Capitolo 6

150 13 0
                                    

BUNYI mesin pernafasan  itu buatkan mereka yang ada di situ  tidak mampu untuk  menahan air mata dari merembes keluar dari kelopak mata. Achyls dipanggil untuk menceritakan tentang kejadian yang terjadi agar lebih terperinci.

“Achlys, cerita semua yang jadi. Grandpa nak tahu semuanya. Jangan sembunyi satu pun.” kata Tengku Daiyan kepada Achlys.

Achlys menarik nafas dalam. Kemudian, dia bersuara. Tengku Dary  sedia mendengar apa yang akan diberitahu oleh Achlys.

"Nara berubah jadi Ariya bila Ray mention pasal keluarga.” Achyls berhenti untuk melihat riaksi Tengku Dary. Tetapi, Tengku Dary langsung tidak berikan riaksi.

“And then, Nara bunuh ke semua anak buah Ray dan masa kitorang tengah gaduh tu… Ray lepaskan tebusan untuk alihkan perhatian Nara. Nara lari bila dia nampak peluru tu hampir sahaja nak kena budak perempuan tu. Nara terkejut sebab peluru tu kena tempat yang sama. Actually, tempat tu ialah luka yang sama masa Nara selamatkan Reena. Nara terus jatuh. Lepastu, dia terus memandang Achyls dan dia berikan senyuman yang sama seperti 2 tahun yang lepas. Nara  ada cakap, Tuan muda dan Puan muda tak perlu nak jaga dan perhatikan dia lagi selepas ni. Nara cakap lagi, anggap sahaja beban Tuan muda dan Puan muda dah tak ada."

Achyls memandang ke semua wajah ahli keluarga Tengku Daariya. Ya, dia tahu semuanya pasal Tengku Daariya. Tidak ada satu pun yang dia tidak tahu. Semua dia tahu. Tengku Daariya telah banyak berkorban tetapi tidak ada yang tahu akan hal itu. Dia menjaga adik kembarnya dalam diam, tetapi tidak ada yang tahu.

Tiba-tiba Wad Tengku Daariya diserbu oleh beberapa orang jururawat dan Charles iaitu doktor dan anak buah kepada Tengku Daariya. Setelah keadaan reda, Charles dan beberapa orang jururawat tadi melangkah keluar dari bilik Tengku Daariya.

“Nara baik saja kan?” Tengku Daiyan menyoal kepada Charles.

Don’t worry. She’s fine.” kata Charles.

“Boleh kami masuk?” Tengku Dura menyoal.

Charles mengangguk sebagai jawapan. Charles menahan Achlys. Ada perkara yang dia perlu beritahu dengan Achlys.

“Kita kena jaga dia. Jangan bagi dia cedera lagi. Kemungkinan selepas ini, dia boleh koma kalau cedera parah. Badan dia dah lemah.” kata Charles kepada Achlys. Achlys memandang Charles dengan riak wajah yang terkejut.

Tengku Daariya memandang semua yang ada di dalam biliknya itu. Dia menarik nafas. Dia akan beritahu. Keputusan dia adalah muktamad.

"Balik Malaysia nanti, buatlah majlis pelantikan Ketua Mafia Dark Rose. Nara akan beri jawatan tu kat Reena macam yang lain nak.” Senada Tengku Daariya berkata.

Semua terkejut apabila Tengku Daariya nak lepaskan jawatan itu. Tengku Dareena merasakan ada sesuatu yang berlaku di antara Tengku Daariya serta sepupu-sepupunya yang lain. Tengku Daariya telah dibenarkan pulang. Cederanya semakin baik. Dia pulang ke rumahnya saing dengan yang lain. Dia pulang ke rumahnya bukan rumah keluarganya.

Tengku Dura menghalang tetapi itu keputusan muktamad daripada Tengku Daariya. Kini, Tengku Daiyan memandang ke semua cucunya yang duduk di bawah satu kumpulan dengan Tengku Daariya. Ada perkara dia mahu bincangkan.

Mereka semua mendiamkan diri. Mereka terasa aura dingin menyelubungi perjumpaan itu. Tengku Daiyan bersuara sebaik sahaja dia melihat cucu-cucunya menunduk.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα