BAB 17

9.7K 192 11
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. 30 hari bulan November dipilih untuk melangsungkan majlis pernikahan. Berdebar ? Hmmm, semua perasaan dah bercampur baur.

Izz duduk di depan meja solek. Ditenung lama wajahnya. Baju melayu pun masih belum dipakai. Dah kesuntukan masa pun lagi nak melengahkan masa. Dia bingkas bangun dari kerusi. Baju melayu yang tergantung dicapai dan disarung ke badan. Baju tu nampak seperti ikut saiz badan. Tapi, nasib baik tak terlalu ketat.

Amira hanya bersiap di rumahya. Dia baru sahaja selesai bersolek. Tinggal untuk memakai tudung sahaja. Pernikahan akan diadakan di rumah Amira sahaja. Memandangkan laman rumahnya yang besar dapat memuatkan 300 orang dalam satu masa. Majlis malam ini disambut dengan konsep melayu moden. So, semuanya moden di situ.

Izz sudah siap memakai kain samping berwarna biru krim. Songkok di atas meja diambil dan dipakai di kepala. Jam tangan jenis Hannah Martin dipakai di pergelangan tangan sebelah kiri. Dia merenung dirinya di dalam cermin. Keluhan berat dilepaskan sambil kepalanya tertunduk ke bawah. Dirinya kini sudah segak, macho dan segalanya sudah perfect.

Ketiga-tiga jenis telefon pintar dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Baru sahaja hendak melangkah keluar dari bilik, baru dia teringat bahawa kasutnya tertinggal di rumah. Abang-abangnya sudah pening kepala dengan Izz. Tempoh hari disuruh pakai kasut, tapi dia tetap mahu memakai selipar. Jadi, terpaksalah dia pulang ke rumahnya di Eco world sementara masih ada masa selama 20 minit menaiki keretanya.

Telefon Izz berdering panggilan daripada Amira. Terus diangkat panggilan itu tanpa menbuang masa.

"Hello. Dah siap ke ?" Soal Amira.

"Hah. Balik rumah kejap. Kasut tertinggal." Kata Izz.

Terkejut Amira dibuatnya. Dia terus dimarahi oleh Amira. Terpaksalah Izz menahan telinga.

Panggilan di hujung sana sudah terputus. Tengah kesuntukan masa macam ni lah tak ada line. Malang betul malam ni.

Izz menyuruh Am memberhentikan kereta Mercedesnya betul-betul di kawasan taman perumahan di kampung Parit Mahang. Dia teringat akan kasutnya yang baru dibelinya beberapa minggu yang lepas. Dia terus keluar dari perut kereta. Bonet kereta dibuka. Sangkaannya tidak meleset sama sekali. Kasut itu cepat-cepat disarung ke kaki yang sudah dipakaikan stoking. Am pula keluar dari perut kereta milik Izz.

"Izz. Kau ni dah macam orang lari dari majlis aku tengok." Kata Am lalu mengurut dahinya.

Mereka terus masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu laju oleh Am untuk menuju ke rumah Amira.

Amira risau dengan Izz. Ditelefon tapi tak diangkat. Rakan Amira iaitu Alissa, Najihah dan Amanina sudah siap memasangkan kasut ke kaki Amira. Hanya perlu menunggu untuk permulaan majlis sahaja.

"Kau ni pahal ? Hari ni kan hari nikah kau. Tak happy ke ?" Soal Amanina yang berada di sebelah Amira.

"Bukan aku tak happy. Cuma Izz buat hal. Kasut dia tertinggal dekat rumah." Kata Amira.

Masing-masing membuat riak wajah terkejut. Lagi terkejut apabila pengacara majlis mengatakan majlis akad nikah akan dimulakan. Takkan Izz dah balik sini. Jauh kot perjalanan. Ni mesti kes racing.

Kelihatan rombongan pengantin lelaki sudah tiba. Barangan hantaran diletakkan di atas meja. Izz duduk di atas kerusi kaca dan dihadapannya juga sebuah meja kaca. Amira keluar dari dalam rumah dan terus duduk di atas pelamin. Barangan hantaran juga diletakkan di tempat yang sama. Laman rumah pihak pengantin perempuan begitu mewah. Dengan lantai mamar.

Mata Izz seakan-akan tidak mahu berkedip apabila melihat kecantikan Amira yang duduk di atas kerusi pelamin bersama ibu dan mamanya. Sahabat terdekat Amira pula duduk bersimpuh ditangga.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now