Capitolo 14(sedang edit)

104 8 0
                                    

TENGKU Dihyan pula ambil tempat untuk sambung perkara itu. Dia perlu sedarkan semua orang dalam rumah. Cukup penderitaan cucunya dapat. Dia tahu dengan cara itu mereka yang lain pasti akan cari kedudukan cucunya. Tapi dia tahu cucunya itu seorang gadis yang licik sekali.

"Nara beri Reena kumpulan tu pun kerana paksaan. Dia sanggup tidak bincang dengan kami. Sebab Nara tahu yang kami akan bantah. Tapi sebab desakan kamu bertiga, dia sanggup lepaskan jawatan tu. Sedangkan kumpulan tu hak Nara. Dia yang ambil kamu bertiga masuk dalam kumpulan tu. Kamu bertiga tak ada hak langsung untuk paksa. Mujur sahaja dia tubuhkan kumpulan lain. Tapi cuba tengok sekarang. Mana anak buah kamu ambil tu semuanya lemah. Mana yang kuat semua ikut Nara sebab Nara yang bantu mereka."

Tengku Ziya dan yang lain terdiam bila mereka dimarahi oleh Tengku Dihyan. Tawa yang dibuat kedengaran oleh mereka semua. Tengku Dihyan gelak sambil menangis bila melihat cucunya itu sengsara akibat orang lain.

"So no wonder she left us again because all of you .You just think about yourself. Atuk tak kisah sebab Nara cucu yang boleh berdikari tanpa bantuan keluarga tapi kamu. Semua guna bantuan keluarga. Tak mustahil Nara ikut jejak abang-abang dia. Cari duit sendiri. Bina kerjaya sendiri tanpa guna duit mak ayah. Korang fikir sendiri kesilapan yang korang lakukan. Tapi kami taknak kamu semua cuba jejak keberadaan Nara. Sebab dia cakap dia sihat dan akan kembali bila dia dah sedia."

Tengku Daiyan dan Tengku Dihyan terus naik bersama isteri mereka. Tengku Dareena masih tak sangka yang kembarnya dipaksa untuk derma tapi seperti atuknya cakap. Dia berasa lega bila tahu kembarnya masih ada dua paru-paru. Wajah si ayah dipandang. Dia tahu ini semua kerja Tengku Dary.

"Sampai hati daddy paksa kembar Reena dermakan paru-paru dia pada Reena. Daddy memang tak ada hati perut kan. Kalau kembar Reena mati masa pembedahan tu macam mana? Daddy hanya fikir senang daddy je. Ada  daddy fikir perasaan mummy masa tu. Yang daddy tahu hanya perasaan daddy je. No wonder my twin run after you force her to marry with Aslan. She know how take care herself. You don't have to arrange her life."

Tengku Dareena terus naik ke atas. Tapi wajah yang terlibat turut dipandang begitu aja. Tengku Daaniyal dan Tengku Deedat terus bawa isteri dan anak-anak mereka keluar. Mereka dah pun duduk rumah sendiri atas sebab mahu besarkan anak-anak mereka dengan cara mereka sendiri. Tengku Dura bangun setelah dengar semua kata-kata ayahnya tadi.

Sungguh dia tak sangka yang suaminya sanggup paksa anak perempuannya derma paru-parunya. Tapi Allah Maha besar. Dia beri Tengku Daariya demam dan digantikan dengan seorang kanak-kanak yang sama umur dengan anak-anaknya untuk derma paru-paru. Jadi selama ini Tengku Daariya hanya pendam apa yang terbuku dalam hatinya tanpa mereka yang lain sedar.

Tengku Dura tekad untuk mencari keberadaan si gadis. Dia mahu hidup bersama Tengku Daariya. Tengku Dura pandang ke arah bagasinya. Tanpa yang lain sedar, Tengku Dura terus keluar rumah. Dia boleh beli baju lain bila dah sampai ke destinasinya. Dia tahu Tengku Daariya duduk di US.
Mungkin berita keberadaannya boleh buatkan Tengku Daariya muncul kerana disana ada musuh tradisi keluarganya.

Tengku Dura sempat tempah tiket pukul 4petang. Tanpa wanita tua tu sedar. Kelibat anak buah Tengku Daariya ada memerhati. Dia terus keluarkan iPhonenya until beritahu hal tersebut. Pastu ketuanya terkejut bila tahu hal itu.

Bunyi deringan menandakan gadis itu hidupkan nombor barunya. Tengku Daariya pelik bila ada anak buahnya menelefon. Mesti ada yang berlaku jika dia dapat panggilan itu.

"Puan besar dalam perjalanan ke US." Kata-kata Ali buatkan Tengku Daariya terbangun dari tidur. Dia mengeluh bila Tengku Dura tekad mencari keberadaannya.

"Kau ikut mummy aku sampai ke US. Aku sendiri akan jemput kau dengan mummy aku. Ingat ada luka pada tubuh mummy Aku siap kau."

Ali terdiam kerana kata-kata Tengku Daariya tak boleh dibawa main. Tengku Dura terus masuk pintu B untuk masuk ke kapal terbang. Kehilangan Tengku Dura buatkan semua risau.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now