🍒26🍒

112 19 9
                                    

[dinner]
🌃🌙

Seorang demi seorang tiba di restoran BBQ yang telah kami sewa untuk 1 malam.

Mungkin pengetua dalam mood baik, jadi dia belanja semua guru untuk makan malam.

Dia bagi kad dia je, tapi dia tak datang pun.

Baguslah macam tu, bolehlah kitaorang enjoy. Tak perlu nak cover-cover.

Aku tiba di sana tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

"Hyebin sini!" Panggil Hari sambil lambai tangan padaku.

Aku balas lambaiannya lalu pergi ke arahnya.

Baru je aku nak duduk depan Hari...

"Sunwoo, Yura sini!" panggil Hari.

Aku ingin pandang Sunwoo tapi aku tahan.

Matlamat aku adalah untuk tidak pedulikan dia dan pastikan hubung kami hanya untuk kerja je. So...yeah.

Aku duduk dan terus keluarkan telefon aku. Kalau tidak nanti mata aku melilau tengok sekeliling lepastu terpandang dia.

Semasa aku sedang fokus bermain dengan telefon aku, aku dapat rasa seperti deria spiderman kerusi di sebelah aku di tarik.

Disebabkan aku terlalu ingin tahu siapa yang duduk di sebelah aku, aku pun memalingkan wajahku...

Tepat-tepat waktu dia duduk, mata kami bertembung.

"Annyeonghasaeyo" sapanya sopan.

"A-annyeonghasaeyo" balasku lalu memalingkan wajahku ke arah lain.

Kenapa sebelah aku juga di dudukkkk

Haish!

•••

🍺🍲

Baru sahaja aku nak habiskan sisa makanan aku, tiba-tiba ada sesuatu yg agak keras jatuh di bahu aku.

Aku pandang sebelah dengan riaksi terkejut dan sakit.

Hmm...

Sunwoo.

Sunwoo yang mabuk letakkan kepalanya di atas bahu aku.

"Sunwoo dah mabuk sangat tu. Bukan ke dia baru minum sikit?" Ujar Heedo.

"Rasanya dia mudah mabuk kot" ujar Yurim.

Sunwoo mudah mabuk?

Aku baru tahu.

"Hyebin..." Sebut Sunwoo yang dalam keadaan mabuk tu.

Aku pandang dia.

"Mianhae..." Sambungnya.

Aku terkejut dengan maafnya yang tiba-tiba.

"Hyebin, Sunwoo ada buat salah dengan kau ke?" Soal Jiung.

Semua orang yang berada di meja itu pandang kami dengan wajah tertanya-tanya.

"T-Tak adalah" kataku gagap.

"Eh, dia menangislah" kata Jiung terkejut.

Semua orang mula pandang aku sesuatu.

Lah kenapa dia tiba-tiba menangis ni.

Tolong jangan buat aku nampak orang jahat boleh tak.

Baru sahaja aku nak alihkan kepalanya dari bahuku...

"Hyebin...mianhae...jinjja mianhae...saya...menyesal sebab buat awak macam tu. Saya masih cin--"

Aku cepat-cepat tutup mulutnya dengan cemas.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang