Capitolo 15 (sedang edit)

87 7 2
                                    

CYRA duduk di sofa sambil minum air. Dia tahu dua gadis itu dalam perjalanan kemari. Dia sudah meminta sisinya yang bernama Hadeeqa untuk ambil tempat kerana dia malas mahu bergaduh. Tapi jika perlu, dia akan ambil alih semula.

Seperti yang dikata, Layla dan Kyda sampai terus mahu menyerang orang dalam rumah. Cyra paling pantang jika ada yang tidak beradab datang tanpa memberi salam.

"Kenapa Nara keluarkan nama kami dari group WhatsApp. Kalau tak suka cakap. Jangan main tendang je kami. Ingat Aku dengan Layla hadap sangat ke nak duduk dalam kumpulan nie. Otak tak fikir ke. Selama nie kami yang selalu ada dengan dia."

Gelak sinis kedengaran. Layla terkejut bila dia melihat anak mata Cyra warna Koko cair. Dia mula risau jika nyawa mereka hujung tanduk. Hadeeqa tersenyum sinis bila melihat wajah pucat itu. Tengku Daariya yang sudah sedar 3 jam lalu turun dengan berpakaian singlet serta seluar pendek. Zayyan dan yang lain diletakkan dibangunan sebelah.

Jadi mereka berdua bebas berpakaian seksi. Tengku Daariya turut serta kerana dia taknak mereka berdua duduk dalam kumpulan itu. Anak matanya berubah. Jika dia letih, sisinya akan ambil alih. Ariya beri senyuman yang sama seperti Hadeeqa.

"Wow. Layla dan Kyda datang. Aku tahu pasti korang terkejut lihat Cyra. Ops. I mean Hadeeqa. Jangan beri kami keluar jika kau taknak cedera. Aku rasa Nara pernah cakap pasal beberapa peraturan dalam kumpulan White Eagle. Jika orang kuat Tengku Daariya berkahwin. Secara tidak langsung korang akan dibuang tanpa perlu berbincang. Itu peraturan paling atas. Tak akan kau berdua tak baca."

Layla dan Kyda terdiam bila teringat peraturan itu. Mereka terlupa tentang itu. Tengku Daariya dan Cyra tersenyum sinis. Mereka sudah ambil alih tubuh mereka. Layla dan Kyda dibawa keluar oleh beberapa orang anak buah Tengku Daariya.

Kecederaan Tengku Daariya kembali berdarah tapi Cyra sudah rawat. Tengku Daariya duduk di bilik kerja. Proposal yang dihantar oleh beberapa syarikat untuk berkerjasama dengan syarikatnya.
Tengku Daariya tidak sangka banyak permintaan robot untuk membantu CEO sebuah syarikat untuk bawa orang yang ingin bertemu dengan mereka.

Tengku Daariya terus hubungi Zayyan untuk selesaikan kerja itu. Zayyan terus turun ke dapur untuk bertemu dengan isterinya terlebih dahulu.
Kelibat Aresha kelihatan. Zayyan tersenyum melihat isterinya berubah.

"Sayang. Abang nak pergi jumpa adik abang. Jom ikut abang. Abang taknak tinggalkan awak kat rumah nie walaupun ada ramai anak buah adik abang di sini."

Aresha terus angguk dan ambil tudung. Charles dan yang lain turut serta kerana ada perkara yang mereka mahu bincang. Tengku Daariya sudah menukar pakaiannya. Kelibat mereka bertiga kelihatan. Cyra sudah duduk bersilang kaki di sofa.

"Besok mungkin sibuk. Jadi Cyra, aku tugaskan kau untuk duduk rumah. Dan ada berita mengejut untuk semua. Aku jual rumah nie. Aku dah beli rumah yang jauh sedikit dari bandar. Aku tahu Layla dan Kyda sudah sampai Malaysia. Aku tahu mereka akan bertemu dengan daddy Aku. Mereka akan beritahu keberadaan kita."

Zayyan dan yang lain hanya ikut sahaja. 5buah rumah mansion dalam satu tanah yang saat besar. Barang sudah dipindahkan. Tengku Daariya tahu semua itu kerana dia sempat letak GPS serta alat untuk dengar apa yang mereka akan bongkarkan. Kyda dan Layla terus beritahu keberadaan mereka semua.

Tengku Dary Ilyaas terus memanggil anak buahnya untuk bersiap sedia bawa pulang anaknya. Tengku Deedat geleng kepala bila Tengku Dary tekad untuk kahwinkan adiknya dengan Tengku Aslan. Dia tahu perasaan ketuanya tapi dengan cara paksa buatkan hubungan kekeluargaan mereka semakin tegang. Dia perlu halang sebelum hal ini berlaku.

"Daddy ingat dengan cara paksa Nara balik boleh eratkan lagi hubungan keluarga nie dengan Nara. Daddy lupa yang daddy sendiri punca semua nie berlaku. Kalau daddy dengar penjelasan Nara. Dat dengan Iyal tak akan kehilangan Nara. Akibat pilih kasih,daddy punca Nara keluar rumah dan tak pernah jejak selama 6tahun. Dia jejak pun sebab kami telefon. Sebabkan Reena cederakan diri dia. Tapi daddy tetap dengan pendirian daddy satukan dia dengan Aslan. Kononnya dia tak reti jaga diri. Daddy dah lupa Nara hidup sendirian diluar sana sejak dia 13tahun.Dat mohon sangat-sangat jangan teruskan rancangan nie. Tapi kalau daddy teruskan. Jangan tanya kenapa Nara makin jauh dari kita."

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now