Izz baru sahaja melangkah keluar dari balai ketibaan lalu menuju ke pintu utama KLIA. Hatinya begitu gembira memandangkan hari berikut merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
Izz terus bergerak menuju ke kerera Honda Civic miliknya. Tidak lama kemudian, Izz mendapat satu panggilan daripada Areeda.
"Hello, sayang. Kenapa ni. Rindu hubby ke ?" Izz sengaja mengusik Areeda dengan soalan tersebut..
" Bini mana yang tak rindu husband dia ? Ni, sayang nak bagi tahu. Mungkin nanti sayang balik. Malam nanti kot." Kata Areeda pula.
" Tak apa. Hubby faham kerjaya kita kan sama. So, dua-dua rasa susah nak jumpa kan. Okay, macam ni, sayang balik je sini kita spend time ye." Balas Izz pula.
" Okay. Kita jumpa nanti malan ya. Tengah pening kepala ni. Tak tahu kenapa rasa tak sedap badan." Kata Areeda dengan nada yang perlahan.
"Sayang. Kenapa ni ? Sayang..." Belum sempat dia menyambung ayatnya, panggilan mereka sudah terputus. Rasa risau sudah membuak-buak dalam hati Izz.
Izz mendapat teguran dari adiknya, Reesya dan abangnya, Daus.
" Ni abang tak balik lagi ke ?" Soal Reesya yang baru mulai kerjayanya sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan Syed Airline milik papanya sendiri.
"Nak balik macam mana. Abang tunggu korang lah. Dating lagi lama-lama dekat dalam tu." Izz menjeling ke arah Daus dan Reesya.
"Izz, happy birthday my bro." Daus membuat kejutan untuk Izz yang disayangi dengan memberikan sebuah jam tangan berjenama Hannah Martin.
Izz terus memeluk abangnya yang kacak. Macam tau je Izz memang meminati jam tangan tersebut. Tetapi harganya sangat mahal. Masih belum mampu untuk membelinya.
Reesya pula memberikan sebuah telefon pintar keluaran terkini dari syarikat Apple. Satu lagi pelukan melekat di tubuh Izz.
"Mana korang tau yang Izz memang minat dengan semua ni ?" Soal Izz dengan perasaan terharu.
"Izz, kita ni adik-beradik tau. Mestilah kitorang tau apa yang Izz nak." Balas Daus.
Mereka terus memasuki perut kereta milik Izz. Masing-masing hari ni gila punya sporting tahap dewa. Kejutan sana sini.
Setibanya di rumah, kejutan lain pula yang diterimanya. Puan Faezah dan Tuan Izzham memberikan pakej percutian berbulan madu ke Melbourne. Farrell dan Farrid menghadiahkan motosikal Yamaha Y15 ZR. Reena pula memasak makanan kegemaran Izz. Sedap gila ! Dari mana tah dia belajar masak.
Sambutan pada tahun ini amat luar biasa. Mungkin tahun ini dia sudah bergelar suami. Mana lah tau kan.
Telefon Izz dipenuhi dengan ucapan yang bertalu-talu dari rakan-rakannya. Notification tidak henti-henti kedengaran di corong speaker.
Izz pulang ke rumahnya pada pukul 8:00 malam. Kereta milik Areeda masih tiada di ruangan garage milik Areeda. Izz terus memasuki ruangan ruang tamu di rumahya. Sambil dia berehat, dia berasa risau yang amat apabila mengingati isterinya yang mengalami masalah sakit kepala sedikit.
Kelihatan Izz mengalami muntah-muntah ketika sedang berehat. Tekaknya berasa mual. Dia mengambil keputusan untuk tidur di sofa untuk menunggu kepulangan Areeda.
_______
Areeda mengusap lembut pipi Izz. Izz berpisat-pisat bangun dari tidurnya. Melihat sahaja wajah Areeda, Izz terus memeluk isterinya dengan erat.
"Sayang... I miss you so much." Izz berbisik perlahan di telinga Areeda.
" I miss you too, hubby." Areeda memeluk Izz dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan.
"Sayang... Sudahlah. Sayang... Awak ni makin berisi lah." Izz merasakan tubuh Areeda semakin tembam.
"Aik. Mana ada. Hubby. Happy belated birthday. Maaflah sebab lambat ucap." Areeda mengucup pipi suaminya.
"Terima kasih wifey. Tak apa. Hubby faham. Ingatkan sayang tak ingat birthday hubby. Sedih tau tak." Kata Izz yang buat muka sedih.
"Izz. Hadiah awak tu dah ada dekat dashboard kereta Mercedes. Pergi ambil cepat. Nanti kalau dah kene curi rugi suami kita ni." Balas Areeda sambil menarik tali leher Izz.
Izz terus bangkit dari sofa dan terus menuju ke arah kereta. Hadiah terus dibawa masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat dan dan dikunci.
Izz membuka kotak tersebut. Dia mendapati terdapat baju, sebuah lagi kotak yang panjang berukuran sejengkal. Terdapat juga nota kecil berwarna merah jambu.;
#####
I have received many gifts, that have been sent from Allah. From the little things and big things, including your heart. You're the best thing happened in my life. Only death can separate us. I love you my Imam. Mr. Syed Izzat Iskandar Bin Syed Izzham. Happy birthday my hubby.
#######
Kad kecil itu tertulis madah-madah cinta Areeda untuknya.
Izz membuka kotak yang lagi satu itu. Izz terkejut kerana di dalam kotak tersebut terdapat pregnancy test. Benda alah tersebut menunjukkan 2 garis. Ini maksudnya positif. Areeda disahkan hamil.
"Sayang. Betul ke ni ?" Soal Izz dengan perasaan ragu-ragu. Hatinya sudah berbunga-bunga.
"Betul lah tu. I'm pregnant." Balas Areeda untuk meyakinkan suaminya.
"Thanks sayang. Hubby... Hubby tak tahu nak cakap apa... Rasa terharu sangat." Izz mengusap perut isterinya yang sedikit berisi.
"Thanks too. Already 2 month." Jelas Areeda.
Izz menarik pinggang Areeda untuk memudahkannya duduk di pehanya. Kegembiraan suaminya itu sukar digambarkan. Gembira lah tu bakal jadi ayah.
" Kenapa sayang tak rasa apa-apa yang rupanya ada baby dalam perut sayang ?" Soal Areeda pula.
" Rahsia tuhan, sayang. Tapi tu lah, sayang tak mengidam pula nak makan itu ini." Jelas Izz yang bantai ketawa sejak tadi. Terlebih excited tu nak ada anak.
Malam itu, Areeda tidur seperti biasa. Tapi tidak tidur di atas katil, tetapi tidur di atas sofa. Maklumlah, terlalu kepenatan.
Tidak lama lagi, mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Izz pula, manja tak bertempat. Maklumlah, bakal bergelar bapa muda.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...