[ 1 ]

3.4K 166 12
                                    


4 tahun kemudian

                        Hanan Sofea mendongak memandang ke arah rumah agam yang terbentang indah di hadapannya. Dia terkedu melihat rumah sebesar ni. Rasanya ini kali pertama dia melihat rumah sebesar ini sepanjang hidupnya.

Ini kalau aku kerja bertahun-tahun pun, belum tentu aku dapat beli rumah macam ni. Gumam hati kecilnya.

Dia menarik nafas dan melangkah ke arah pintu utama. Dia menekan loceng rumah tersebut dengan perasaan berdebar. Mengharapkan dia diterima untuk bekerja sebagai jururawat peribadi. Entah kenapa rezekinya belum kunjung tiba sejak dia mendapat segulung ijazah dalam bidang hospitaliti beberapa bulan yang lalu.

Selepas hampir berputus asa, dia mencuba nasib setelah mendapat tahu tentang pencarian jururawat peribadi daripada rakan-rakannya di internet. Terus sahaja dia 'apply' dan berharap dia mendapat panggilan daripada pihak tersebut.

Dan Alhamdullilah dia dapat juga panggilan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Izzat. Selepas mendengar butiran mudah daripada lelaki itu, Hanan terkejut besar.

RM50,000 sebulan??

Mak aih! Kenapa lumayan sangat gajinya? Bukankah kerja jururawat ni senang?

" Cik? Oo cik?" Lamunan Hanan serta merta hilang apabila suara seorang perempuan berusia menerpa ke dalam telinganya.

" Ha ya? Maaf. Saya... termenung pulak,"

" Ini Hanan Sofea? Yang nak bekerja sebagai jururawat peribadi tuan?"

" Ha ya! Saya Hanan. Apa khabar, Puan?"

" Eh, jangan lah berpuan-puan. Saya cuma orang gaji je dalam rumah ni. Panggil saya Wanda," Wanda memperkenalkan diri.

Hanan hanya mengangguk dengan senyuman manis. Permulaan yang baik. Dapat berkenalan dengan orang dalam rumah ni dengan ramah dapat menenangkan hatinya yang sedikit takut.

" Eh, mari masuk. Encik Izzat dah tunggu di dalam,"

Hanan masuk ke dalam sambil memberi salam. Melihat struktur rumah ni pun dia dah terbeliak biji mata. Bukan main mewah lagi dalamnya. Air liur ditelan kesat.

" Kalau Wanda tak keberatan, boleh Hanan tanya dah berapa lama Wanda bekerja dalam rumah ni?" Tanya Hanan sambil melilau ke sekeliling.

" Hampir 7 tahun jugak la sejak tuan pindah ke dalam rumah ni. Kiranya Wanda orang gaji yang dipercayai tuan,"

" Lama jugak ya Wanda bekerja dengan majikan rumah ni?"

Wanda hanya mengangguk mengiyakan.

" Bakal majikan Hanan ni macam mana ya orangnya?" Eh, belum apa-apa dah bakal majikan ya kau, Hanan? Hanan menepuk dahi perlahan.

" Tuan baik orangnya tapi jugak tegas orangnya. Kalau tak kena pada matanya dia akan mengamuk. Wanda harap kalau Hanan dapat kerja ni, Hanan janganlah takut dan terus berhenti kerja. Tuan marah sekejap sahaja," Jelas Wanda sedikit sebanyak.

" Ouh, biasalah tu mengamuk kalau ada yang tak kena kan? Setakat marah-marah, Hanan ok lagi," Tukas Hanan.

" Err.. itulah masalahnya. Tuan ni jenis angin satu badan. Lagi-lagi lepas..." Wanda tidak meneruskan ceritanya. Takut kalau orang luar tahu tentang kisah silam majikannya, mahu dia kena maki nanti.

Hanan memandang Wanda dengan wajah ingin tahu. Nak juga dia tahu ciri-ciri bakal majikannya. Boleh dia bersiap sedia dari awal.

" Eh, Ya Allah! Lupa pulak Wanda ada kerja kat dapur. Hanan duduklah dulu ya kat sofa ni. Wanda pergi buatkan air untuk Hanan. Mesti Hanan penat nak datang ke sini," Wanda tanpa menunggu balasan daripada Hanan terus melangkah laju ke dapur; meninggalkan Hanan yang sedikit terpinga dengan tingkah lakunya.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now