[ Prolog ]

6.4K 167 9
                                    


              Pancuran air dari dalam bilik air terhenti. Tuala dililit ke pinggang. Luth menapak keluar dengan tubuh badan yang segar selepas mandi pagi.

Badan yang sasa ditilik dengan senyuman yang puas. Aset masih baik dan bertenaga. Dia menyambung langkahnya ke arah bilik closet yang menempatkan pakaian-pakaian ekslusifnya.

Jari menari-nari di setiap pakaian untuk dipilih. Suit royal blue black menjadi tema pada hari ini bersama tali leher berwarna hitam.

Luth meneliti dirinya yang sudah lengkap berpakaian di hadapan cermin almari yang besar. Dia membetulkan kolar baju dan memakai jam tangan rolex men edisi terhad; menampakkan lagi gaya maskulin yang ada pada diri lelaki itu.

Minyak wangi Calvin Klein menjadi pilihan. Aroma kelelakian mula merebak ke segenap ruang bilik itu.

Dalam sibuk membelek rambut yang sudah digel kemas, ada sepasang tangan yang memaut bidang dadanya daripada belakang. Luth tersenyum bahagia.

Siapa lagi yang selalu berkongsi saat suka dan duka bersamanya kalau bukan isteri tercinta. Riana menapak di hadapan Luth lalu dicium sekilas bibir merah bak delima tersebut.

" Good morning, husband," Bisik Riana sambil membantu Luth memakai tali leher. Luth hanya membiarkan lalu menilik muka cantik itu.

" Morning, sayang," Serak-serak basah dia membalas.

" Jangan lupa malam ni ya?"

" Of course I ingat. Takkan I nak lupa anniversary kita? But I'm going to be a bit late okay? Harini ada meeting penting dengan ahli lembaga," Luth mencium dahi Riana dengan penuh kasih sayang.

Riana terus membuat muka masam. Merajuk! Dia melipat dada dan menoleh ke arah lain.

" Jangan la merajuk. I akan balik secepat yang mungkin ok?"

Riana masih statik dengan muka kelatnya. Luth tersenyum lembut melihat isterinya lalu mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya. Dia menghulurkan kepada Riana.

" I bagi ni and promise you takkan merajuk. Boleh?"

Riana memandang kad kredit berwarna emas di tangan Luth dengan sinar cahaya daripada matanya.

" Unlimited?" Tanya Riana inginkan kepastian.

" Yes, unlimited. Enjoy your day today and I'll promise that I will come back earlier,"

" Ok. I ingat janji you," Sebagai sentuhan yang terakhir, Riana membetulkan kedudukan tali leher Luth dengan lembut. Dia mencapai kad kredit itu sambil membayangkan koleksi-koleksi beg tangan yang akan dia beli nanti.

" My husband is so handsome today," Puji Riana ikhlas. Luth mengangkat keningnya. Harini je?

" Today? Macam mana dengan sebelum-sebelum ni?" Luth menjuihkan bibir tanda berjauh hati. Riana menutup mulutnya yang tersenyum. Alamak, tersasul pulak!

Tengku Luth Hanafi Rafael merajuk? Ini bukan diri dia yang sebenar kalau diikutkan. Aura professional dan garang yang sentiasa menjadi ketakutan para pekerja yang mengenalinya tidak mampu melawan kehendak mahupun kata-katanya. Kematangan seorang Luth ini membuatkan dia mencapai tangga kejayaan dalam usaha untuk menaikkan lagi nama Luth HR Empire ke prasada dunia.

Masa bekerja dingin segarang harimau belang, masa keluarga? Hanya seorang sahaja dapat menjinakkan kucing garang itu iaitu isterinya; Suriana Natasya.

Sudah 3 tahun dia membina masjid bersama Riana dan sehingga sekarang rumah tangga mereka masih dalam keadaan bahagia dan harmoni. Kalau boleh dia ingin hubungan ini kekal sampai ke syurga tanpa ada halangan dan rintangan.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now