BAB 27

8.1K 164 5
                                    

Malam itu Izz tersedar dari tidurnya sekitar jam 4 pagi. Dia mendengar bunyi bising yang datangnya dari luar bilik tidur mereka.

Izz menggoncangkan tubuh Amira sekuat hati namun langsung tiada respon yang ditunjukkan.

Izz berjalan ke satu sudut untuk mengambil kayu golf yang boleh digunakan pada saat-saat kecemasan seperti ini. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya.

Izz terkejut apabila melihat tiga orang lelaki bertopeng hitam berlegar-legar di hadapan bilik tidurnya.

"Hoi !" Izz menyergah semua lelaki bertopeng tersebut.

Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Belum sempat Izz mengangkat senjata, mereka terus menyerang Izz.
Ketiga-tiga orang lelaki tersebut mula mengepung Izz apabila salah seorang perompak manghampiri Amira yang sedang tidur di atas katil.

"No !!!" Menggelegak darah Izz apabila salah seorang daripada perompak itu mula mengusap ubun-ubun isterinya.

Amira terjaga saat ada tangan yang menyentuh di bahagian kepalanya. Dia sedar bahawa tangan itu bukan milik suaminya. Sentuhan Izz gentle kot.

Amira membuka matanya perlahan-lahan.

"Aku tahu tu bukan sentuhan suami aku. I know his touch very well..." Amira menepis kasar tangan itu lalu terus bangun dari tempat pembaringannya.

Mulalah Amira nak tunjukkan kuasa yang dimiliki olehnya. Kuasa karate. Memang sesuai cara tersebut digunakan pada saat-saat kecemasan begini.

Ketiga-tiga lelaki itu dipukul hingga berdarah oleh Amira dengan menggunakan kayu golf. Dalam masa 15 minit sahaja ketiga-tiga lelaki itu sudah pengsan di atas lantai. Amira terus berlari menghampiri suaminya.

"Hubby !" Matanya terbeliak melihat suami tercinta sudah terkulai layu di hadapan pintu bilik mereka. Banyak darah mengalir dari bahagian tubuh.

*****

"Sayang.... Dah-dah lah tu... Hubby penat dok tengok sayang nangis." Izz mengesat air mata isterinya yang turun ke pipi. Makin sayu hatinya.

Amira hanya diam tak terkata. Tangan Izz dia genggam lembut seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

"Stupid ! Kenapa hubby tak ketuk kepala sayang sampai sayang bangun sebelum lawan dengan semua perompaktu !!"

Terkejut Izz dibuatnya apabila Amira tiba-tiba meninggikan suaranya kepadanya.

"Hubby minta maaf okay... Sepatutnya hubby yang kene lindungi sayang. Ni tak, terbalik jadinya. It's okay, stupid is fine, as long as my wife tak cedera." Izz rasa menyesal sangat. Sepatutnya suami yang kene lindung isteri, ni jadi terbalik pulak.

"You don't need to say sorry." Lega hati Amira apabila Izz masih dapat meneruskan hidup bersamanya. Bersyukur kepada-Nya.

"Get well soon, my friend." Ucap Dr. Alissa, Amanina dan Najihah serentak.

"Thanks... By the way, thanks gak sebab tolong tengok-tengokkn Amira masa aku tak sedarkan diri.

"No problem... Amira kan kawan kitorang. Takkan nak tengok aje dia sedih." Balas Amanina.

"Kau tahu tak, baru 4 hari kau tak sedarkan diri. Kalau seminggu... Sebulan... Tak ke huru hara bini kau ni." Usik Najihah.

Tawa mereka meletus. Kalau dengan si Najihah ni ada je lawak yang dia nak buat. Ye lah, susah kot nak cari kawan yang penghibur. Terutamanya perempuan.

"Heyyy... Apa khabar, my bro." Danial menerjah masuk ke dalam bilik Izz dengan beberapa orang yang lainnya.

"Hubby... I keluar dulu." Pinta Amira.

Sebelum keluar dari bilik Izz, Amira sempat menghadiahkan satu kucupan ke dahi suaminya lalu kelur bersama tiga rakannya.

"Gila lah kau. Kering darah aku bila dengar kau kene tetak. Teruk siutt kau injured." Am kembali bersuara apabila bayangan rakan-rakan isteri Izz hilang dari pandangan.

"Aku rasa Allah nak uji hubungan aku dengan Amira. Alhamdulillah... Masih bertahan." Lantas Izz menjawab.

"Nasib baik tak jadi apa-apa. Aku ni yang dekat Sydney  pun risau tahap gaban. Ni pun aku baru balik. Terus terjah datang sini. Nasib baik si Am ni ada." Jelas Zhaiem.

"Nasib baik bini kau sempat bawa kau datang sini. Kalau tak, aku pun tak ada abang ipar." Usik Danial dengan mimik muka yang sedih.

"Gedik lah kau ni !!!"

Gelak mereka semua meletus seperti lahar gunung berapi. Terhibur Izz dibuatnya.



















Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now