Perjalanan menaiki bot mengambil masa 15 minit. Akhirnya, Izz dan Amira tiba di Pulau Perhentian.
Jejak sahaja ke tanah, isi perut Amira terhambur keluar. Mabuk laut rupanya minah ni.
Izz menjengilkan matanya ke arah Amira. My god, dia muntah atas baju aku ?
"Damn... Habis kotor !" Bentak Izz. Suaranya kedengaran dingin sekali.Izz terus membuka sweater miliknya. Amira hanya mampu memandang Izz. Badannya... Sumpah lemah.
"Sorry hubby."
Amira terus berpaut pada bahu Izz.
"It's okay, sayang."
Izz terus berjalan sambil memimpin Amira yang sedang pening kepala. Tangan kanannya membawa beg milik Amira. Kepala Amira seakan-akan berpusing. Pandangannya menjadi kabur. Terasa hendak pengsan.
(Damai Resort)
Izz melambungkan tubuh Amira di atas katil. Perlahan-lahan mata Amira terpejam rapat.
Izz hanya menggeleng kepala. Rupanya, bini dia ni mabuk laut. Pelik ! Dia ni orang yang jenis suka travel dekat pulau. Tapi, mabuk laut.
Izz mambantu mengeluarkan dan menyusun pakaian milik Amira. Sekali dia buka beg milik isterinya, segala mak nenek underware ada. Berwarna-warni. Nasib baik bini.
(7:10 malam)
Iphone milik Amira menjerit meminta untuk diangkat. Nama Izz sebagai 'Beloved husbaby' tertera di skrin. Amira terus decline panggilan tersebut. Jam di dinding dipandang sekilas.
"Masyaallah... Lamanya aku tidur !! Tak apa... Sleeping beauty.... Ewahhh..."
Sliding door dibuka. Balkoni bilik berada betul-betul menghadap laut. Tenang rasanya melihat keindahan tuhan. Iphone di tangan ditatap. Perlahan-lahan air matanya mengalir keluar dari tubir mata.
"I'm deadly miss you, Adrie. You are a liar."
Gambar Amira bersama Adrie Hazim yang sedang tersenyum gembira ditatap sayu.
Amira melihat di sekeliling bilik hotel. Langsung tak nampak kelibat encik suami.
Gallery di handphone dibuka semula. Tempat di mana berpuluh-puluh gambar kenang-kenangannya bersama Adrie tersimpan. Satu persatu memori berlayar di kotak ingatannya.
iPhone berdering lagi meminta untuk diangkat. Nama 'Beloved Husbaby' tertera di skrin. Lantas dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello... Why hubby ?"
"Uhh... Nothing... I just wanna tell you. Hubby dekat bawah ni. Ambik angin kejap. Tapi itu lah, tak sampai hati nak kejut tadi." Kata Izz yang kedengaran suaranya di dalam corong speaker.
"Sayang, are you crying ?" Soal Izz. Suaranya kedengaran risau di hujung talian.
"Hmmmm.... No.... Nothing. Hubby, cepat balik." Pinta Amira.
"Okay. Tengah on the way."
Talian terus diputuskan..
Gambar di dalam gallery masih terpampang. Satu persatu gambar kenang-kenangan bersama Adrie dia delete. Yang tinggal hanya gambar keluarganya dan gambar bersama suaminya. Sebak semakin mengisi ruangan hati.
Sudah tiba masanya untuk dia move on. Kini, dia sudah ada kehidupan baharu bersama lelaki bernama Syed Izzat Iskandar. Sudah tiba masanya untuk dia menanam rasa kasih sayang dan memberi peluang kepada Izz untuk mereka create memori bersama.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...