Capitolo 10

155 14 3
                                    

TENGKU Daariya memeriksa dokumen yang Charles bawa balik. Kaca matanya dibetulkan. Frame gambar mereka sekeluarga dikeluarkan..

"I am sorry. Tapi demi kau,Reena. Aku sanggup tinggalkan keluarga kita."

Tengku Daariya menangis bila melihat wajah kembarnya. Selama 6tahun dia di luar negara, Tengku Daariya hanya belajar dan menerima rawatan mental. Disebabkan kejadian dimana mereka berdua diculik dan diseksa, Tengku Daariya yang paling banyak diseksa oleh musuh dulu.

Tengku Daariya yang mengambil alih dari biarkan kembarnya diapa-apakan. Seluruh tubuh dipukul dengan kayu tapi Tengku Dary hanya pentingkan Tengku Dareena. Sisi yang berada dalam badannya diwujudkan sejurus Tengku Daariya melihat Tengku Dareena hampir dirogol.

Ketika itu juga dia biarkan sisinya kawal hanya kerana mahu Tengku Dareena selamat. Semasa menyerang orang nak rosakkan adiknya itu musuh menembak dada kirinya. Tapi Tengku Dary tetap risau pada kembarnya sahaja.

"Tok"

"Tok"

"Tok"

Tengku Daariya kesat matanya supaya orang lain tak tahu dia menangis. Tengku Daariya terus bersuara agar orang itu masuk.Tapi suaranya agak serak sikit

"Mereka sedang menggali kubur untuk ambil mayat palsu kau tu. Sekarang mereka mungkin akan buat bedah siasat."

Tengku Daariya tersenyum sinis bila dapat tahu berita itu. Charles hanya mampu geleng kepala bila melihat wajah sinis gadis itu. Dia tahu perangai gadis itu.

"Biarkan je mereka lakukan. Sudah tiba masa mereka tahu TENGKU NUR DAARIYA INARA BINTI TENGKU MUHAMMAD DARY ILYAAS masih hidup. Tapi itu tak bermakna aku akan kembali ke keluarga besar tu."

********

TENGKU Daaniyal hanya menunggu keputusan dari balai polis. Manakala Tengku Dary dan ahli keluarga yang lain bersiap untuk majlis doa selamat untuk mereka bertolak ke Mekah.

Tengku Dareena turut berharap itu mayat orang lain dan bukan mayat kakaknya. Tengku Asry masuk setelah dia sampai. Semua orang menunggu keputusan itu.

"She not Tengku Nur Daariya Inara binti Tengku Muhammad Dary Ilyaas. She is Putri Nur Suhana binti Megat Suhaimi."

Kata-kata Tengku Asry buatkan mereka bersyukur kerana gadis itu masih hidup tapi mereka mula mempersoalkan mengapa gadis itu palsukan kematiannya. Tengku Asry cuba buat andaian.

"Mungkin dia buat kerana Reena. Paklong sayangkan Reena berbanding Nara. Dia buat sebab nak lindungi Reena. Dia biarkan dirinya cedera dari melihat paklong hilang Reena. Dia sanggup biarkan semua tu kena padanya."

Tengku Dary terdiam bila mendengar kata-kata anak buahnya. Tengku Daaniyal bangun untuk bertemu dengan adik kesayangan tapi mereka terkejut bila melihat wajah Tengku Daariya berada di hadapan pintu agam milik Tengku Daiyan.

Tengku Dura berlari memeluk si anak yang dah lama pergi meninggalkan mereka semua. Tengku Daariya terus bersuara bila melihat mummynya berlari anak ke arahnya.

"Tengku tak perlu berlari peluk saya. Saya datang hanya nak ucapkan selamat sampai ke tanah suci. Saya hanya nak cakap tu bukan nak buat sesi jejak kasih keluarga Tengku Dary."

Kata-kata Tengku Daariya agak mengguris hati si ibu. Tengku Dary terkejut kerana anaknya tidak lagi seperti dulu. Yang ada dihadapan mereka adalah orang lain dan orang yang berbeza. Tengku Daariya pula menahan airmata bila melihat wajah si ibu mengalir airmata kerana kata-katanya.

"KAU SEDAR TAK YANG DEPAN KAU TU IBU KANDUNG KAU TENGKU NUR DAARIYA INARA BINTI TENGKU MUHAMMAD DARY ILYAAS!"

Tengku Daariya gelak sinis. Terkaku mereka bila melihat gadis itu gelak sambil airmata mengalir.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now