🍒24🍒

70 19 3
                                    

🏫🌙🌃

Karnival masih di teruskan dengan persembahan lain.

🎶🎶🎶

Telefonku berbunyi.

Nama Hyunjae terpapar di skrin telefonku.

Dah kenapa telefon aku. Dah tahu aku sibuk dengan karnival ni.

Aku pergi ke belakang dewan untuk jawab panggilan itu.

"Yobosaeyo. Awak nak apa?"

"Eh. Orang telefon pun marah."

"Mana ada marah. Kenapa ni telefon saya?"

"Saya nak tanya, awak ada dekat sekolah lagi ke?"

"Ye, ada. Kenapa?"

"Okey saya on the way~"

"Se--"

Tak sempat aku nak habiskan kata-kataku, dia tamatkan panggilan.

Kuang ajar kamu.

Kenapa tiba-tiba nak datang sini pu--

Bahuku terhincut terkejut dengar bunyi sesuatu seperti ada sesuatu yang terjatuh.

Aku pandang ke arah pokok yang tidak jauh dari aku.

Aku nampak sesuatu yang bergerak-gerak disitu.

Aku mengecilkan mataku untuk melihat lebih jelas.

Tidak lama itu, aku nampak susuk tubuh keluar dari di sebalik pokok itu.

Aku cepat-cepat menyembunyikan diri.

Aku mengintai sedikit melihat ke arah susuk tubuh tu.

Melihat dari pandanganku, dia kelihatan seorang lelaki.

Aku tak dapat melihat wajahnya kerana dia pakai hoddie bersama topi.

Siapa lelaki tu?

Kenapa dia lompat masuk dari tembuk tu?

Pelajar ke?

Aku terus mengintai lelaki itu.

Lelaki itu melihat sekeliling lalu berlari ke arah bangunan belajar.

Aku keluar dari tempat persembunyianku.

Kenapa dia pergi ke sana?

Mana ada orang dekat sana.

Ni mesti ada pelajar yang nak buat benda lain dekat sana sementara semua orang ada dekat padang.

Takpe, takpe.

Siap kalau aku jumpa diorang!

•••



Aku kembali ke padang.

Aku nampak Sunwoo yang sedang bergambar dengan pelajar-pelajar perempuan seperti seorang idol.

Walaupun beberapa tahun telah berlalu, dia masih popular seperti dulu.

Untunglah handsome...

Aku berjalan mendekatinya.

Nampak je kewujudan aku, pelajar-pelajar itu berlari pergi seperti jumpa haiwan buas.

Hmm...

"Hyebin, awak pergi mana? Sayangnya awak tak tengok persembahan saya." Ujarnya dengan wajah hampa.

"Wajib ke saya tengok?"

"Mestilah. Untuk mengembalikan memori lama..." Ujarnya dengan suara yang sangat lembut.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now