🍒13🍒

90 30 3
                                    

🏫☀️

Selesai sahaja memenuhi perut kami dengan makanan, aku dan Gaeul lepak di taman sekolah sementara menunggu waktu belajar bermula.

Sampai sahaja di taman, kami buat hal masing-masing.

Gaeul layan video idol kesayangan dia, aku pula layan video di youtube.

Tadi Gaeul ada share link video drama web yang sungkyun berlakon tu.

Aku nak tahu juga berapa bagusnya lakonan dia sampai ada banyak followers.

"Hyebin, aku nak pergi beli air jap" ujar Gaeul sambil mengangkat punggungnya.

Aku hanya balas dengan anggukan dan terus tonton drama web itu.

Habis sahaja episod 1, aku terus buka episod seterusnya.

Best juga drama ni. Lakonan dia pun menjadi.

"Eottae?(macam mana?)"

Terhincut bahu aku apabila terdengar suara seseorang di sebelah aku.

Aku menoleh ke tepi...

"Su-Sungkyun"

Lihat sahaja wajahnya, aku terus off telefon aku.

"Kenapa tak teruskan tengok drama tu? Tak best ke?" Soalnya lalu duduk di tempat Gaeul.

"T-Taklah. Saya...nak sambung tengok dekat rumah."

"Jinjja? Bukan sebab drama tu tak best?"

"A-Aniyo. Drama ni best. Saya suka. Erm...lakonan awak sangat baik" pujiku malu-malu.

"Gomawo"

"Sejak bila awak mula masuk dalam dunia lakonan ni?" Soalku ramah.

"Hujung tahun lepas. Drama yang awak tengok tu drama pertama saya"

"Owhh"

"Hyebin, saya akan jujur dengan awak. Saya sebenarnya nak berkawan dengan awak. Boleh tak?"

Aku agak terkejut mendengar permintaan dia secara tiba-tiba itu.

"Mestilah boleh. Saya terima je siapa-siapa yang nak berkawan dengan saya" ujarku.

"Woah, Gomawo."

Aku hanya tersengih malu.

Aku yang sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pada dia sebab dia ingin berkawan dengan aku.

Tambahan lagi, dia bukan orang biasa-biasa.

Pelakon pulak tu.

•••




🏠
(Rumah Sunwoo)

Aku menekan lonceng rumah Sunwoo dengan perasaan teruja.

Selang beberapa saat, pintu rumahnya terbuka.

Wajah Sunwoo menghias pandanganku.

Sebaik sahaja kami bertentangan mata, kami tak dapat sembunyikan perasaan kami.

Kami saling tersenyum antara satu sama lain

Aku pandang kakinya yang berbalut.

"Laju juga awak buka pintu." Kataku dengan gelak tawa.

"Ini sebab saya tak sabar nak jumpa awak. Saya rindu sangat dengan awak" ujarnya lalu memeluk aku.

Aku balas pelukan dia. Aku juga sangat rindukan dia.

"Jom masuk" pelawa Sunwoo.

Aku menganggukan kepalaku.

"Macam mana dengan keadaan kaki awak? Masih sakit ke?" Soalku risau.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now