[ 3 ]

2.7K 161 2
                                    




                                Selepas menghantar Luth ke bilik, dia menapak semula ke ruang makan. Kelihatan beberapa maid sedang mengemas meja makan.

" Hanan ok?" Tanya Wanda, prihatin. Hanan cuma mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Ingin memberitahu yang dia tak apa-apa.

" Hanan janganlah kecik hati ya kalau Hanan nampak tuan macamtu. Setiap hari dia akan berkelakuan sebegitu," Jelas Wanda. Raut wajahnya menunjukkan yang dia rasa serba salah bila melihat Luth menekingnya dikhalayak ramai.

" Eh, tak apa. Saya akan biasa dengan tu. Wanda janganlah risau ya? Saya akan bawak makan malam untuknya nanti,"

" Eh, tak perlu. Hanan jangan cari pasal kalau nampak tuan macamtu,"

" Mana boleh, Wanda. Tuan tak makan malam lagi. Nanti perut masuk angin susah saya," Tolak Hanan dengan cadangan Wanda. Walau apapun, Luth tetap dibawah jagaan dia. Kalau lelaki itu sakit, dia yang kena marah.

" Tapi..."

" Tak apa, Wanda. Hanan ok. Kalau pujuk tu dia ok la tu," Hanan tahu jaminannya tidak dapat membuatkan Wanda susah hati.

" Hanan nak bagi tuan makan apa? Semua lauk kat atas ni kalau dia dah tolak maknanya dia memang tak nak. Mungkin muak bila menelan benda yang sama. Tapi nak buat macam mana. Itu sahaja makanan yang boleh dimasak atas arahan Encik Izzat," Cerita Wanda. Nadanya kedengaran mengeluh; mungkin kerana dia dah penat melayan kerenah Luth yang suka mengikut kata hati.

Sedikit sebanyak Hanan tahu perihal Luth.

" Mungkin mood tuan swing sekarang. Hanan nampak jugak yang tuan penat sangat," Walaupun tiada kaitan tapi dia cakap sahaja.

" Hanan nak pergi makan dulu ya? Lapar pulak," Hanan masuk ke ruang dapur. Di situ semua hidangan tadi di letakkan pada meja Island.

Dia menyenduk sedikit-sedikit lauk yang ada. Kenapalah majikannya tak nak makan? Sedap ni! Segala makanan barat dan eropah terbentang luas di hadapan mata takkan dia mahu melepaskan peluang.

Dia berjalan ke arah meja makan lalu dia mengambil tempat. Hatinya tak sabar nak merasa masakan yang jarang dia rasa. Mesti sedap! Bau pun dah boleh membangkitkan seleranya.

Tangannya sudah dibasuh tadi dan hanya tunggu masa untuk menceduk makanan masuk ke dalam mulut. Dengan bacaan doa makan, Hanan mula menggumpal nasi bersama lauk. Saat nasi itu hampir masuk kedalam mulutnya, dia terhenti.

" Selesaikan kerja Hanan dulu sebelum buat apa-apa. Kita kena uruskan hal mereka dulu sebelum buat kerja sendiri. Jangan leka dalam melakukan tugas. Itu namanya tak amanah,"

Bisikan Puan Nisa kepadanya sebelum dia bergerak pergi menyebabkan seleranya mati. Hatinya berasa galau bila teringat akan nasihat maknya.

Majikannya tak makan lagi tapi dia sedap-sedap je bantai makan dulu? Apa kau ni Hanan? Kau tak amanah dalam bekerja. Asyik nak penuhkan keperluan kau sehingga keperluan orang lain kau abaikan? Berdosa tahu tak?

Hanan tanpa menunggu terus membasuh tangan yang sedikit kotor. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan baru dan diletak di atas dulang. Air masak dituang ke dalam gelas jernih yang panjang.

Tadi Wanda kata tuan tak akan makan dengan lauk yang ada tapi nak bagi dia makan apa? Tanya Hanan dalam hati.

" Ouh yes!!" Hanan menepuk tangan kuat dengan sekali. Dia melangkah ke arah microwave. Sup ayam yang dibekal oleh Puan Nisa dikeluarkan.

Hanan menghidu masakan maknya. Betapa rindunya dia pada syurganya itu.

Erm, takkan nak bagi makan sup je?

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now