Special chapter [Final]

3.1K 108 58
                                    


  " Migraine teruk ni. Nasib baik tak sampai pembuluh darah pecah" Jelas Sani selepas pemeriksaan. Dia membelek rekod kesihatan Luth. Pernah ada sejarah tentang kompilasi otak disebabkan terlalu banyak kandungan dadah dalam badan.

Luth berfikir lama. " Kanser. Buatkan aku menghidap penyakit kanser otak."

Doktor Sani ternganga sedikit. " Oi, kau ni sikit-sikit dah lah. Kanser tu over sangat bro," Kata Sani lagi.

" Olok-olok je. Bukan betul pun. Aku perlukan kau jadi pelakon tambahan aku dalam cerita ni selama 5 bulan. No one can know about this. Only me and you. Sempena hari jadi Hanan, aku nak prank kaw-kaw punya."

" Teruk sangat perangai kau dari dulu sampai sekarang tak berubah. Kau tak takut ke kalau satu hari nanti dia benci dengan perbuatan kau ni?"

" Aku kenal Hanan macam mana. Dia takkan sesenang membenci aku."

Dia sudah merancang dari awal lagi. Dia dan Hanan perlukan bantuan. Dia tahu yang mereka masih terlalu mentah dalam hal rumah tangga jadi dia perlukan sesuatu yang boleh mengajar mereka berdua erti sebuah pengorbanan dan penghargaan.

" Aku bukan tak nak tolong. Hal ni boleh mencemarkan reputasi aku di sini andai satu hari nanti benda akan jadi lebih teruk."

" Aku janji aku akan bertanggungjawab atas semua benda yang terjadi."

" Haih, susah lah nak cakap dengan kau ni. Macam mana lah si Ijat tu boleh tahan dengan kau? Ye lah, ye lah. Aku tolong tapi bukan free of charge tau,"

" Ceh. Ikhlas lah sikit. Kawan dalam kesusahan ni."

" Kawan dalam kesusahan konon. Aku sebenarnya serba salah nak tipu bini dan keluarga kau. Aku rasa tak perlu lah sampai macam ni sekali,"

" I have my own reason," Luth menggaru dahi. Wajahnya juga seperti berbelah bahagi. Patut atau tak dia teruskan rancangan gila ni?

" Let's proceed je lah. Kalau Ijat tanya apa-apa kau cakap je aku ada kanser. Yang lain biar aku settlekan. Apa-apa aku roger. Boleh?"





                                             " Nampaknya doa abang dah termakbul!"

" Doa yang mana satu? Banyak benda abang mintak ni."

" Ish! Nak baby lah!"

Ha sudah... Mengandung pulak dia. Alhamdulillah tapi... Macam mana aku nak buat plan ni berjalan. Aduh! Patut ke tak eh? Monolog Luth dalam hati.

" Abang... ada kanser otak tahap 3," Fuh. Janganlah kau pengsan pulak.

Wajah Hanan bertukar redup. " B-betul ke?"

" A-abang mintak maaf, Hanan..." Tak sanggup dia mahu melihat wajah kecewa Hanan. Dia terus memeluk Hanan erat.

' Maafkan abang sebab tipu Hanan,'














                                    " Serius ke kau boleh buat? 5 bulan tempoh kau ada. Bukan jangka masa yang sekejap."

" Tengoklah kalau aku mampu bertahan. Aku perlukan pertolongan kau waktu ni. Aku pun tak sanggup nak tengok dia sedih walaupun dia tak tunjukkan. Aku nak tebus semula masa yang aku sia-siakan sewaktu aku busy dulu"

Doktor Sani hanya menggeleng. " Ayat tak payah nak drama sangat. Menyampah aku."

Luth bantai gelak. " Tak sangka hebat jugak aku ni berlakon. Boleh menang Oscar."

" Angan-angan kau nak menang Oscar lenyap bila bini kau halau kau tidur luar rumah,"

" Jangan doakan macamtu do. Mulut masin lah kau ni, nyah. Ni ha, aku nak tanya. Apasal teruk sangat simptom aku kena ni? Migraine je kot"

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now