Capitolo 9

142 13 3
                                    

6 TAHUN KEMUDIAN.

SEORANG gadis dan 3 orang kawannya keluar dari pintu utama lapangan terbang.

"Welcome back Tengku Nur Daariya Inara binti Tengku Dary Ilyaas."

Gadis itu hanya mengangguk sahaja.
Layla dan yang lain naik kereta. Tengku Daariya seperti biasa, dia lebih suka menaiki motor dari kereta.

Mereka semua sampai di sebuah rumah yang dijaga oleh seorang wanita tua selama mereka berada diluar negara.

"Eh Cik Muda dah kembali."

Tengku Daariya hanya beri senyuman ikhlas pada pembantu rumah yang sudah dia anggap sebagai nenek. Layla yang baru sampai turut salam Nek Nab.

Kyda Dan Cyra balik ke rumah mak ayah mereka. Layla pula balik minggu depan kerana kedua-dua ibu bapanya berada diluar negara. Charles melihat wajah penat ketuanya. Tapi demi mahu menyampaikan maklumat tentang ahli keluarga ketuanya, dia terpaksa juga mengganggu gadis itu berehat.

"Just tell me about them. I hear it ."

Charles lega ketuanya beri isyarat supaya dia teruskan apa yang dia mahu sampaikan.

"Reena semakin dingin dengan seluruh ahli keluarga. Abang-abang kau pulak dah ada dua orang cahaya mata. Comel pulak tu. Mummy dan daddy kau pula bulan april mereka akan pergi haji bersama adik-beradik dan ibu bapa mereka."

Tengku Daariya hanya dengar laporan dari Charles.

"Buat masa sekarang, musuh tak ganggu keluarga kau. Tapi dua minggu lepas ada beberapa orang intip rumah besar Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat. Mereka berkemungkinan mahu culik anak-anak abang-abang kau."

Tengku Daariya yang mendengarkan laporan itu terus saja membuka mata. Dia paling pantang keluarga besarnya disentuh.

"Arahkan anak buah untuk tangkap mereka. Pastikan anak-anak saudara aku semuanya selamat termasuk kakak-kakak ipar aku. Mereka cedera, aku bunuh orang tu."

Charles tahu ketuanya tak main dengan kata-katanya. Tengku Daariya terus naik untuk bersihkan diri dan solat asar. Dia mahu keluar pergi mall. Layla sudah maklumkan Kyda Dan Cyra yang Tengku Daariya ajak mereka keluar.

Mereka keluar pakai mask. Tengku Daariya tidak mahu orang ramai tahu siapa dirinya. Di dunia perniagaan, dia digelar sebagai jutawan muda. Dalam dunia mafia, dia dipanggil sebagai Edith atau Ariya. Ramai orang pandang pelik kerana melihat mereka berempat memakai mask.

Tengku Daariya yang sememangnya suka pakai baju warna gelap menghiraukan pandangan orang ramai. Tujuannya datang ke mall kerana mahu membeli hadiah untuk anak-anak sang abang. Dia mahu berjumpa dengan keluarga kandung tapi menyamar jadi orang lain.

Layla dan yang lain berpakaian warna yang berbeza. Tengku Daariya menghabiskan duit sebanyak RM600 semata-mata hadiah yang sederhana. Tengku Daariya terus mengikuti langkah kawannya yang menghampiri panggung wayang.

Layla mula mengajak semua balik sejurus cerita itu habis. Tanpa sempat berhenti Tengku Daariya dan seorang lelaki berlanggaran. Tengku Daariya merengus bila tubuhnya hampir jatuh. Tanpa dia sedar, mask pada mukanya sudah tertanggal.

Layla terkejut bila mask ketuanya sudah tertanggal. Jejaka itu terkejut melihat wajah tegang sang gadis itu. Tengku Daariya terus memakai semula mask setelah ditegur oleh Layla. Tanpa mereka sedar jejaka itu sempat mengambil gambar gadis tu.

"Niel, aiutami a scoprire chi è questa ragazza. Voglio le informazioni di questa ragazza il prima possibile."("Niel, help me find out who this girl is. I want this girl's information as soon as possible.")

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now