🍒28🍒

53 15 8
                                    

[Pulau Jeju]

Aku memandang Sunwoo yang menolong Yura letakkan beg pakaiannya di tempat penyimpanan barang di bahagian tepi bas.

Sweet je tengok diorang tu.

Tapi masalahnya kenapa aku pulak yang rasa benci tengok kemesraan mereka.

Sunwoo single, Yura single. Padanlah tu sama-sama single. Dah kenapa aku nak panas pulak.

Ouh.

Aku pun single...

Aku menggelengkan kepala lalu mengheret beg baju aku pergi ke tempat penyimpanan barang itu.

Aku mengangkat bagasi aku lalu campak bagasi aku ke dalam tempat penyimpanan itu.

Buk!

Sunwoo dan Yura pandang aku terkejut.

Aku pun terkejut juga. Tak tahu pulak aku akan campak bagasi itu sekuat itu.

Entah kenapa aku tiba-tiba rasa bertenaga pulak lepas tengok moment sweet mereka tadi sampai rasa nak campak bagasi aku ke arah mereka.

Aku langsung tidak memandang mereka lalu naik bas.

Aku duduk di bahagian depan memandangkan pelajar dah penuhkan bahagian belakang.

Tidak lama itu, Yura dan Sunwoo naik.

Sebaik sahaja melihat kelibat mereka, aku terus mengalihkan pandangan aku ke luar tingkap.

Sekejap.

Kenapa jantung aku tiba-tiba rasa berdebar pulak ni.

Kenapa aku tiba-tiba berharap Sunwoo duduk sebelah aku ni.

Tak.

Sunwoo tak duduk sebelah aku.

Dia duduk di kerusi depan aku bersama Yura.

Haaa...

Apa yang aku harapkan ni.

Sudah tentu Sunwoo akan duduk dengan Yura.

Aku ni siapa je nak duduk sebelah Sunwoo tu.

Aku hanya seorang...

Ex.

Dalam perjalanan ke destinasi kami, aku curi pandang Sunwoo yang duduk di depan aku.

Dia duduk di depan aku jadi aku dapat melihat pantulan wajahnya di tingkap.

Aku terus merenung wajahnya yang hanya melalui pantulan itu.

Dia sedang lena tidur sambil mendengar lagu melalui earphone wirelessnya.

Selang beberapa minit, sebelah earphone Sunwoo terjatuh bergolek ke tempat aku selepas berlaku hentakan kuat di dalam bas selepas melalui jalan yang berbonggol besar.

Aku mengutip earphone itu lalu pandang Sunwoo mencari cara untuk pulangkan semula.

Tapi dia tengah tidur.

Aku tak nak kejut dia. Tak pasal-pasal dia terkejut sebab bangun-bangun nampak muka aku. Mana tahu dia trauma dengan aku. Mungkin aku adalah objek mimpi buruk dia dari kenangan masa lalu ke. Hiks.

Nanti je lah aku pulangkan.

Aku...

Tertanya-tanya lagu apa yang dia dengar sekarang.

Aku sumbat kan earphone di telinga ku.

Lagu just missing you dari Emma Heesters di mainkan.

When I am by myself
Looking at photos and videos
That we took
I've been keeping them for so long
And with my broken heart
I see all the pictures of myself
Living life without you just feels so wrong

I want you to be here with me
I know it sounds crazy
I miss your laugh and I miss everything
We used to be
And even if it is just for a while
Then God please, give us the time
I can't deal with the reality
There's nothing left that I can do
'Cause my heart is just missing you


Lagu itu telah membuatkan aku mengalirkan air mata aku dengan deras.

Aku tidak dapat mengawal air mata aku.

Lagu ini mengingatkan aku semula ketika aku dalam keadaan yang sangat teruk. Waktu aku menangis sepanjang malam cuba untuk melupakan dia.

Lagu ini mengembalikan perasaan aku ketika itu.

Aku terus mendengar lagu itu sambil memejamkan mata.

Aku biarkan air mata aku yang terus mengalir.

•••

[Sunwoo pov]

Sunwoo terbangun dari tidurnya.

Dia melihat keadaan di luar tingkap lalu melihat Yura yang turut tertidur di sebalahnya.

Sunwoo membetulkan kedudukan kepala Yura yang sengit.

Selesai itu, dia menyentuh telinga kirinya.

Dia tersedar earphone sebelah kirinya hilang.

Dia terus gelabah mencari earphone sebelahnya lagi.

Dia dah tak nak kehilangan earphone tu lagi.

Ini dah kali ke 11 dia beli earphone itu sebab kehilangan bahagian sebelahnya.

Sunwoo mencari di bawah kakinya.

Tiada.

Dia melihat sekelilingnya tapi tetap tidak jumpa.

Sunwoo bangun lalu melihat di kerusi belakang dimana tempat Hyebin berada.

Dia tergamam melihat Hyebin menangis sambil menutup mata.

Dia keliru dan tertanya-tanya apa yang telah jadi pada nya.

Adakah dia tengah bermimpi buruk?

Baru sahaja dia nak membangunkan Hyebin, dia ternampak earphone sebelahnya lagi di pakai Hyebin.

Sekali lagi dia tergamam.

Sunwoo cuba mengenali lagu apa yang sedang dimainkan sekarang.

Dia mendengar dengan berhati-hati melalui earphone sebelahnya lagi.

Just missing you by Emma Heesters.

Sekarang baru dia faham.

Sunwoo membiarkan Hyebin dan kembali duduk di tempatnya.

Dia cuba mengawal air matanya dari mengalir.

Lirik lagu itu telah menganggu dia.

Semakin lama dia dengar, semakin tidak terkawal perasaanya.

Disebabkan dia tidak dapat manahan lebih lama perasaan itu, dia menyarungkan topi di kepalanya.

Dia cuba menutup wajahnya dari dilihat orang lain.

Tidak lama itu, mengalirlah air mata di sebalik topi itu.









TBC

Last update 3 April...jadi jujur author cakap author lupa jalan cerita ni. Author minta maaf kalau jalan cerita ni tiba-tiba jadi lain. Author terlalu rajin untuk baca semula😂. Ni author cuba tamatkan fanfic ni secepat mungkin sebab author dah nak sambung belajar.

Thanks and maaf kepada yang masih tunggu fanfic ni♥️





MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