BABY DONT CRY ~ 1 ~

2.5K 113 7
                                    

Air mata gugur lagi. Tidak henti-henti . Mengalir penuh sengsara . Kini dia telah kehilangan segala-galanya , ibu-bapanya telah meninggal dunia , orang paling dia sayang meninggalkannya setelah mendapat tahu yang dia telah buta . Semua kejadian ini berlaku dalam satu hari . Dan hari itu menggubah seluruh hidupnya . Mujurlah dia masih mempunyai kakak yang selalu memberikan dorongan kepadanya . "Sudah-sudahlah tu, Hanna. Kau menangis sampai bumi terbelah dua sekalipun, tak boleh ubah ketentuan takdir . cukuplah Hanna , aku kan ada aku boleh jaga kau , lagi pun Tao dah beri izin untuk aku tidur rumah kau dalam seminggu dua ni ." pujuk Ayuna , simpati melihat keadaan adiknya .

"Aku ... aku hilang semuanya Ayuna , aku rasa aku dah tak berguna lagi . AKU BUTA !!! . Kai dah tinggalkan aku , kenapa tak biar aku mati jer kenapa aku kena lalui semua ini" . hampir separuh menjerit Choi Hanna bila meluahkan segala keperitan hatinya kepada Ayuna . "Banyak-banyaklah bersabar Hanna , aku ada untuk kau , Tao pun ada untuk sama-sama bantu kau"

Katakanlah apa sahaja , sila . Ucaplah apa pun . Tiada apa yang mampu membuatkan aku lihat kembali , getus hati Hanna.

Hampir terkoyak cadar katilnya , apabila Hanna menarik cadar itu melepaskan rasa sakit dihatinya . Ayuna yang cemas segera memanggil suaminya Tao untuk menenagkan Hanna "Jaggiya, cepat datang sini" . " Yahh Choi Hanna , berhenti !!!" Tao sengaja untuk meningikan suaranya agar Choi Hanna berasa sedikit takut dan mungkin akan berhenti dari menyakitkan diri sendiri atas apa yang berlaku . Ayuna segera berlari ke dapur untuk membuatkan Hanna segelas susu , dia kemudiannya menuangkan sedikit ubat tidur kedalam minuman Choi Hanna , bukan dia ada niat jahat atas adiknya itu tapi itu untuk kebaikan Hanna juga biarlah fikiran Hanna tenang buat seketika .

"Nah minum air ni , aku tahu kau mesti haus lagi pun tekak kau tu belum dijejak setitik air melainkan air liur kau tu , nah minum ni" . Choi Hanna meneguk air yang Ayuna buat tanpa mempedulikan rasa air susu yang agak sedikit pahit itu . Selesai memastikan Hanna minum susu yang dibuat Ayuna . Ayuna menarik tangan suaminya Tao keluar daru bilik. "Kenapa kita kena tinggalkan Hanna sorang-sorang dalam bilik , nanti jadi apa-apa yang diluar jangkaan kita , macam mana ?" kaki Tao dihayunkan semula menujuk ke bilik Hanna tapi belum sampai hayunan kaki ke tiga , Ayuna segera menyambar tangan Tao seperti helang menyambar makanannya "jangan risau saya dah letakkan ubat tidur dalam susu dia tadi , sekejap lagi dia tidur lah tu lagi pun ini untuk kebaikkan dia juga " . Tao hanya diam, tak tahu nak cakap apa atas tindakkan Ayuna itu .

~HANNA POV ~

Di baringkan kepalanya diatas bantal terasa berat matanya untuk dibuka , setelah beberapa kali mengosok matanya bagi menghilangkan rasa gantuk tetapi tidak memberikan kesan apa-apa "hemm, bukak mata dan tutup sama ja , aku bukannya nampak apa-apa selain warna hitam" getus hatinya . Di biarkan rasa gantuk itu menguasai fikirannya . Selang 5 minit kedengaran hempusan nafas halus milik Choi Hanna . Nyenyak dibuat mimpi.

~~~~~~~~~~~~~~
"BAMMMM" . Bunyi hentaman yang sangat kuat mengejutkan orang ramai . Keadaan 2 orang penumpang dan 1 orang pemandu kereta itu sangat kritikal . Pemandu dan penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan teruk di kepala manakala penumpang belakang dibahagian muka .

Choi Hanna mendengar suara seperti berbisik halus ditelinganya tetapi bila hendak di celikkan matanya terasa sangat pedih bagai kaca halus meyucuk-nyucuk bebola matanya . Tidak lama itu semuanya menjadi gelam dan sepi , tiada lagi suara halus berbisik.

3.00 p.m (sebelum kemalangan berlaku)

"Kringggg" lonceng sekolah yang terakhir berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari ini. Choi Hanna masih duduk dimejanya , pandangannya di tumpukan kearah budak-budak yang sedang gembira berlari keluar dari pintu besar sekolah. Geli hatinya melihat telatah senior dan junior High School Black Pearl . "Kenapa hati aku kata yang aku takkan melihat semua ni lagi ?" Nadanya agak sedikit cemas , dia percaya kepada kata hatinya sebab padanya kata hati itu selalu betul . Dipejamkan sekejap matanya untuk tenangkan hatinya . "Jaggiya, buat apa tu ?" Segera dia mencelikkan mata yang tadi tertutup rapat "Yahh Jongin ! , terkejut saya . Apa awak buat kat sini ?" . Kai kalau tak buat 'buah hatinya' terkena heart attack memang taksah harinya. "Awak tu buat apa kat sini ?" eh , kita tanya dia , dia boleh tanya kita balik soalan yang sama . Siap senyum-senyum lagi Kai .

Malas dia hendak hadap muka Kai tu lama-lama . Segera kaki Choi Hanna melangkah kearah pintu kelas tetapi Kai lebih pantas dari jangkaanya . Dicapainya tanggan Hanna dan tubuhnya dirapatkan dengan gadis itu . "I miss you baby" jari Kai memintal-mintal hujung rambut Hanna . "I miss you too bae" kata-kata Hanna membuatkan Kai tersenyum manis . Jari Kai masih lagi bermain dengan rambut Hanna yang bewarna keperangan . "JongIn ..." belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya , Kai memotong "Kenapa awak tak pernah panggil saya Kai ?" . "Sebab saya rasa nama JongIn tu lagi sedap dipanggil berbanding Kai" betul , tidak pernah sebelum ini dia memanggil JongIn dengan panggilan 'Kai' daripada sejak mereka kenal sehinggalah mereka menjadi pasangan .

"From now just call me Kai" , "no , i want to call you JongIn until forever" berkerut sejuta muka Kai apabila Hanna engan memanggilnya dengan panggilan yang dia tetapkan . "Yahh hanna , call me Kai" ditekankan sedikit suaranya tanda serious . Hanna mengelengkan kepalanya berkali-kali . Nafas Kai dilepaskan perlahan-lahan buntu fikiran lelaki ini hendak buat apa agar Hanna memanggilnya dengan nama panggilan Kai . Ditutup matanya seketika , menghilangkan rasa geramnya dengan kedegilan Hanna .

Nada dering "Call Me Baby" dari Iphone5s Hanna membuatkan mata Kai outomatik terbuka . "Nae Omma , okey Hanna turun sekarang" pelukkan Kai terlerai apabila Hanna menganjakkan badanya ke belakang . "JongIn sorry ,saya tak boleh lama-lama dengan awak , saya kene balik sekarang , Omma dengan appa dah tunggu kat bawah" laju kakinya menapak keluar dari kelas tanpa menoleh kearah Kai .
~~~
"Omma , appa kajja" nafasnya turun naik akibat berlari tadi , dia tidak mahu lewat untuk majlis makan malam dirumah kakaknya iaitu Ayuna . "Sebelum tu ada nak singgah mana-mana tak ? Belikan apa-apa untuk Ayuna ke ?" Soal Encik Choi "Abang , dah banyak dah barang dapur kita beli untuk si Ayuna tu saya rasa cukup stok dia untuk sebulan" balas Puan Choi yang dari tadi membisu . Ketawa kecil Hanna melihat telatah ibubapanya itu .

Kereta Bmw Concept X6 milik Encik Choi meluru laju keluar dari kawasan sekolah .
Beberapa kilometer selepas itu Encik Choi menekan break kereta untuk berhenti di lampu isyarat merah . Tanpa disedari pemandu kereta belakang hilang kawalan dan akhirnya melanggar kereta Encik Choi.
"BAMMMM"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum guys , thanks for read and vote . Saya amat hargainya . Please say something about this story and kalaw ada apa-apa cadangan boleh inbox saya . And harap dapat bersabar sebab bab Babby Dont Cry ~2~ akan dipublish tak lama lagi"

-REAL__HIH

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz