🍒18🍒

94 28 27
                                    

🏫☀️
[Carnival]

Keadaan di sekolah hari ni sangat meriah kerana kami mengadakan karnival selepas sekian lama tak buat.

Selepas bincang bergaduh semua tu, akhirnya kelas kami mengambil keputusan untuk jual air.

Aku sebagai pelajar yang baik hati dipaksa menjaga kedai manakala yang lain merayap ke tempat lain.

Takpe. Aku budak baik.

😑

"Hyebin, biar aku gantikan kau. Kau pergilah jalan-jalan" pelawa Gaeul yang baru balik dari bersiar-siar.

Dia pun sama je dengan diorang.

"Takpelah. Aku boleh buat"

"Ala nak merajuk pulak. Pergi je lah sana" ujar Gaeul sambil menolak aku keluar dari gerai kami.

Aku mencebik.

"Yela~"

Aku tanggalkan apron lalu beri pada Gaeul.

"Aku pergi dulu. kalau ada apa-apa, jangan panggil aku~"

Aku berjalan keluar dari bangunan sekolah lalu pergi ke padang sekolah.

Ramai pelajar berada di padang.

Semua orang nampak gembira, tapi aku...

Hurm...

Yang tahu, tahulah.

Aku berjalan-jalan tanpa hala tuju sehingga aku terjumpa Sunwoo bersama Haeun.

Mereka berdua sedang buat video tiktok di taman sekolah.

Aku perhatikan mereka dari jauh.

Kalau ikut gerak geri mereka, mereka seperti rancang nak buat video dance challange sebab diorang sibuk berlatih sesuatu seperti tarian.

Tapi...

Perlu ke diorang sentuh macam tu?

Apa semua ni??

"Diorang buat Domino Lovers Challange" kata seseorang.

Aku pandang sebelah aku.

H-Hyunjae?

Hyunjae ni salah seorang geng Sunwoo.

Dia juga tiktoker yang cukup terkenal.

Tapi content yang dia buat adalah hanya nyanyian.

Nyanyiannya sangat merdu sebab tu videonya selalu lalu di fyp.

"Bukan ke awak yang patut buat challange tu dengan Sunwoo?" Soalnya.

"Apa maksud awak?"

"Challange tu sesuai untuk couple. Bukan ke awak Yeochin dia?"

"Ma-Macam mana awak tahu saya Yeochin dia?!" Soalku terkejut.

Hyunjae masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya sambil mengeluh kecil.

Dia merenung wajahku.

"Bukan ke terlalu jelas?"

Aku...tak faham.

"Apa yang jelas?"

Tanpa berkata apa-apa, Hyunjae memegang tangan aku.

"Gelang ni"

Aku pandang gelang yang aku pakai.

Aku masih bingung.

"Walaupun awak tak tunjuk muka awak, tapi gelang ni awak tak sembunyikannya." Ujarnya.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu