🍒22🍒

94 25 5
                                    

🏫☀️
[Hyosun High School]

Pak!

Aku menghayun rotan ke meja sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kelas.

"Kenapa lambat masuk kelas ni?! Awak tahu kan sekarang waktu matematik. Subjek apa sebelum ni?" Marahku sambil bercekak pinggang.

"Subjek sukan saem" beritahu Nam Onjo.

"Siapa yang mengajar kamu sukan?"

"Saem Sunwoo"

Aku tidak dapat berkata-kata apabila nama Sunwoo disebut.

"Sunwoo saem yang lepaskan kamu lambat?" Soalku untuk kepastian.

Mereka semua mengangguk kepala dengan wajah ketakutan.

Haish. Kenapa mesti dia.

"Okey takpe. Saya akan cakap dengan Sunwoo saem nanti. Semua boleh duduk" kataku mengalah.

•••


[Bilik mesyuarat]

Semua guru berkumpul di bilik mesyuarat selepas dapat arahan dari pengetua Lee.

"Baiklah semua. Musim bunga akan tiba tidak lama lagi. Seperti tahun sebelum ini, kita akan buat karnival. Untuk tahun ni, saya akan beri peruntukan lebih untuk buat karnival yang besar-besaran. Saya harap cikgu-cikgu semua dapat sediakan karnival ini dengan baik"

Kami semua mengangguk kepala terima dengan arahannya.

"Itu sahaja yang saya ingin maklumkan pada awak semua. Jika ada apa-apa masalah, terus sahaja berhubung dengan saya"

"Baiklah"

Selepas Pengetua Lee keluar dari bilik mesyuarat itu, saem Kim mengambil alih.

"Mari kita bahagi tugas." Kata Saem Kim.

"Untuk menjimatkan masa, Apa kata kita buat tugas yang sama seperti sebelum ni?" Cadang saem Park.

"Baik saya setuju. Tapi kali ni kita ada orang baru." Kata Saem Kim sambil memandang ke arah Sunwoo.

"Saya akan terima je mana-mana tugas" ujar Sunwoo.

"Kalau macam tu, saem Sunwoo tolong saem Hyebin--"

"BWO?!"

Secara automatik aku menjerit terkejut.

Semua orang pandang aku.

"Hyebin kenapa? Awak tak nak buat dengan Sunwoo?"

"Ah? Erm, T-Tak. Saya akan buat dengan Sunwoo" kataku pasrah.

"Okey bagus. Kita dah boleh maklumkan pada pelajar. Ouh ye. Saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu semua. Kebelakangan ni, kecoh dengan perogol bersiri yang sedang aktif di persekitaran ini. Minta pelajar untuk berhati-hati ketika pulang ke rumah. Begitu juga dengan cikgu-cikgu perempuan." Ujar Saem Kim risau.

Kami semua mengangguk kepala tanda faham.

•••


"Sunwoo" panggilku.

Sunwoo menghentikan langkahnya lalu memalingkan wajahnya ke arah aku.

"Nombor telefon awak" kataku.

"Nombor telefon saya?" dia pandang aku bingung.

"Kita akan berkerjasama nanti. Jadi saya nak nombor telefon awak untuk mudah kita berkomunikasi"

Sunwoo menganggukan kepalanya tanda faham.

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now