🍒11🍒

92 29 0
                                    

[kelas]

Aku dan Sunwoo saling balas senyuman di dalam kelas.

Sekarang aku baru dapat rasakan yang kami adalah pasangan.

Kalau sebelum ni, aku ragu-ragu dengan hubungan kami.

Tapi sekarang tidak lagi.

Aku pandang ke arah pintu kelas. Ada sekumpulan lelaki masuk ke dalam kelas kami.

Mereka ialah geng-geng Sunwoo.

"Weh makin menjadi eh kau"

"Tak senang duduk aku tengok gambar kau semalam"

"Kau masih nak sembunyikan Yeochin kau daripada kitaorang ke?? Kau salah Sunwoo. Satu hari nanti kitaorang akan dapat tahu juga siapa Yeochin kau"

"Baik kau bagitahu je kitaorang siapa Yeochin kau tu"

"Mesti Yeochin dia budak famous juga. Itu yang nak dirahsiakan"

Tak senang hati aku melihat mereka cakap pasal hubungan kitaorang.

Tengok kelakuan mereka membuatkan aku lagi tak nak dedahkan hubungan kitaorang.

"Siapalah agaknya Yeochin si Sunwoo tu..." Gumam Gaeul di sebelahku.

Aku pandang Gaeul keliru.

"Kenapa kau nak tahu siapa Yeochin Sunwoo tu pulak?" Soalku teragak-agak.

"Ramai orang fikir Yeochin sunwoo tu budak tiktoker terkenal juga. Itu yang aku nak tahu sangat siapa Yeochin dia." Ujar Gaeul.

Aku rasa sedikit sedih mendengar mereka menganggap begitu.

Tak semestinya pasangan Sunwoo budak famous juga...☹️

Tak layak ke aku jadi Yeochin Sunwoo...

Hmmm...

•••

Selesai mengisi perutku yang kosong, aku dan Gaeul kembali ke kelas.

Masih ramai pelajar yang tidak kembali ke kelas kerana masih ada banyak masa lagi sebelum kelas bermula.

Untuk mengisi masa yang ada tu, aku meletakkan kepalaku di atas meja lalu menutup mataku bersedia untuk pergi ke alam mimpi.

Gaeul pula macam biasalah layan video-video idol kesayangan dia.

Belum sempat aku nak menjejakkan kaki ke alam mimpi, tiba-tiba--

"Hyebin, Saem Ko Seung tak nak jumpa awak"

Aku mengangkat kepalaku lalu memandang ke arah pemilik suara itu.

"Oh? Sunwoo?" Aku agak terkejut melihat dia di depan meja aku.

Aku pandang Gaeul yang turut terkejut melihat Sunwoo tiba-tiba berada di tempat aku.

Aku dan Gaeul sempat bertentangan mata sebelum aku kembali memandang ke arah Sunwoo semula.

"Awak cakap apa tadi?" Soalku yang masih dalam keadaan keliru.

"Saem Ko Seung tak nak jumpa awak" ujarnya.

Same Ko nak jumpa aku?

"Gaeul aku pergi jumpa saem Ko jap" kataku pada Gaeul.

Gaeul menganggukan kepalanya.

Aku bangun lalu ikut Sunwoo keluar dari kelas.

Selang beberapa minit, aku tiba di taman yang berada di belakang bangunan sekolah.

Aku pandang Sunwoo bingung.

"Bukan kita nak jumpa Saem Ko ke? Kenapa awak bawa saya ke sini?"

"Saem Ko tak panggil pun. Saya saje nak jumpa dengan awak. saya rindu"

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZKde žijí příběhy. Začni objevovat