🍒12🍒

91 28 8
                                    

🏠🌙

Sebaik sahaja aku membersihkan diri, aku dengan semangatnya pergi ke meja belajar lalu buka buku.

Aku tak tahu kenapa, malam ni aku semangat nak belajar😂.

Bukan senang nak dapatkan mood belajar tu.

Aku letak telefon aku jauh-jauh untuk menghindari aura-aura jahat dari telefon tu.

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu lepas perlahan-lahan.

Aku pandang huruf yang tertulis di dalam buku rujukan sejarah.

Aku baca dan hayati setiap perkataan yang tertulis di situ.

Ting!

Aku memandang ke arah telefon aku yang baru sahaja berbunyi.

Tangan aku perlahan-lahan mendekati telefon aku itu.

Selang beberapa saat, aku tarik tangan aku semula.

Aku mengelengkan kepalaku lalu kembali fokus pada buku aku.

Mata memang pandang ke arah buku, tapi fikiran aku asyik memikirkan tentang telefon tu.

Dalam fikiran aku sekarang ini ialah...

Sunwoo.

Aku pasti Sunwoo yang hantar aku chat.

Tahu je lah aku sekarang selalu teruja kalau melibatkan Sunwoo ni.

Hehe.

Okey, aku give up!

Aku tutup buku lalu ambil telefonku dengan perasaan teruja.

Sebaik sahaja aku membuka bahagian notification, tiada chat dari Sunwoo.

Yang ada cuma ada seseorang yang follow aku di Instagram.

Dengan perasaan tertanya-tanya, aku buka apps Instagram aku yang dah lama sepi.

'limskk__ started following you'

Siapa limskk__ ni?

Siapa yang baik hati sangat follow aku ni.

Disebabkan dia followers aku genap 50.

Tapi kalau dia unfollow aku, aku unfollow dia balik.

Ingat aku baik hati sangat nak follow orang yang tak follow aku.

Kalau Sunwoo kes lain.

Aku tak kisah dia tak followback aku, janji aku dapat tahu perkembangan dia melalui Instagram.

Tapi sekarang dia dah followback aku lah. Hehe.

Dengan perasaan ingin tahu, aku stalk account limskk__ tu.

Mana tahu mafia mana yang sengaja umpan aku.

Tercengang aku sebaik sahaja melihat account dia.

Seriouslah dia ada followers sebanyak tu???

43.4k???

Adakah ianya masuk akal???

Macam mana seorang student boleh ada followers sebanyak itu???

Siapa dia sebenarnya sampai ada followers sebanyak itu???

Aku scroll ke bawah melihat gambar-gambar dia.

Eh?

Ini bukan ke lelaki yang aku jumpa dekat sekolah tadi?

Lelaki yang bagi aku buku tu??

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now