Capitolo 13 (sedang edit)

103 7 0
                                    

TENGKU Dary mengamuk bila dapat tahu yang Tengku Daariya dan yang lain terlepas dari anak buahnya. Tengku Daiyan dan Tengku Dihyan sudah berbincang untuk buka semula kes yang terjadi beberapa tahun yang lalu.

Mereka tidak mahu melihat Tengku Daariya sengsara. Tengku Diana dan Tengku Iva setuju dengan cadangan suami mereka.

Mereka tidak jangka yang Tengku Daariya akan larikan diri sejurus tahu rancangan anak mereka untuk kahwinkan Tengku Daariya dengan Tengku Aslan. Tengku Daiyan tidak suka bila anaknya Cuba untuk atur hidup cucu-cucunya. 

Mereka mahu keluarga itu bahagia seperti sebelum ini. Tapi dengan rancangan Tengku Dary itu, apa yang mereka impikan musnah. Mereka sudah memanggil semua orang untuk berkumpul.

"Atuk dah tak sanggup dah simpan rahsia besar nie. Keluarga kita dah berpecah belah kerana sikap semua orang dalam rumah nie. Atuk tak sanggup tengok semua cucu atok berpecah belah macam nie. Korang nie sebenarnya kenapa ye? Apa yang korang tak puas hati dengan Nara. Adakah sebab pencapaian dia sampai korang sanggup buat dia tertekan. Tak sedar lagi ke pengorbanan yang Nara lakukan pada Kita."

Semua terdiam. Tengku Dary bersuara. Dia mahu yang terbaik untuk anak-anak perempuannya. Bila Tengku Daariya sudah berkahwin, dia rasa lega kerana dapat tebus kesalahannya itu.

"Dary buat macam Tu sebab Nara dah matang untuk mendirikan rumahtangga. Lagipun Aslan adalah calon yang layak untuk Nara."

Tengku Daiyan geleng kepala bila dengar apa yang Tengku Dary katakan. Dia mengeluh kerana anaknya dengan ego tidak boleh berpisah.

"Itu bukan untuk kebahagian dia tapi itu untuk kepentingan kamu semua. Jika Nara terikat dengan perkahwinan, kamu boleh suruh Aslan kawal pergerakan Nara. Kamu boleh tundukkan kedegilan anak kamu. Tapi kamu silap. Nara tak bodoh untuk ikut apa yang kamu lakukan. Kalau ikutkan ayah, kamu tak layak jadi ayah kepada Nara sebenarnya."

"Sejak dia kecil lagi, kamu abaikan Nara. Sebab Reena Tu perlukan perhatian. Nara selalu pendam apa yang dia rasa. Pendam apa yang dia mahu. Dia tahu jika dia minta sekalipun, kamu pasti akan cakap daddy hanya ada duit untik beli keperluan Reena sahaja. Mana sifat kebapaan kamu terhadap anak perempuan kamu. Yang kamu tahu adalah Reena, Reena Tu je. Kamu pun  Dura, mana janji kamu untuk luangkan masa dengan Nara. Semua tu tipu. Kamu berdua tidak pernah langsung luangkan masa dengan Nara. Semua Reena, Daaniyal pastu Deedat. Kamu buat Nara Tu macam tak wujud dalam keluarga nie.

*******

TENGKU Daaniyal hanya diam sahaja dia tahu yang datuknya sudah lama pendam perkara itu. Tapi oleh kerana sikap Tengku Dary yang keras kepala itu mahu sahaja dia jawab. Semua orang sudah tidak mampu mahu berkata.

"Tak pernah sekalipun kamu berdua berborak dengan Nara. Bila balik kerja sahaja, pintu bilik Reena yang kamu tuju. Nara selalu tunggu kamu cium dahinya tapi itu hanya angan dia sahaja. Dia tidak bersuara kerana dia hormat kamu. Tapi kamu anggap dia seperti orang luar. Dia sakit ke demam ke, semua dia buat sendiri."

Tengku Dura terdiam kembali. Dia baru sahaja mahu buka mulut tapi Tengku Daiyan tahan. Dia nak luahkan semua yang mereka simpan selama ini.

"Reena sebenarnya paru-paru yang ada pada kamu bukan paru-paru milik Nara. Itu adalah paru-paru seorang budak yang sudah meninggal ketika itu. Allah selamatkan Nara dari derma. Nara tak pernah setuju pun untuk lakukan pembedahan itu. Tapi sebab daddy kamu paksa. Nara menangis bila melihat kami datang lawat dirinya. Dia cerita semua sekali. Bila kami dengar luahan hati Nara kami tahu Nara sudah lama pendam."

