capitolo 8

130 12 2
                                    

TENGKU Daariya terus ke arah motornya. Hadiah yang dia dapat telah diletak dalam kereta Kyda. Earpod yang disambung untuk berhubung dengan ahli White Eagle.

"Ingat pelan tu. Aku kena korbankan diri aku demi mereka. Charles, Achyls pastikan kau orang dah bersiap sedia."

Layla beri isyarat. Mereka kini berada dijalan menuju ke rumah Tengku Dary.

Musuh kini bertindak.

"Kyda, pistol aku."

Mereka membalas tembakan musuh. Tengku Daariya terus kejar sebuah kereta yang sedang cuba untuk langgar kereta Tengku Dary.

"Layla tolong tembak tayar kereta musuh sebelah kereta daddy aku."

Layla terus minta Cyra untuk kawal keretanya dan dia menembak kereta musuh.

"Nara kereta depan cuba nak langgar kereta atok kau."

Tengku Daariya terus lajukan motornya. Apa yang dikatakan oleh Kyda betul. Tengku Daariya sempat beri senyuman yang terakhir.

" Jaga keluarga Nara baik-baik. Selamat tinggal, grandma,grandpa. I love all of you."

Tengku Daariya terus merempuh kereta itu. Tapi nasib tak menyebelahinya. Tengku Daariya tercampak jauh dari motornya. Semua orang terkejut melihat kejadian tu. Achyls terus berlari lalu cempung tubuh lemah gadis itu.

Jasad seorang gadis diletak ditempat yang sama Tengku Daariya tercampak."No ! Adik!"

Tengku Daaniyal terus berlari ke arah jasad palsu Tengku Daariya. Tengku Deedat terus hubungi ambulans. Tengku Daaniyal buat CPR supaya Tengku Daariya sedar.

Cyra dan yang lain sudah pergi kerana ketuanya sudah dibawa ke rumah yang lain. Zayyan terpaksa berada disitu supaya keluarga Tengku Dary tidak perasan kereta yang ada jasad Tengku Daariya pergi.

Ambulans sudah sampai. Mereka terus mengekori ambulans ke hospital. Tengku Asfar sudah menunggu di wad kecemasan. Mereka hanya menunggu berita dari Tengku Asfar.

"Tengku Nur Daariya Inara binti Tengku Dary Ilyaas meninggal pada jam 10.40 malam. Saya nak pergi beritahu keluarga arwah."

Tengku Asfar mengalir airmata sebelum berjumpa dengan semua ahli keluarga yang lain.

"Kenapa cepat sangat kau pergi budak nakal. Aku belum puas nak cari pasal dengan kau. Aku rindu gelak ketawa kau, aku rindu kau merajuk dengan aku."

Tengku Asfar berjalan dengan airmata masih mengalir. Tengku Daaniyal melihat kelibat sepupunya.

"Far, macam mana dengan Nara?"

Tengku Asfar menarik nafas sebelum dia menyampaikan berita sedih.

"Kecederaan Nara teruk. Pendarahan dikepala tidak dapat di hentikan. Organ dalaman pun dah banyak rosak. Maafkan Far kerana tak dapat selamatkan Nara. Korang semua boleh lihat wajah arwah buat kali terakhir."

Terduduk mereka yang lain. Orang pertama yang tengok wajah Tengku Daariya adalah Tengku Daiyan dan Tengku Dania.

"Grandpa minta maaf kerana tiada masa Nara kena halau."

Tengku Dania memeluk tubuh suaminya kerana dia tak sanggup melihat jasad cucunya begitu.
Kini keluarga Tengku Dary pula melihat wajah Tengku Daariya. Mereka tak sangka kata-kata Tengku Daariya masa majlis tu jadi kenyataan. Hazwanie dan Farhanie terkilan bila teringat perbincangan si adik dan mereka berdua.

"Kalau kaklong dengan kakngah dah mengandung. Jaga kandungan tu baik-baik. Nara tak ada nak layan mak buyung mengidam malam-malam nanti."

Farhanie memeluk jasad Tengku Daariya yang palsu tu.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now