Capitolo 3

185 20 3
                                    

SEMASA di dalam perjalanan pulang, kereta yang dinaiki oleh Tengku Daariya dan Achlys ditembak dari arah belakang. Tengku Daariya tersedar dari lenanya apabila dia mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan sangatlah kuat. Tengku Daariya memandang ke arah cermin sisinya dan dia terlihat dua biji kereta Range Rover sedang menghampiri kereta yang dinaiki oleh mereka.

Achlys menghantar pesanan ringkas kepada Charles yang merupakan hacker di dalam kumpulan mereka untuk hack kereta musuh dan menghantar beberapa orang anak buah untuk membantu.

"Kau pandu macam biasa. Biar aku yang handle." Mendatar sahaja Tengku Daariya memberi arahan kepada Achlys.

Achlys menganggukkan kepala sahaja.

Tengku Daariya melorekkan sebuah senyuman sinis kemudian dia mencapai pistol jenis M-18 lalu dia membuka sedikit tingkap. Badannya di keluarkan sedikit dan dia menembak kereta musuh. Achlys tetap memandu. Dia langsung tidak terkesan. Dia sudah biasa.

Tengku Daariya membalas serangan tembakan musuh kerana jalan yang digunakan oleh mereka bukanlah jalan yang sentiasa orang guna. Jadi, jalan itu sedikit lenggang. Hanya ada kereta mereka di situ.

Tengku Daariya merengus bila kereta yang dinaiki oleh musuh makin banyak dan dia sudah kehabisan peluru. Mereka telah dikepung. Dia berharap, bantuan tiba tepat pada masanya.

Tidak selepas itu, kedengaran beberapa buah kereta sport meluncur dan menembak secara rawak ke arah kereta musuh. Tengku Daariya sempat melihat tatoo yang ada pada pihak musuh.

"Ular," getus hati Tengku Daariya. Tidak lama selepas itu, dia tersenyum sinis. Dia sudah kenal tatoo itu.

"Arghh!" jerit Tengku Daariya apabila dia terkena tembakan dari musuh.

Zayyan Ammar yang melihat ketuanya cedera terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah musuh yang masih hidup. Charles lantas berlari anak ke arah Tengku Daariya untuk memastikan kecederaan itu tidak teruk.

"Woi, gila. Bangun. Jom, pergi hospital. Bahu kau terkena peluru." Charles berkata dengan kasar kepada Tengku Daariya. Dia tidak cukup barang untuk merawat luka Tengku Daaria.

"Ish, aku nak taknak pergi hospital. Benci aku dengan hospital. Dengan bau ubat lagi." Tengku Daariya membantah dengan teruk sekali kepada Charles.

"Kau nak mati...dipersilakan. Aku tak cukup bahan la babi nak buang peluru tu. Eh, mak cik...kalau peluru tu kena dada kau, tak fasal-fasal kau duduk kat hospital. Silap haribulan, kau dah arwah tahu!" Marah Charles kepada Tengku Daariya. Kalau boleh, mahu sahaja dia ketuk kepala Tengku Daariya. Geram.

Tengku Daariya hanya pasrah apabila Charles sudah berkata sebegitu. Hospital adalah tempat paling dia benci dan tidak suka. Tetapi, dia tetap kena pergi kerana Charles tidak ada barang untuk membuang peluru dan peluru itu terlalu dalam. Jika tersalah guna barang medic, boleh jangkitan bakteria ke dalam salur darah adalah tinggi dan boleh mengakibatkan kematian.

Berita tentang Tengku Dareena sudah boleh discharge buatkan Tengku Daariya berasa lega. Lega apabila kembarnya itu tidak cedera parah. Hanya kaki sahaja yang perlu dirawat dan dijaga dengan rapi agar tidak dijangkiti kuman. Luka pada kaki Tengku Dareena tidak begitu dalam dan tidak mengambil masa yang lama jika di jaga dengan baik.

DEWIGH'S Hospital

Doktor di kecemasan hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat wajah cucu perempuan sulung keluarga Tengku Daiyan. Mereka sudah cukup lali dengan perangai gadis itu. Kadang-kadang Tengku Daariya boleh di buat kawan, kadang-kadang tidak. Melainkan yang sudah lali dengannya.

"I know I'm beautiful, don't look like that. I'm shy..." kata Tengku Daariya dengan selamba kepada jururawat yang memandangnya dengan pandangan yang geram. Mahu sahaja jururawat itu mencepuk Tengku Daariya. Tetapi, diingatkan semula...baik tak payah. Silap langkah, buruk padahnya.

