Special chapter [2]

1.6K 62 5
                                    


  Izzati dan Fatini memandang Ijat yang sedang bersendirian di buaian rumah. Jauh termenung lelaki itu kelihatan memandang entah apa diluar sana. Malam yang dingin itu tidak dapat menyejukkan keadaan.

" Kenapa dengan abang awak tu?"

" Entah lah. Tak pernah dia macamni sebelum ni kecuali..."

" Kecuali?" Fatini berkerut. Izzati mendekati Ijat seraya menarik menghadapnya. Wajah Izzati kelihatan lebih serius.

" Apa jadi kat abang Luth?"

" Izzati... Aku tak tahu nak cakap macam mana,"

" Cakap pakai mulut! Bagitahu apa jadi sebelum aku terjah rumah dia,"

Ijat mengusutkan kepalanya kasar. Matanya bergenang. Apa yang dia takutkan terjadi jugak. Memang patut dia berjumpa dengan doktor tadi. Bangkai punya Luth.

" Luth... kanser otak tahap 3,"

" Apa?!!"

Fatini pulak terbeliak biji mata. Apa ini miska?

" Kau jangan main-main, bang. Aku terajang masuk kolam nanti."

" Kau fikir aku nak main-main ke?! Aku pun terkejut lah dengar perkhabaran ni! Patutlah setan tu lain macam je dua menjak ni. Argh!"

Izzati menggeleng tak percaya. Dia mencapai kunci motor lalu bergerak keluar. Ceh, diterjah juga rumah si Luth tu.

" Awak, betul ke ni?"

" Kalau ikut laporan perubatan doktor tadi memang betullah dengan simptom yang Luth ada."

Fatini menunduk simpati. Lepas satu-satu terjadi.







Angin malam perlahan menampar pipi Hanan yang sedang berada di laman belakang menghadap rumah pokok. Luth di belakangnya jugak berdiri kaku tidak tahu mahu buat apa.

" Abang mintak maaf,"

" Kenapa abang nak mintak maaf pulak?" Hanan menoleh menghadap Luth. Mukanya beriak pelik.

" Sebab buat Hanan sedih waktu kita tengah bergembira tadi,"

Hanan terus memeluk Luth erat. " Thank you, abang."

" For?"

" Thank you for letting me know this. Abang sanggup kongsi berita ni dengan Hanan daripada menyembunyikan dan terseksa bersendirian. Abang jangan risau. Hanan akan selalu berada di samping abang. Kita akan lawan bersama sampai abang sembuh. Hanan tahu abang akan sembuh. Abang akan teruskan hidup demi kita semua." Air mata Hanan turun ke pipi. Luth membalas pelukan Hanan erat.

" Hanan, abang sayang Hanan sangat-sangat. Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sebab terjadi perkara sebegini. Abang tak sanggup nak tengok Hanan sedih sebab abang tapi keadaan memaksa," Luth juga menitik air mata kesebakan.

" It's not your fault."

Hanan Sofea; wanita paling kuat yang pernah aku jumpa. Daripada menangis merintih dan meratapi tapi hasil didikan rohani yang kuat, dia sanggup ketepikan emosi daripada melihat aku jatuh terduduk sekali. Sungguh ciptaanMu sangat cantik luar dan dalam, Ya Allah.

" Abang! Woi, abang!!!"

" Alamak. Mesti Izzati dah tahu tentang perkara ni." Kata Luth perlahan.

Izzati terus menerkam Luth sehingga terjatuh ke tanah.

" Sampai hati abang nak pergi mati?! Abang dah tak sayangkan kami dah ke? Sanggup tinggalkan Hanan dan anak-anak?! Eee geramnya aku! Geram! Geram!" Izzati menarik-narik rambut Luth.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now