[ 15 ]

2.7K 122 9
                                    


Hanan menarik zip beg. Dia tersenyum apabila sudah menyiapkan barang-barang sebelum berangkat pulang.

Dia memandang jam. Sudah hampir 10 malam. Nampaknya kerja dia hari ni dah selesai selepas menghantar Luth tidur di biliknya. Boleh lah dia berehat di dalam bilik sebelum esok pagi.

" Home sweet home. Rindunya rumah!" Kata Hanan.

  Tok! Tok! Tok! Tok!

Siapa pula yang datang ni? Dia menapak ke arah pintu. Tombol di pulas dan seketika kelihatan Luth yang sedang menanti dia di hadapan.

" Tuan? Tuan kenapa datang ke sini? Bukan tadi tuan dah tidur di atas ke??"

" Boleh tak teman saya sekejap di gazebo?" Pinta Luth dengan muka mengharap.

" Err.. sure," Hanan beriak pelik. Kenapa eh?

Luth tersenyum. Dia bergerak mendahului Hanan yang masih terpinga-pinga.

Gazebo yang dihiasi dengan lampu LED fairylight bersama tergantung beberapa gambar polaroid dipandang tanpa kelip. Meja yang dipenuhi dengan makanan dan sebuah kek hari jadi membuatkan Hanan sedikit hairan. Hari jadi siapa harini? Luth? Tapi kenapa Ijat dan Izzati tak cakap apa-apa pun?

" Tuan? Ni majlis apa ni?"

" Jom lah duduk dulu," Jemput Luth sambil bergerak ke arah gazebo. Hanan mengikut belakang Luth.

Saat matanya mula jelas melihat ayat di atas permukaan kek, dia menoleh mencari mata Luth.

" Today is-..."

Luth mengangguk pantas.

" Setiap tahun saya akan raikan hari jadi Aurora. Seorang diri di sini," Ujar Luth perlahan. Matanya masih fokus pada lilin yang hidup apinya di atas kek. Hanan perlahan duduk di bangku. Kesayuan yang terpancar di wajah itu membuatkan dia terbuai dalam kesedihan. Faham akan kerinduan seorang ayah terhadap anak.

" Eventhough-..."

" Ya saya tahu dia bukan anak saya tapi awak tak tahu betapa sayangnya saya pada dia," Sebak suara Luth di pendengaran Hanan. Hanan menahan air mata yang terkeluar.

" Masa saya jumpa dengan Aurora tempoh hari buatkan hati saya terubat sikit dengan kehadiran dia di hadapan mata tapi...." Luth berhenti seketika. Nampak kerongkongnya bergerak meneguk air liur.

" You don't have to pressure yourself," Hanan memujuk lembut.

" Dia panggil orang lain dengan gelaran yang sepatutnya saya yang dapat," Luth menekup mukanya. Wajah yang merah akibat menahan tangisan keluar.

" Ini tak adil, Hanan," Tambah Luth lagi dengan linangan air mata.

" Walaupun hanya dua tahun saya bersama dengan dia dulu tapi banyak sangat dia tinggalkan kesan dalam hati saya,"

" Saya faham apa yang tuan rasa," Sebenarnya Hanan pun tak tahu nak cakap apa. Melihat Luth yang dalam kesedihan membuatkan dia buntu.

Nak bagi semangat macam mana lagi? Kalau melibatkan hati dan perasaan kepada bekas isterinya boleh lah dia nasihat tapi ini anak? How?

" Kenapa Ijat tak ada sekali?" Tanya Hanan.

" Dia tak boleh tahu. Kalau tak nanti dia marah saya. Dia tak nak saya ada kena mengena lagi dengan perempuan tu termasuklah Aurora,"

" He's trying to help and you know that,"

" Yes I know! Tapi dia tak boleh nak pisahkan hubungan saya dengan anak saya. Walau apapun, Aurora tetap anak saya!" Bentak Luth perlahan.

[ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)Where stories live. Discover now