PENSIL yang berada di tangan dia conteng ke atas kertas kosong. Sejak dari tadi dia termenung. Perbualan bersama abangnya, Khairi masih terngiang-ngiang di dalam fikiran.
"... Yang abang tau, walaupun Fara lemah lembut, soft spoken, tapi Fara seorang yang berani. Satu aje yang abang pelik. Kenapa tak nak terus terang dengan Izz?" Serius Khairi memandangnya.
" Erm... Apa maksud abang?" Fara masih blur.
" Maksud abang sebenarnya, it's about your feeling to Izz. Kenapa tak nak straight to the point aje? Kenapa nak kena simpan perasaan tu lama-lama? Tak penat ke nak simpan perasaan lama-lama?"
Fara tertawa lucu. " Apa abang merepek ni? Tak ada lah!"
"Huh! Fara, Fara, Fara... Abang kenal Fara, dah nak dekat 29 tahun. What ever you feel, Fara mesti luah dekat abang. Seolah-oleh antara kita, tak ada rahsia, Fara. Nothing!" Ujar Khairi. Dia kenal benar adiknya itu.
" Luah? Untuk apa Fara luah?"
Khairi tertawa. Kemudian dia menggaru belakang kepalanya. Adui! Soalan apa yang dia tanya ni? "Hai, Fara. Nama aje doktor, orang terpelajar. Tapi pemikiran, dah macam orang tak berpelajaran."
" Amboi! Kasar bunyinya! Fara ni, doktor bedah, bukannya doktor cinta. Lagipun, Fara bukannya tak nak luah. Nanti orang kata Fara ni 'perigi cari timba' lah pula." Jawab Fara. Tapi, betul apa? Pelik juga bunyi peribahasa tu. Dia sendiri pun tak pernah buat.
Khairi ketawa sinis. "Zaman sekarang ni, ada lagi ke orang berfikiran macam tu? Orang dah tak peduli lah dengan semua tu. Pandang sebelah mata pun tak mau." Sinis Khairi.
" Siapa kata tak ada?" Fara membantah. " Ada aje orang yang masih berfikiran macam tu. Abang tu je yang tak tau."
" Tak peduli! Zaman sekarang ni, kalau nak tunggu lelaki yang approach, sempat jadi anak dara tua." Ujar Khairi lalu tertawa.
Lamunannya terhenti. Fara membuka sedikit mindanya, memberi ruang untuk berfikir.
"Eh, ada betulnya juga apa yang abang cakap semalam. Haihh... Ini semua gila lah..." Keluh Fara. Haish! Takut juga kalau jadi anak dara tua ni!
Tok! Tok! Tok!
Fara terus memandang ke arah pintu. Seketika kemudian, wajah Amira muncul.
"Dr. Fara. Let's go. Operation theatre." Ajak Amira.
Fara menilik seketika jam. " Sekarang ke?" Soal Fara. Amira sekadar mengangguk.
TUBUH disandarkan ke kepala katil. Bantal yang berada di sebelahnya diambil lalu dipeluk. Kemudian dia mengurut pelipisnya. Sejak semalam dia tidak boleh tidur lena, tak tenang, tak senang duduk. Otaknya pun sudah naik penat memutarkan semula perbualan mereka ketika di bawah gazebo.
"Kitorang terdengar perbualan mama dengan papa, sehari sebelum abang balik dari Dubai." Beritahu Reena.
" Hah? What about?" Soal Izz, mahukan kepastian.
" Actually, kitorang tak dengar sangat. Tapi papa kata, mama nak kenalkan abang dengan beberapa orang pekerja dia, mungkin. Nampaknya, macam serius kali ni. Mama betul-betul nak abang kahwin!" Sampuk Reesya.
" What?!"
" Betul, Izz. Kitorang tau, kalau kau dengar benda ni pun, mesti kau akan tolak awal-awal. Kalau kau tau benda ni sebelum kau balik Malaysia, aku yakin sangat niat kau nak tinggalkan Dubai terbantut." Ujar Harraz.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞
RomanceIkatan perkahwinan antara Izz bersama Areeda hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana Areeda meninggal dunia dalam kemalangan. Sesuatu yang terjadi tanpa diduga selepas beberapa bulan kematian Areeda. Ya, kes tangkap basah berlaku. Izz tidak mem...