Capitolo 1

347 39 11
                                    

Gmbar kat atas tu mansion Tengku Daariya Inara

"TENGKU Nur Daariya Inara binti Tengku Dary Ilyaas. Awak kenapa dari tadi awak termenung. Kalau rasa malas, awak boleh keluar dari kelas saya." Cikgu Rozliana bersuara setelah dia hanya memerhati anak muridnya itu hanya termenung sedari tadi dan langsung tidak memberi tumpuan semasa dia mengajar. Cikgu Rozliana merupakan guru matematik bagi kelas tingkatan 3 Chempaka.

Gadis yang berusia 15 tahun itu hanya bangun dari duduk dan melangkah  keluar dari kelas. Tengku Dareena sedikit terkejut apabila kembarnya itu keluar dari kelas seperti yang diminta oleh gurunya. Dia terfikir sesuatu ketika memerhati kembarnya itu melangkah keluar dari kelas. Dia terfikir mengapa kembarnya itu dingin dengan semua orang termasuk dirinya sendiri.

Tengku Daariya mengatur langkah ke arah rooftop sekolah. Hanya di situ tempat dia menenangkan fikiran yang bercelaru. Dia terfikir apa yang bakal berlaku kepada dirinya selepas ini.

Setelah beberapa jam dia berada di rooftop, dia keluar dari situ setelah sesi persekolahan tamat. Tengku Daariya melangkah turun anak tangga itu satu per satu kemudian dia terus mengatur langkah ke luar dari pagar sekolah.

Dia yang ingin mengatur langkah pergi ke arah anak buahnya yang sedang menunggunya di hadapan pintu pagar sekolah terhenti apabila dia terasa bagaikan ada yang memerhati. Dia melilaukan anak matanya untuk mencari dan dia ternampak orang itu sedang berselindung di belakang tembok tidak jauh darinya.

Dia mengatur langkah ke adah orang itu dan dia membisik sesuatu.

"Kalau kau disuruh untuk perhatikan gerak-geri aku, kau cakap jelah kat tuan besar yang aku boleh jaga diri sendiri. Suruh saja dia jaga anak perempuan dia yang seorang itu. Dia dah buang aku. Jadi, tak perlu kisah tentang aku." Tengku Daaria berkata dengan dingin sekali.

Mereka sedikit terkejut apabila anak kepada ketua mereka sedar akan kehadiran mereka.

Setelah itu, dia terus menapak pergi tinggalkan mereka. Dia sedari tadi nampak sebuah kereta mewah berjenama Vellfire sedang menunggunya dan ada seorang orang lelaki berbaju hitam sedang menunggunya. Dia yang nampak cik mudanya, terus membuka pintu kereta itu untuk membenarkan cik muda mereka masuk.

Setelah Tengku Daariya masuk ke dalam kereta itu, pintu kereta di tutup dan kereta itu terus saja meluncur pergi tinggalkan kawasan persekolahan elit itu.

Ke semua mereka tahu Tengku Daariya merupakan anak kepada Tengku Dary Ilias. Jadi, tidak kisahla kalau dia dijemput sebegitu rupa.

Mansion Tengku Daariya

Tengku Daariya keluar dari perut kereta diikuti dengan dua orang anak buahnya yang lain. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Selamat pulang cik muda." Mak Timah menegur Tengku Daariya. Tengku Daariya hanya menganggukkan kepalanya.

Tengku Daariya ke biliknya untuk membersihkan diri dan  menunaikan solat. Setelah dia selesai, dia turun ke bawah untuk mengisi perutnya yang sudah berkeroncong. Dah macam-macam lagu keluar dari perutnya.

Setelah Tengku Daariya selesai makan, dia bergerak ke ruang tamu di mana terletaknya televisyen. Dia membuka cerita Harry Potter.

Sedang dia ralit menonton televisyen, dia ditegur oleh anak buahnya yang bernama Achlys. Orang kepercayaannya. Dia percaya akan Achlys lebih dari yang lain.

"Cik muda...saya ada berita buruk yang nak bagitahu kepada cik muda," ujar Achlys dengan nada yang biasa.

"Apa?" soal Tengku Daaria dengan nada yang dingin. Matanya masih terpaku pada kaca televisyen. Dia tidak berminat untuk tahu apa yang ingin disampaikan oleh Achlys.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant