Capitolo 12(sedang edit)

101 8 2
                                    

TENGKU Daariya memanggil Achyls. Dia tahu semua anak buah yang ada di rumahnya belum makan kerana kejadian tadi.

"Erkkk aku ada beli makanan untuk 100orang. Tapi bukan aku bayar. Aslan bayarkan. Aku baru nak belanja korang. Ach, boleh kau tolong bagaikan makanan nie dekat mereka. Minuman biar aku buat."

Achyls geleng kepala bila melihat gadis itu mula malu. Antara mereka berenam, hanya tiga orang sahaja yang tahu sifat pemalu seorang Tengku Daariya Inara. Tengku Daariya memang malu dengan mereka sejak pertama kali mereka berjumpa.

"Okay. Aduhai sifat pemalu kau memang susah nak hilang bila dengan kami. Nara boleh tak nanti lepas kau siapkan minuman, kau pergi kat meja aku, Charles dan Zayyan Ammar. Kami ada benda nak cakap dengan kau."

Tengku Daariya hanya angguk bila Achyls tanya. Dia terus masuk untuk buat air. Achyls dan yang lain sudah berada ditempat makan. "Ada makanan bos bawa balik. Dia nak belanja tapi orang lain bayar. Rezeki Kita malam nie dapat makanan sedap."

Tengku Daariya terus menuju ke meja ketiga orang kepercayaannya. Charles dan Achyls tersenyum melihat gadis itu. Mereka perlu mengatakan hasrat mereka. Lambat laun Tengku Daariya kena terima keputusan mereka.

"Apa yang korang nak cakap dengan Nara?" Tengku Daariya mula takut jika mereka bertiga meninggalkan dirinya seperti orang lain.

"Kami nak bawa Nara jumpa bakal isteri kami. Nak minta pendapat Nara pasal mereka dan jadi penasihat kami untuk pakaian majlis kami. Kami bertiga dah maklumkan hal nie kat Atuk dengan grandpa. Mereka suruh kami beritahu Nara pasal nie ."

********

TENGKU Daariya menunggu dengan penuh kesabaran bila ketiga wanita lambat datang. Zayyan Ammar serta yang lain risau jika Tengku Daariya reject. Kini kehadiran mereka buatkan ketiga jejaka itu lega.

"Maafkan kami sebab lewat sampai. Tadi jalan jammed." Tengku Daariya angguk sahaja. Sebelum mereka berbincang, Tengku Daariya memesan makanan serta minuman.

"So this is your partner for rest of your life after this right. I accept. So now we go find rings. Lepas tu pergi butik then tetapkan tarikh terus. Before that, I want to ask three of you. Are you have a family or not?"

Tengku Daariya menunggu jawapan dari mereka bertiga. Bunyi keluhan itu menunjuk ada sesuatu yang tidak kena.

"Kami ada mak atau ayah tapi masing-masing sudah buang kami kerana fitnah orang." Tengku Daariya hanya angguk sahaja. Tanpa mereka bertiga sedar, Tengku Daariya sudah beri isyarat untuk mencari keberadaan si wali kepada ketiga wanita itu.

Kini mereka berada di pusat membeli belah. Tengku Daariya hanya menunggu mereka untuk cari cincin serta barang untuk hantaran. Zayyan, Achyls serta Charles tidak mahu bertunang.

Jadi mereka akan berkahwin dalam masa terdekat. Tengku Daariya pula sudah berbincang dengan Cyra Hadeeqa untuk menetap di luar negara semula. Mereka akan lepaskan kedua sahabat mereka bila mereka dapat berita mengatakan Layla serta Kyda bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga.

Setelah selesai majlis, mereka akan berangkat ke US.Zayyan dan yang lain bakal ikut mereka. Kerja mereka telah diketahui oleh ketiga wanita tersebut.

Achyls tahu yang Tengku Daariya mahu menetap di sana selama 4 atau 5 tahun kerana tidak mahu mengikut cadangan si bapa untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Dia ingat yang Tengku Dary tidak akan desak si anak tapi setelah melihat kekusutan gadis itu. Dia tahu Tengku Daariya paling tak suka dipaksa untuk berkahwin. Cukup gadis itu menderita sakit yang teruk selama mereka berada di luar negara.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now