Capitolo 11(sedang edit)

120 9 4
                                    

CYRA kejutkan Tengku Daariya yang sedang tidur. Tapi yang mengejutkan Cyra adalah dihadapannya si DIA. Cyra mula kaku sehingga Layla masuk untuk panggil kawan-kawannya.

"Edith, kenapa sekarang kau muncul? Kenapa bukan masa nak lawan. Payah betul ada tuan kedua yang memang tak boleh dibawa bincang."

Edith a.k.a Tengku Daariya tergelak bila si sahabat merungut. Dia merengangkan bahunya kerana rasa lenguh. Layla yang melihat turut pasrah kerana mereka tahu Tengku Daariya sengaja biarkan si Edith muncul. Tak lama kemudian Tengku Daariya pejam mata. Mata yang berwarna koko gelap berubah jadi Koko biasa.

"Aku sengaja nak munculkan Edith tapi korang menggelabah macam aku atau Edith bunuh korang lak."

Tengku Daariya terus turun. Motor kesayangannya jadi pilihan. Semua anak buah mereka sudah menunggu di markas utama. Tengku Daariya tanpa berkata terus ke sana. Mereka yang lain ada Yang bawa kereta mahupun motor berkuasa tinggi seperti Tengku Daariya. Bunyi motor buatkan mereka tahu Tengku Daariya bawa seperti tak ingat dunia.

Max terus tunduk hormat pada ketuanya. Bunyi telefon buatkan mereka semua diam. Tengku Daariya sudah geleng bila nama pemanggil itu. Wajah Tengku Dura kelihatan. Tengku Daariya angkat kening bila melihat wajah muram si ibu.

"Why my queen look sad? I think I told you that I will back if you comeback to Malaysia after 1 month,my queen. You just make promise that you will not cry. But I think you just broke our promise my queen."

Tengku Dura terus mengalirkan airmata bila dia teringat janjinya semalam. Dia masih menahan dari keluar suara tangisan tapi gagal bila melihat dan dengar suara anaknya. Walaupun mereka baru bertemu semua tapi dia risau Tengku Daariya mungkiri janji untuk selamat.

"Mummy rindu Nara. Mummy takut Nara mungkiri janji untuk balik dengan selamat. Mummy taknak hilang Nara semula. Tak boleh ke Nara balik sini?"

Tengku Daariya menarik nafas Dan perlu memujuk si permaisuri hatinya. Dia perlu buat si ibu senang hati sebelum pergi naik flight untuk menunaikan Haji selama sebulan lebih.

"Nara tak boleh balik. Mummy tak boleh sedih nanti hati mummy resah. Mummy sampai lapangan terbang nanti. Masa dah balik,Nara janji Nara akan berada disana. Tapi jika mummy balik tapi kelibat Nara tak maksudnya Nara tak boleh balik untuk lihat keluarga Nara balik dari haji. Selalu kuat walaupun mummy hilang seorang anak perempuan . Reena ada dengan korang."

Tengku Dura sudah mula berfikiran negatif bila si anak berkata begitu. Tengku Daariya terus tutup panggilan dan dia terus matikan telefon bimbitnya. Kini mereka sudah ada plan untuk serang kumpulan Black wolf.

********

TENGKU Dura hanya melihat telefon bimbitnya gelap. Dia tahu anaknya bakal pulang kepangkuannya. Kini semua orang sudah bersiap sedia untuk masuk pintu F. Tengku Daaniyal memeluk si ibu untuk tenangkan hati yang masih risaukan si adik di luar negara.

Manakala Tengku Daariya pula berada di markas musuh. Mereka mahu tamatkan dengan segera dan pulang ke tanah air mereka. Tengku Daariya perlu kotakan janjinya. Ketua Black wolf mahu menyerang gadis itu tapi dia tak sedar yang belakang ada dua ekor harimau putih.

Tengku Daariya bersiul supaya salah seekor harimau putihnya bawa ketua musuh ke hadapannya. Leon terkejut bila tubuhnya diserang dan dibawa ke arah Tengku Daariya.

" Kau perlu tahu yang aku paling tak suka kau sentuh ahli keluarga aku dan anak-anak buah Aku. Tapi kau sendiri yang dah tempah maut dengan aku. Kau fikir dengan cara nie kau boleh dapat apa yang kau nak?"

Leon menyesal kerana cuba cari pasal dengan White Eagle. Tengku Daariya merasa ada sesuatu yang berlaku. Dia terus pusingkan tubuhnya dan melihat dua kawannya jadi tebusan.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now