Jururawat di situ hanya menggelengkan kepala. Siapa sangka, di sebalik wajah ceria gadis itu...masih ada wajah sedih. Tengku Daariya hanya menadah telinganya dengan rela apabila seorang doktor lelaki mengatur langkah mendekatinya lalu membebel. Kalah mak-mak bebel bila tupperware diorang hilang.

Tengku Daariya hanya mampu menayangkan riak wajah pasrah sehingga membuatkan jururawat yang berada di situ tergelak apabila melihat memek muka Tengku Daaria.

" Pak cik, kau dah habis bebelkan? Aku nak balik. Duduk sini lama-lama boleh cair tahi telinga dengar kau bebel nyah. Anyway, thank you for treating this wound." Tengku Daariya berkata kepada doktor itu.

"Woi! Aku punya hensem dari abang aku...kau panggil pak cik? Seriously! Dasar taguna...." gerutu Tengku Asfar dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Well, muka kau sesuai dipanggil pak cik. Pak cik buat Nara sahaja. Tip top uncle for me. Aaa....gitu." Sakat Tengku Daariya lalu dia tergelak.

Jururawat yang ada memerhati mereka dengan riak wajah yang sukar ditafsir sama ada mereka cemburu ataupun terhibur dengan gelagat Tengku Daaria.

'Nasib kau lah As. Jumpa budak perempuan macam Nara. Mohon bertabah As. Sebagai orang yang hensem...kita kena sabar.' Getus Tengku Asfar di dalam hati. Sempat juga dia masuk bakul sendiri.

Dia hanya menghantar Tengku Daaria sehingga kelibat itu hilang dari pandangan dan dia terus berlalu pergi tinggalkan ruangan kecemasan. Macamlah dia tidak dengar apa yang diborakkan oleh jururawat di situ. Dia hanya memekakkan telinga. Malas ambil tahu.

Tengku Asfar bukan sahaja doktor di Hospital DEWIGH'S. Bahkan, dia juga mempunyai sisi gelap. Dia merupakan ahli tinggi di dalam kumpulan Scorpions. Antara kumpulan mafia yang terpengaruh. Dia merupakan abang sepupu Tengku Daariya. Oleh kerana itu, dia boleh melawak dan tertawa bersama Tengku Daariya.

Ke semua jururawat di hospital DEWIGH'S berasa cemburu apabila melihat kemesraan Tengku Asfar dan Tengku Daariya sehingga boleh bergelak ketawa bersama. Mereka yang meminati Tengku Asfar terus mendekati seorang jururawat yang merawat Tengku Daariya lalu menyoal beberapa soalan.

"Siapa budak perempuan tadi? Apa hubungan dia dengan doktor Asfar? Mesra betul diorang. Dengan kami, doktor Asfar tu nak senyum pun susah. Pahal dengan budak tadi boleh berborak siap gelak lagi. Special sangat ke perempuan tu?"

Jururawat yang bernama Maria itu mengeluh apabila dia menjadi kaunter pertanyaan kepada tiga jururawat yang macam diva dekat DEWIGH'S HOSPITAL. Maria menjawab kesemua soalan itu dengan tenang sekali. Terselit juga suara tegas.

"First, korang kena tahu...budak tadi ada nama. Nama dia, Tengku Nur Daariya Inara. Second, doktor Asfar tu...abang sepupu kepada Tengku Daariya."

Jeda. "Third, kenapa doktor Asfar nak senyum dekat korang? Muka korang ni, kalau kena tampar...boleh jerebu satu Malaysia ni. Is everything clear? Or still not clear? need another explanation?"

Ketiga-tiga jururawat tadi hanya mengangguk sahaja. Maybe, menusuk ke kalbu apa yang dikatakan oleh Maria kepada mereka mengenai make up.

"Not. No need for an explanation anymore," kata salah seorang dari tiga orang jururawat itu.

"Then, pergilah siapkan kerja korang. Datang sini bekerja. Bukan membawang." Tegas sekali Maria berkata. Mereka bertiga terus menyambung kerja yang tergendala dek sibuk membawang mengenai Tengku Daaria.

Maria hanya menggelengkan kepala dengan tingkah laku jururawat-jururawat itu. Dia sudah lali dengan perangai jururawat di hospital itu. Ramai benar peminat Tengku Asfar. Nasib sahaja dia sudah berkahwin.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated :21/2 /2022

-Typo itu satu kesenian. Jadi, tegurlah kalau ada typo. -

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