beristighfar perlahan. Bayangan Luth yang hilang menakutkan dirinya.

Sudah 2 minggu sejak perkhabaran gembira tentang pembedahan Luth yang berjaya akan tetapi berita buruknya sekali lagi keadaan Luth yang cuma tinggal 50-50 untuk hidup dengan hanya menggunakan mesin. Kalau dia mampu sedar dalam jangka masa yang dekat kiranya dia akan pulih sepenuhnya selepas itu. Tiada sesiapa yang boleh melawatnya buat masa kini di ICU. Hanya doa sahaja yang menjadi hubungan mereka berdua.

Kakinya melangkah ke bilik memori. Sofa bean dihenyak sebelum kepala mengadah memandang siling. Lampu neon bintang yang ditampal mengeluarkan cahaya mencerahkan ruang tersebut.

Bilik memori; bilik yang dipenuhi kenangan dalam bentuk gambar dan CD berisi rakaman mereka setiap masa. Banyak yang mereka sudah kumpul untuk disimpan dan ditunjuk kepada anak cucu dan cicit.

Mungkin kalau aku duduk di sini aku akan terperangkap bersama kenangan indah kami.

Itu yang difikirkan Hanan ketika itu.

Hanan mengiring ke tepi. Gambar Luth yang berbingkai dipeluk ke dada.

Ting!

Hanan bangun daripada baring. Dia terpaku sebentar sambil menajamkan deria pendengaran. Tadi tak silap dia ada bunyi sesuatu yang melanggar barang seperti kaca di koridor depan bilik ni. Pepper spray di atas meja terus dicapai. Knife pocket juga dikeluarkan. Kain panjang dililit membalut rambut. Apa-apapun aurat yang utama. Allah yang satu!

Hanan perlahan berjalan ke arah pintu tertutup. Dia melekapkan telinga. Tiada sebarang bunyi yang terhasil lagi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Bismillah" Hanan membuka sebelum menyembur pepper spray ke serata arah.

" Eh. Tak ada sesiapa. Uhuk! Uhuk! Perit betul bau pepper ni." Hanan mengibas tangan ke udara di hadapan muka.

Bum!!!

" Siapa tu?!" Hanan berlari ke punca bunyi yang jatuh. Datang seperti dari arah tangga. Jadi betullah ada orang ceroboh rumahnya?! Siapa pulak nak buat onar malam-malam buta ni?

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now