[ 2 ]

3.1K 156 3
                                    




Sudah dua beg bagasi dia kemaskan. Entah kenapa dia rasa macam dia tak boleh nak teruskan benda ni. Berjauhan dengan keluarga bukanlah salah satu senarai plan apabila dia mendapat kerja. Tak mungkin dia akan membiarkan ahli keluarganya hidup tanpa kehadiran dia di sisi. Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan.

" Hanan, boleh mak masuk?" Hanan mengangkat kepala menghadap pintu bilik. Dia mengukirkan senyuman sambil menjemput maknya masuk.

Puan Nisa duduk di birai katil bujang anaknya. Dia memandang pula ke arah barang-barang yang sudah dikemas anaknya.

" Mak, Hanan rasa Hanan tak boleh..."

" Kenapa, nak? Hanan rasa berdosa ke bila terpaksa tinggalkan mak dan adik-adik di sini semata-mata untuk kerja?" Tanya Puan Nisa, lembut.

Pertanyaan maknya membuatkan dia tergamam. Naluri maknya memang kuat. Apa yang sering menjadi kebuntuannya pasti dapat dihidu Puan Nisa.

" Macam mana keadaan mak nanti? Mak tak sihat. Adik-adik sekolah. Siapa nak jaga mak kat rumah? Kalau Hanan ada dekat dengan mak, senang kalau jadi apa-apa," Hanan meluahkan isi hatinya. Dari tadi dia berfikir sama ada dia patut terima ke tak? Kalau dia tarik diri sebelum mula kan kerjanya dia perlu membayar denda bernilai RM30,000. Mana dia mahu cari duit itu??

" Amanah yang kita telah pegang perlu digalas dengan baik. Majikan Hanan perlukan bantuan Hanan. Cuba bayangkan arwah ayah ada ditempat majikan Hanan. Hanan suka bila tengok orang macam arwah ayah susah macamtu?"

" Mak...." Hanan lemah. Dia tak boleh dengar orang cakap tentang arwah ayahnya. Sebak di hati bila mendengar.

" Mak cakap ni bersebab. Nak Hanan tahu kita didunia menolong orang bukan kejar harta sahaja, kita kejar pahala dan syurga Ilahi. Mak tahu Hanan buat kerja yang mulia. Mak dah izinkan Hanan pergi. Soal mak dan adik-adik, Hanan jangan risau. Makcik Zainab sebelah rumah ni boleh tengok-tengokkan kami," Jamin Puan Nisa yakin. Sambil itu dia mengusap tangan Hanan lembut agar anak perempuan sulungnya itu dapat menerima nasihatnya.

" Sure?" Soal Hanan buat kali terakhir.

" Ye, sayang," Puan Nisa lantas menarik Hanan ke dalam pelukan.

" Hanan sentiasa sayangkan mak dan adik-adik. Hanan janji yang Hanan akan kirim duit belanja setiap minggu. Mak doakan Hanan supaya Hanan dapat kekal dalam kerja ni," Ujar Hanan sebak.

" Insha Allah. Nanti mak akan call Hanan setiap malam. Ok?"

Hanan mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia bersyukur bila dapat mak yang memahami macam Puan Nisa. Dia berharap tanpa keberadaannya di rumah tiada apa-apa buruk yang berlaku.

Maafkan Hanan, mak.

" Adik-adik dah tahu ke pasal ni?"

" Belum. Kejap lagi mak bagilah tahu,"

" Assalamualaikum, mak! Kak Hanan!" Laung suara garau di luar rumah. Nampaknya angah sudah pulang. Dengar macam terburu-buru je masuk dalam rumah.

" Ha panjang umur. Dah terpacak depan rumah,"

" Mak?! Kak Hanan?!"

" Kami kat dalam bilik Kak Hanan," Balas Puan Nisa.

Tersembul kepala Luqman di muka pintu bilik. Dia masuk lalu menyalami maknya dan kakak sulungnya.

" Mak! Siapa kat luar tu? Pakai kereta mahal pulak tu... Eh akak? Akak nak pergi mana pulak ni?"

Puan Nisa dan Hanan berpandangan. Erm, siapa pulak yang perlu bercerita ni?

" Kakak kamu dah dapat kerja. Syukur sangat-sangat. Tapi nak tak nak dia kena ikut majikan dia ke tempat kerja sebab lagi senang memandangkan majikan akak kamu ditimpa kemalangan macam... arwah ayah," Jelas Puan Nisa dengan satu per satu agar Luqman faham situasi Hanan.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz