"ASSALAMUALAIKUM and very good evening ladies and gentlemen, boy's and girls. I'm Syed Izzat Iskandar, your captain speaking. On behalf of Emirates Airlines and the entire crew, we would like to welcome you to Kuala Lumpur. We would like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. To the all of dear passengers, welcome to Malaysia. And to the all of Malaysians, welcome home. Have a nice stay! Thank you!”Kedengaran pengumuman daripada Kapten Syed Izzat Iskandar bergema untuk yang kesekian kalinya di setiap sudut kabin pesawat. Masing-masing sudah berpusu-pusu mengeluarkan beg-beg mereka daripada dalam overhead compartment lalu dibawa keluar pula keluar dari dalam pesawat.
Selesai sahaja menulis segala dokumen, Izz mengeluarkan jaket dan topi juruterbangnya dari dalam almari khas lalu disarung ke tubuhnya. Luggage dan briefcase ditarik keluar dari dalam kokpit lalu menuju ke bahagian Business Class untuk mendapatkan Fara dan yang lainnya yang sedang bergambar bersama pramugara dan pramugari.
Salah seorang pramugara menariknya untuk bergambar sekali. Bergambar, bergambar, dan bergambar... Itu lah satu-satunya benda yang paling penting sebelum berpisah. Ya lah, lepas ni, belum tentu boleh berjumpa seperti biasa.
Kapten Naeem menghampiri Izz. " She looks so gorgeous! She must be your wife, isn't it?" Soal Kapten Naeem, berbisik di telinganya.
Izz pandang Fara. Fara pandang Izz. Fara melihat Izz tayang senyum lalu kenyit mata ke arahnya. Aik, dah kenapa dia ni?
TROLLEY kosong diambil lalu diletakkan dengan beg-begnya yang bersaiz besar. Dengan diikuti beg juruterbang khas dan briefcase. Tidak dilupakan juga teddy bear bersaiz besar yang berseragam juruterbang berlambang Emirates. Itu lah dia, hadiah perpisahan daripada pihak Fly Emirates. Banyak lagi souvenir yang dia terima dari pihak syarikat penerbangan itu. Dia sangat-sangat menghargai semua pemberian itu. Kemudian dia memandang teddy bear. Dah lah comel, lagi besar darinya pula tu. Semua yang berada di terminal memandangnya.
"Welcome home, Captain Syed Izzat Iskandar." Ucapnya, sekadar didengari di telinganya sahaja sambil melilau pandangan ke persekitaran. Rakan-rakan krew sudah lama pergi. Mungkin sudah menaiki kenderaan ke hotel.
"Amboi, bang! Tadi masa naik flight, rasanya kita lima orang aje. Ni bawa kawan pula ke?" Soal Virza sambil menjeling sekilas teddy bear gemuk dan besar saiznya.
"Eh, eh... Biasalah. Bujang kan? Tu yang Emirates hadiahkan kawan." Jawab Izz, selamba sambil memeluk teddy bearnya. Mata-mata yang memandang dibiarkan sahaja terus memandang karenahnya.
Kemudian, trolley ditolak mengikut rentak langkah mereka menuju ke ruang balai ketibaan.
"Ye lah tu single? Tadi beriya cakap dekat kawan-kawan awak yang saya ni wife awak. Diorang nampak gaya saya ni macam wife awak ke?"
" Hah? Ada ke?"
" Elehh... Buat-buat lupa pula!"
" Yang mana ni?"
" Ada lah... Haishh! Muda-muda dah pelupa."
Izz garu belakang kepalanya. Sesuatu menerjah masuk ke mindanya.
" She looks so gorgeous! She must be your wife, isn't it?" Soal Kapten Naeem.
Izz pandang Fara. Izz senyum dan kemudiannya mengenyit mata ke arah wanita itu.
Agak berat sebenarnya untuk dia menuturkan. "Yes... Yes, she is my beloved wife, Nur Fara Liyana. And this one is my beloved son, Syed Farhan Hazim." Tipunya. Apa-apa yang muncul di otaknya, dia kelentong aje lah. Bukannya kawan-kawan dia tau pun.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...