🍒25🍒

72 20 5
                                    

"jika rasa tidak sihat, sila pergi ke hospital secepat mungkin" ujar abang medic pada aku sebaik sahaja selesai merawat luka di dahi aku.

"Baiklah"

Aku tak tahu sejak bila aku dapat luka tu.

Mungkin ada serpihan kaca kena wajah aku masa aku pecahkan tingkap tadi.

Hmm...

"Hyebin"

Aku mendongak memandang Sunwoo yang datang ke arah aku.

"Ah, Sunwoo. Terima kasih sebab tolong sa--"

"Awak tak sepatutnya pergi seorang diri tadi. Mianhae"

"Nae?"

Aku bingung.

Kenapa dia tiba-tiba nak minta maaf dengan aku?

Dia dah selamatkan aku kot.

"Saya sepatutnya ikut awak tadi." Ujarnya dengan wajah serba salah.

Aku berdiri lalu mendekatinya.

"Bukan salah awak. Saya yang salah sebab pergi seorang diri." Kataku cuba menenangkan dia.

Dia merenung wajahku.

"Mianhae" katanya sekali lagi.

"Saya kan cakap. Bukan salah a--"

"Tentang 7 tahun yang lalu..."

Aku terdiam.

Kenapa dia tiba-tiba mention tentang 7 tahun yang lalu?

"Maafkan saya atas semua yang saya lakukan waktu 7 tahun yang lalu. Saya tak patut buat macam tu pada awak. Saya menyesal apa yang saya buat. Saya sengsara sepanjang 7 tahun ni. Hidup saya tak tenang sehingga saya jumpa awak kembali" ujarnya.

"Awak... betul-betul menyesal?" Soalku.

"Nae"

"Awak tahu saya tak hilang ingatan waktu tu?"

"Nae"

"Jadi awak mesti tahu betapa lukanya hati saya waktu tu? Luka itu tak pernah terubat sehingga sekarang. Awak tahu kan?"

Sunwoo tertunduk tidak mampu memandang wajahku.

"Nae. Saya tahu awak terluka dengan perbuatan saya. Maafkan saya"

Aku mengeluh berat.

"Kalau betul awak sengsara sepanjang 7 tahun ni, apa boleh saya buat selain maafkan awak. Saya harap sepanjang 7 tahun tu awak dapat merasai kesakitan saya ketika itu dan kenang semula perbuatan awak pada saya waktu itu." Kataku sambil cuba menahan air mataku dari mengalir memandangkan kami berada di tempat orang ramai.

"Awak... betul-betul akan maafkan saya?" Soalnya dengan wajah harapan.

"Nae. Tapi pandangan saya terhadap awak tidak akan sama seperti dulu. Perasaan saya yang dulu takkan kembali lagi. Cukuplah sebagai rakan sekerja. Awak tak perlu mengharapkan diri saya yang dulu akan kembali lagi.--"

"Hyebin, gwencahana?" Soal Heedo guru sukan.

"Nae. Aku okey je" aku sempat pandang Sunwoo untuk kali terakhir sebelum aku pergi dari situ bersama Heedo.

•••



[Hyunjae side]

Hyunjae parking keretanya di depan sekolah dimana Hyebin mengajar.

Baru sahaja di nak masuk ke dalam kawasan sekolah, ada sebuah ambulans dan 2 kertas polis masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dengan perasaan ingin tahu, Hyunjae berlari masuk ke dalam kawasan sekolah itu dengan wajah risau.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now