( LBS Alam Perdana, Puncak Alam )
Izz bermain di ruang tamu bersama anak Rais iaitu Adam Hadzriq Scott. Budak yang pintar dan mendengar kata. Dah lah pipi tembam. Tambah pulak dengan sifat peramah yang ditonjolkan oleh kanak-kanak itu. Izz memang suka akan kanak-kanak terutamanya bayi.
"Risa mana weyh ?" Soal Izz kepada Rais.
"Ouhh... Dia outstation. Esok dia balik lah kot." Jelas Rais.
Izz makin galak mencubit pipi tembam Ayiq. Digomol pipinya sampai budak tu dah naik rimas.
Rais gembira apabila kini dia sudah miliki seorang anak lelaki yang comel dan sempurna.
"Izzat... Aku rasa kau boleh lupakan kot masa silam kau. Life must go on. Kau bila nak ada anak ?" Sengaja dia menyoal sahabatnya itu.
Persoalan itu sedikit menyentakkan dirinya. Kenapa harus soalan tu yang keluar dari mulut dia ? Dia tahu bahawa Amira pun tak sentuh lagi bab anak.
"Tak ada rezeki lagi kot..." Jawapan yang ringkas tetapi penuh makna.
"Bro... Ringkas betul jawapan. Kau kene ingat, kau bukan macam dulu. Kita dah kahwin. Kita yang lelaki ni ketua keluarga. Aku tak nak kau digelar dayus." Jelas Rais.
"Aku tahu lah. Insyaallah akan datang masanya." Balas Izz.
"Jawapan tu lah yang aku nak dengar. Kan senang."
Tawanya meletus.
"Izzat... Jom teman aku pergi beli barang dapur. Barang dekat rumah aku dah nak habis lahhh." Pinta Rais.
"Aku pun sebenrnya nak ajak kau pergi beli groceries. Alang-alang aku nak buat kejutan untuk bini aku."
******
Ketika mereka galak memilih barangan yang ingin dibeli, ramai wanita yang memandang mereka berdua. Pelik!!!
"Apa lah masalah makcik-makcik ni. Tak pernah tengok bapak bawa anak ke ? Apa diorang ingat kita ni baby sitter ?" Soal Raiz dengan nada yang geram.
"Biar lah orang nak cakap kita ni duda ke... Baby sitter ke... Yang penting kita pun makhluk Allah." Bebel Izz.
Tawa mereka bersatu.
******
Ikan siakap masak tiga rasa bersama ketam masak telur masin sudah dihidang di atas meja makan. Jam di dinding hampir menunjukkan pukul 7 petang.
Kalau nak diikutkan, Amira tak pernah lagi balik lewat sejak mereka berkahwin. IPhone di dalam poket dikeluarkan lalu dia terus mendail nombor isterinya. Tidak lama kemudian, panggilan tersebut dijawab.
"Hello. Sayang, hari ni you balik pukul berapa ?"
"Dah nak balik dah ni. Kenapa ?"
"Cepat balik... Hubby tunggu dekat rumah.
"Insyaallah... Bye." Panggilan terus diputuskan.
"Hello... Jap, aku tak habis cakap lagi dia dah matikan. Aku rasa kejutan aku tak jadi lah." Keluh Izz.
Izz memandang sekeliling rumah. Tiba-tiba matanya tertancap pada sudut yang terdapat gambar arwah isterinya. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Rindu untuk meluangkan masa bersama arwah. Gambar tersebut ditatap lama lalu dipeluk dengan erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
***
Usai solat maghrib, Izz melabuhkan punggungnya di atas sofa. Songkok di atas kepalanya dilepaskan lalu diletak di atas meja.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...