"Punca dia tak dapat derma sebab dia jatuh sakit. Doktor cakap keadaan Nara tidak mengizinkan dia untuk lakukan pembedahan tersebut. Tapi Allah bantu kamu dengan menghantar seseorang untuk bantu kamu hidup. Kamu tak boleh aktif dalam sukan kerana penyakit kamu masa Tu tidak mengizinkan. Cikgu di sekolah pun desak Nara untuk ganti kamu dalam semua acara. Tapi jangan risau masa Tu cikgu Tu dah dipecat kerana kelakuannya terhadap pelajar perempuan."

Tengku Dareena terdiam tapi wajah Tengku Dary dicari. Dia kecewa dengan sikap semua orang yang suka menyalahkan diri Tengku Daariya.  Jika masa boleh diputar, dia mahu duduk bersama dengan Tengku Daariya di luar negara. Tapi dia pelik. Parut yang ada Di dada Tengku Daariya masih ada.

"Parut Di dada Nara itu sebab apa? Jangan cakap parut Tu adalah parut tipu."

"Parut pada dada Nara adalah parut betul. Atuk minta doktor untuk buat. Nara tak pernah tahu yang dia masih ada dua paru-paru. Nara fikir dengan cara derma paru-paru dia, daddy dan mummy akan tumpu perhatian pada Nara. Tapi dia salah. Nara tetap diabaikan oleh mereka berdua. Sebab Tu Atuk tak kisah bila dia mahu duduk sendiri. "

Tengku Daiyan tersenyum bila teringat kata-kata cucunya ketika dia datang melawat. Tengku Diana gosok bahu suaminya. Dia tahu Tengku Daiyan begitu sayang cucu perempuannya.

"Nara gembira bila tahu Reena dah selamat. Daddy dengan mummy pasti akan sayangkan Nara macam dulu. Tapi Nara dah letak harapan tinggi pada mereka berdua. Reena tetap diutamakan. Yang melawat Nara cuma Atuk, grandpa, along Dan angah sahaja. Nenek Dan grandma pun lawat Nara. Nara sayang korang semua. Terima kasih kerana datang lawat Nara."

"Masa atuk dengar luahan hati Nara, hati Atuk sakit sangat. Atuk tak sangka yang daddy dan mummy kamu sanggup abaikan Nara. Pada hari yang kamu dibedah tu, Nara ada darah beku di salah satu paru-parunya. Ketika kamu berdua berusia 5tahun, kamu berdua kemalangan. Tapi Nara teruk kerana lindung kamu. Besarnya pengorbanan Nara masa tu. Tapi masa rawatan tu doktor yang rawat Nara tak sedar. Tapi bila kamu sakit dan Nara dipaksa itu lah punca kenapa Nara demam dan tak boleh derma. Doktor tu dapat kesan darah beku."

"Hati kami mula risau jika keadaan Nara teruk kalau tak dibedah. Kami yang turunkan tandatangan Tu tanpa bincang dengan daddy kamu. Sebab Kami nak selamatkan Nara. Kami tahu daddy kamu pasti akan buat banyak alasan. Jadi kami teruskan. Kos perubatan Nara ketika itu Kami yang bayar . Atuk serahkan perkara seterusnya pada grandpa kamu "

Tengku Dihyan hanya angguk sahajadia pandang semua orang di ruang tamu. Video ketika Tengku Daariya dan Tengku Dareena bermain ditayangkan. Wajah Tengku Daariya murung kelihatan.

"Tengoklah wajah Nara masa tu. Kamu berdua hanya bermain dengan Reena sahaja. Manakala Nara hanya menunggu kepulangan Daaniyal dan Deedat sahaja untuk bermain dengannya. Waktu itu kami mahu sahaja balik tapi Daaniyal cakap biar dia dan Deedat sahaja yang jaga. Sebab Tu Nara rapat dengan mereka. Grandpa tahu Reena cemburu bila Along dan angah layan sahaja apa yang dia mahukan. Tapi hakikatnya Nara nak sangat peluk daddy dan mummy kamu."

Tengku Dareena sudah mengalirkan airmata. Dia tidak sangka yang kehidupan kembarnya banyak berlaku sehingga kakak kembarnya pergi tinggalkan dirinya serta tidak memberitahu lokasi keberadaan Tengku Daariya.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated :6/4/2023

Story nie akan diedit semula... Harap korang sabar menunggu

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now