🍒03🍒

145 35 2
                                    

Aku pandang Sunwoo seperti terjumpa hantu.

Aku sangat terkejut melihat dia ada di dalam bas tu.

Sejak bila dia naik bas ni???

Sekejap!

Dia dengar ke apa yang aku dan Gaeul bualkan tadi?!!

Habislah akuuuu

Mana aku nak letak muka aku ni kalau dia dengarrrr


Semasa aku sedang menyumpah seranah pada diri aku sendiri, Sunwoo tiba-tiba tersenyum pada aku.

Aku be like...
Dia senyum pada aku ke??

Aku menundukkan kepalaku dan terus pusing ke depan semula.

Aku memejam mataku rapat. Aku betul-betul rasa malu sekarang ni. Macam mana kalau dia bagitahu kawan-kawan dia??

Kawan-kawan dia pun boleh tahan popular dekat Tiktok.

Nanti mesti kawan-kawan dia asyik mengumpat atau mengata aku.

Kalaulah ada Dr.strange dekat sini, bolehlah aku minta dia undurkan masa.

Eottokaji???

AHH! Boleh gila aku macam ni.

Patut ke aku pindah sekolah lain?

"Hyebin kenapa ni? Kau okey tak?" Soal Gaeul yang perasan kelakuan anehku.

Gaeul cuba pandang belakang, tapi aku cepat-cepat tariknya ke depan.

"T-tak de apa" kataku lalu berdiri rapat dengan Gaeul agar dia tidak dapat pusing ke belakang.

•••


{Sunwoo side}

Untuk kali pertama dalam seumur hidupnya dia tertinggal bas.

Ini semua berpunca kerana dia keluar makan malam dengan member-member dia. Kalau dah keluar ramai-ramai, memang menyingah banyak tempatlah.

Sunwoo memandang ke arah jam tangannya.

Dia teringat hentian bas yang sedikit jauh dari tempat kediaman dia.

Tinggal bas itu sahaja yang boleh dia naik.

Jika dia turut terlepas bas itu, lambatlah dia tibe ke sekolah.

Sunwoo mengikat tali kasutnya dengan kuat, lalu berlari pecut ke hentian bas itu.

Memandangkan dia atlet bola sepak sekolah, berlari tiada masalah baginya.

Selang 10 minit, akhirnya dia tiba di hentian bas berkenaan.

Dalam keadaan tercungap-cungap, dia tersenyum melihat masih ada pelajar yang tunggu di hentian itu.

Ia bermaksud bas di hentian itu masih belum tiba. Sempatlah dia naik bas itu.

Sunwoo berjalan mendekati pelajar-pelajar yang sedang menunggu bas disitu.

Baru beberapa saat dia menjejakan kaki di hentian itu, pelajar-pelajar disitu terutama pelajar perempuan mula berbisik-bisik sambil memandang ke arah Sunwoo.

Ada juga yang tersenyum-senyum pada Sunwoo.

Sudah biasa bagi Sunwoo, dia hanya balas senyuman itu secara semula jadi.

"Oppa, boleh tak saya nak ambil gambar dengan oppa?" Soal seorang pelajar perempuan yang pasti bukan dari sekolahnya.

Baru je Sunwoo ingin berdiri di sebelah perempuan itu, bas telah tiba.

Sunwoo menunduk tanda maaf kepada perempuan itu dan terus naik ke dalam bas.

Sunwoo agak terkejut melihat keadaan di dalam bas itu.

Bas itu penuh dengan penumpang. Tiada lagi tempat duduk.

Kebiasaan bas yang dinaikinya sentiasa ada tempat kosong dan tenang.

Sunwoo menerima sahaja dugaannya lalu berdiri tengah antara tempat duduk kiri dan kanan.

"Hyebin! Cepattt!"

Terhincut bahu Sunwoo apabila terdengar jeritan seseorang.

Sunwoo mengecilkan matanya untuk melihat lebih jelas.

Kelihatan seorang yeoja yang sama uniform sekolah dengannya berada di depan pintu bas sambil melambai ke arah seseorang.

Dengan perasaan ingin tahu, Sunwoo memandang ke arah orang yang dilambai.

Kelihatan seorang yeoja berlari ke arah bas.

Sunwoo terus pandang ke arah yeoja itu sehingga yeoja itu masuk ke dalam bas.

"Jeosonghabnida"

Mata Sunwoo terbutang luas apabila melihat wajah yeoja itu.

Sunwoo terus terpaku pada wajah yeoja itu.

Berapa lama pun Sunwoo merenung yeoja itu, yeoja itu masih tidak perasan kewujudannya sehingga yeoja itu berdiri membelakangi dia.

Sunwoo rasa agak berdebar apabila yeoja itu berdiri rapat dengan dia.

Yeoja itu betul-betul berada di depannya.

"Kau terlajak tidur lagi lah tu"

Dah alang-alang Sunwoo berada dekat dengannya, Sunwoo memasang telinga mendengar perbualan mereka.

Yeoja itu hanya tersenyum mendengar apa yang kawannya cakap.

Bukan yeoja tu je, Sunwoo yang berada di belakangnya turut tersenyum apabila melihat yeoja tu tersenyum.

"Gwiyowo" gumam Sunwoo.

"Layan tiktok Sunwoo sampai lewat malam la tu"

Sunwoo membeku.

Dia tidak percaya apa yang dia dengar.

"Pandailah kau. Tahu je semua pasal aku"

Sunwoo pandang yeoja tu tidak percaya.

Jantungnya mula berdegup dengan laju.

"Dia tengok tiktok aku?" Gumam Sunwoo yang masih tidak percaya.

Tidak lama itu, sikit demi sikit dia mengukirkan senyuman gembira.

Baru sahaja Sunwoo ingin melayan perasaannya, tiba-tiba bas memecut laju dan pada masa yang sama yeoja yang berada di depannya terpijak kasutnya.

Sunwoo rasa agak terkejut dengan sentuhan itu.

Degupan jantung Sunwoo jadi tidak keruan apabila yeoja itu memusingkan tubuhnya menghadapnya.

Sunwoo cuba menenangkan dirinya sehingga yeoja itu memohon maaf kepadanya.

Anak mata mereka bertemu apabila yeoja itu mengangkat wajahnya.












{End Sunwoo side}

TBC

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now