🍒14🍒

74 27 1
                                    

🏫☀️
(Class)

Tok! Tok! Tok!

Aku pandang ke arah pintu kelas.

Membutang mataku melihat Sungkyun berada di pintu kelas kami.

"Hyebin, saya nak jumpa awak sekejap" ujarnya dari pintu kelas.

Semua orang di dalam kelas itu memandang aku terkejut.

Aku tahu ianya mengejutkan.

Aku juga sempat bertentangan mata dengan Sunwoo semasa berjalan keluar dari kelas.

Wajahnya kelihatan sedikit tidak gembira.

"Kenapa awak nak jumpa dengan saya?" Soalku padanya.

"Saya harap saya tak menganggu awak, tapi boleh tak awak tolong saya sesuatu?"

"Awak nak saya tolong apa?"

"Ermm...awal tahun ni kan saya sibuk dengan jadual lakonan saya. Jadi pelajaran saya banyak yang tertinggal. Saya risau sebab ujian tidak lama lagi. Kalau awak sudi, boleh tak awak ajarkan saya?"

"Boleh je. Tapi saya bukan pandai sangat. Saya cuba ajar apa yang saya tahu"

"Woah jinjja?! Gomawo~ jadi...bila kita nak mula?"

"Ermm...habis sekolah ni. Awak okey tak? Atau awak ada hal lain?"

"Tak saya free hari ni"

"Okey nice. Kita jumpa habis sekolah ni"

"Okey"

Sungkyun lemparkan senyuman padaku lalu berjalan pergi.

Aku masuk ke kelas dan sekali lagi aku bertentangan mata dengan Sunwoo.

Riak wajahnya menunjukkan dia kelihatan cemburu.

Aku rasa serba salah dengannya.

•••


(Canteen)

Aku pandang Sunwoo yang berada tidak jauh dari meja aku.

Aku tak nampak senyuman dia hari ni.

Dia kelihatan sangat murung hari ni.

Apa patut aku buat??

Aku letakkan sudu lalu ambil telefon aku di sebelah aku.

Nama Sunwoo aku cari.

--jom kita jumpa dekat taman selepas makan ni

Selepas aku hantar chat padanya, aku angkat kepala memandang Sunwoo.

Sunwoo membaca pesanan aku lalu memandang aku.

Dia cuma pandang aku sekilas pandang lalu sambung makan.

Aku mengeluh berat.

•••


(School park)

Dari jauh aku nampak tubuh Sunwoo yang membelakangi aku di taman sekolah

Perlahan-lahan aku berjalan mendekatinya.

Apabila aku berada di belakangnya, aku menutup matanya cuba mengusik dia dengan berharap dapat menukar mood dia.

Tidak sempat aku nak bermain dengan dia, dia mengalihkan tanganku dari pandangannya.

Dia pandang aku sekilas lalu pandang ke arah langit.

Aku mengeluh berat.

Aku duduk di sebelahnya dan terus memandang wajahnya .

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now