ZIP di tepi luggage ditarik kemas, kemudian diletakkan di tepi katil. Tiga buah luggage besar dipandang serentak. Sebenarnya, masih berbaki sealmari penuh lagi baju di wardrobe room, tetapi hanya biar ditinggalkan aje di situ. Bukannya ada sesiapa yang nak masuk bilik ni pun nanti. Kemudian dia masuk semula ke dalam walk-in wardrobe room.
Seketika kemudian, kedengaran pintu diketuk dari luar. Izz menjengulkan sedikit kepalanya keluar. Hazim muncul dari sebalik pintu bersama Firdaus, Mirza dan Virza.
"Papa..." Panggil Hazim.
"Masuk lah, Hazim..." Seketika kemudian, Izz keluar dari dalam bilik kecil itu.
Hazim melangkah masuk ke dalam bilik mereka, kemudian Firdaus menyusul masuk, dengan diikuti Mirza dan Virza di belakangnya. Masing-masing datang menghampirinya di katil.
"Papa, kita nak pergi mana?" Soal Hazim apabila melihat beberapa beg besar di tepi katil mereka. Kemudian Hazim memandang papanya.
Keluhan berat dilepaskan. " Kita balik... Kita balik rumah kita lah. Kita kan ada rumah sendiri." Ujar Izz.
" Ini bukan rumah kita ke?" Soal Hazim lagi.
" Ini rumah atok dengan nenek..." Jawab Izz.
" Papa menangis ke?" Soal Hazim untuk yang kesekian kalinya.
Air mata yang hampir gugur dari tubir mata lantas diseka menggunakan tangan. Kemudian Izz senyum.
"Tak lah, sayang... Mata papa masuk habuk aje ni..." Nafi Izz. Dia tidak mahu menunjukkan sangat betapa lemahnya dia tika ini. Dia tidak mahu anak lelakinya itu mengetahui bahawa dia sedang menangis dan bersedih.
Firdaus, Mirza dan Virza berpandangan sesama sendiri. Jatuh kasih mereka melihat dua beranak itu.
"Abang Izz... Betul ke..."
"Betul... Apa yang korang dengar dan nampak, semuanya realiti." Izz sempat memotong percakapan Mirza sebentar tadi. Dia terlebih dahulu dapat mengagak apa-apa soalan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
"Rasanya, memang ini lah nasib Izz dengan Hazim. What can I do? Bila Puan Sri dekat luar tu dah turunkan arahan, kena lah Izz akur dengan perintah." Beritahu Izz, sedih aje intonasi suaranya.
" Tapi kenapa mama boleh buat sampai macam tu sekali?" Giliran Virza pula berbicara.
" Sudah lah... Benda dah jadi. Nak dikenang semula pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur, bubur pun dah tak boleh nak jadi nasi semula." Tenang aje Izz berbicara. Siap masih boleh senyum lagi tu.
"Tapi, Izz tak salah!" Firdaus masih mahu menegakkan keadilan untuk adiknya.
Izz tertawa kecil. " Tak apa lah, bang. Kalau itu yang terbaik untuk puan sri dekat depan tu, Izz terima."
" Takkan Izz nak mengalah macam tu je? Tak boleh!" Bantah Firdaus.
" Abang... Dah lah tu. Izz pun dah malas nak fikir semua benda ni. Letih!"
Firdaus akur dengan permintaan adiknya.
" Okay, kalau macam tu, jom abang hantar Izz balik rumah."
"Tak payah lah, bang. Izz boleh drive sendiri."
" Tak apa! Biar abang hantar!" Firdaus masih berkeras. Lantas bagasi milik Izz dan Hazim diusung keluar dari dalam bilik, dibantu juga oleh Virza dan Mirza. Izz akur, dia malas mahu bertekak lagi. Jadi dia hanya membiarkan sahaja abangnya, Mirza dan Virza usung begnya hingga ke luar.
Sebaik tiba di tingkat bawah, Puan Faezah memandang Firdaus, Mirza dan Virza serentak.
"Nak pergi mana ni?" Serius Puan Faezah bertanya.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...