Special chapter [3]

1.3K 57 10
                                    


              Masuk bulan yang ke 4, keadaan Luth semakin lemah. Tangan yang menggeletar itu digenggam Hanan. Hanya seorang sahaja yang boleh melawatnya ketika itu dan Hanan adalah orang yang sesuai mendampinginya.

" Abang boleh lawan sakit tu. Please bertahan untuk anak kita."

Walaupun suhu bilik sejuk, peluh Luth merenek jatuh membasahi badan dan dahi. Dia menutup mukanya dengan lengan dan nafasnya sedikit tercungap. Wajah dipaling daripada Hanan. Tidak sanggup untuk dia kelihatan lemah di hadapan isterinya itu.

" Hanan, abang mintak keluar sekejap. Please... abang mohon sangat-sangat," Pinta Luth separuh merayu.

" Mana mungkin Hanan akan tinggalkan abang waktu-waktu macamni?!"

" Hanan... dengar cakap abang... Tolonglah..."

" Hanan panggilkan doktor ya?!"

" Argh... Cepat, Hanan. Abang tak tahan ni..." Wajah yang sememangnya merah bertambah merah. Hanan pantas bangun lalu keluar. Seketika, Doktor Sani muncul dan mengarah agar Hanan menunggu di luar sementara dia merawat Luth.

Hanan mundar mandir di tempat menunggu. Tak boleh terbayang bagaimana keadaan Luth di dalam sana. Dari jauh batang hidung keluarga mereka kelihatan mendekati.

" Hanan, Luth macam mana??"

" Tak tahu. Tadi tiba-tiba kondisinya teruk. Doktor tengah merawat keadaan dia. Ijat, Izzati, Hanan takut sangat," Hanan menangis perlahan. Tangannya ditekup ke muka. Bayangan anak-anak dirumah mula menjelma.

Izzati menarik Hanan dalam pelukan. " Shh kita kenal abang macam mana. Dia kuat. Dia mampu melawan sakit tu. Hanan jangan fikir banyak sangat."

Ijat membawa Hanan ke tempat lain. Kalau duduk di situ Hanan akan bertambah risau dan risau.

Ais latte dihulurkan kepada Hanan. Hanan mengucapkan terima kasih. Hirupan pertama sedikit sebanyak menenangkannya.

" Luth tu dah macam abang bagi saya. Yang sanggup buat macam-macam untuk kebahagiaan saya."

" Ya. Saya boleh nampak tu." Hanan tersenyum nipis.

" Sakit bila fikirkan kesakitan yang Luth terpaksa tanggung seorang diri waktu ketika dulu. Siapa lagi dia nak harapkan dalam dunia ni?"

Hanan tidak tahu mahu membalas apa. Fikirannya terawang-awang memikirkan keadaan Luth sekarang.

" Luth suruh kita terus kuat untuk dia. Itu yang dia pesan tempoh hari. Dia tahu dia tak boleh buat tanpa kita semua. Dorongan kita mampu membangkitkan semangatnya. Kalau Hanan lemah menangis macamni, macam mana Luth nak tahu yang kita nak bantu dia?"

" Awak cakap senang lah, Ijat. Awak tak ada dalam situasi saya. Saya sedang bawak anak dia dalam kandungan. Macam mana saya nak kuat andai satu hari nanti anak-anak dibesarkan tanpa seorang ayah??" Hanan menyangkal pernyataan Ijat. Dia sudah cuba sehabis baik untuk menjadi apa yang Luth nak tapi sanggup ke hati dia setiap hari tengok Luth terseksa?

" Saya nampak Luth pengsan bersama muntah darah, saya kuat! Saya teman Luth sewaktu dia diserang sakit kepala, saya terpaksa kuat! Saya mandikan dia waktu dia tak sedarkan diri, saya masih kuat. Tapi sampai bila, Ijat?! Sampai bila saya perlu tengok sahaja kesakitan yang dia alami sekarang?? Saya cuba! Saya dah cuba! Tapi sampai bila?!" Hanan melepaskan amarahnya.

Ijat mengelus wajah. Dia tahu dia tersilap kata dengan Hanan. Dia tak ada cara lain untuk menenangkannya.

" Kimoterapi tak berkesan lagi memandangkan tahap 3 dia sudah mencapai peringkat teruk menurut kata Doktor Sani. Apa lagi ikhtiar yang kita boleh buat?! Saya terbeban bila fikirkan masalah ini,"

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now