BABY DONT CRY ~19~

697 66 1
                                    

"Tuan, gadis itu baru sahaja pulang dari America". Garau suara lelaki itu bercakap.
"Bawa dia jumpa saya . Dah lama kita tak jumpa .... CHOI HANNA".

~~~~~~~~~~~~

Sejurus sahaja meninggalkan rumah Yoora . Hanna berlajan mengelilingi kota Seoul yang boleh dikatakan 24 jam 'hidup'. Setapak demi setapak kakinya melangkah tanpa hala tuju. "Cik , boleh tolong saya angkat barang tak ?". Bahunya dicuit seorang lelaki tidak berambut dari belakang . "Boleh , kat mana ya ?". Hanna hanya mengikut langkah lelaki itu sehinggalah dia berada betul-betul di hadapan van. "Kat dalam van ni , maaf lah menyusahkan cik". "Ehh takpa , kotak ni ke encik ?". Kini 1/2 badannya berada di dalam van . Tidak semena-mena tubuhnya ditolak terus masuk ke dalam van . Dia tidak sempat hendak berbuat apa-apa. Kejadian itu berlaku dengan begitu cepat . "Hello , bos kami dah dapat dia. Dalam 12 minit kami sampai". Suara lelaki itu sayup-sayup kedengaran sebelum matanya tertutup . Tidak sedarkan diri .

Berkali-kali dia cuba mencelikkan mata . Silau . Seperti berada di sebuah bilik yang mempunyai banyak lampu. "Wake up . Babe". Terus kepalanya menoleh kearah punca suara itu . "Siapa awak ni , hah ? . Apa awak nak?". Nyaring suara Hanna bertanya. Diketepikan rasa takut yang bermaharajalera dalam dirinya . Kerana dia sudah berjanji dengan Chanyeol yang dia akan kuat dalam menempuh hidup. "Setahun lebih tak jumpa , takkan dah lupa wajah Boyfriend sendiri". Setahun ? , ye setahun . Setahun dia duduk di America bersama Ayuna . Setahun dia cari siapa diri dia . Setahun dia cipta hidup baru dan setahun dia lupakan kisah pahit hidupnya. Kai membuka kaca mata hitam yang dipakainya . "Anneyong". Sapa Kai sambil mengukirkan senyuman yang sukar ditafsir Hanna. Kai melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan Hanna . "Awak ? , apa awak buat ni ? . Lepaskan saya . Awak tahu tak salah menculik dalam undang-undang negara". Hanna cuba merungkai ikatan di tangannya. "Takkan lah salah culik girlfriend sendiri". "What girlfriend ? , correction kita dah takda apa-apa . So stop ganggu saya". Kai memandang tepat anak mata Hanna . Membuatkan gadis itu agak kekok . "Apa pandang-pandang ? . Tumbuk nanti baru tahu". Terkejut Kai mendengar kata-kata Hanna itu . Setahun tak jumpa Hanna dah lain , tak seperti dulu . Dia dah kuat dalam berbicara . Dah pandai buat keputusan and dah degil sedikit .

Kai membuka ikatan di tangan Hanna apabila melihat yang gadis itu dari tadi tidak memberikan tumpun kepadanya , asik tali yang dipandangnya. Selesai sahaja ikatan dibuka , Hanna terus berlari kearah pintu . Cuba larikan diri . Tapi sayang pintu telah dikunci , sia-sia sahaja dia lari pecut tadi. "Awak fikir senang-senang jer saya nak lepaskan awak macam tu jer. Fikir sekali lagi". Jangan haraplah Kai akan lepaskan dia macam tu jer, setelah sekian lama Kai menunggu saat ini tiba. "Awak nak apa sebenarnya ?". Suara Hanna kini lembut sedikit . Kai pula mula senang ingin berbual dengannya.
"Saya nak pujuk awak kahwin dengan saya". Spontan sahaja Kai berbicara , gaya bahasa dia tu seperti ingin oder air kat kedai. "Apa kahwin dengan awak ? Awak ? . Awak ingat saya dah lupa ke apa yang awak dah buat kat saya . JongIn , saya tak pernah lupa sesaat pun rasa sakit yang saya dapat daripada awak . Memang dulu awak boleh tipu saya , mempermainkan saya . Tapi sekarang tak . Saya bukan Choi Hanna yang awak kenal dulu . Saya Choi Hanna yang baru". Hampir terpaku Kai mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Hanna . Taksangka dia , Hanna yang di hadapanya sekarang ni telah pandai berkata-kata. "Kalau macam tu saya akan ikat awak sehingga awak nak kahwin dengan saya". Kai terus menyambar Hanna yang berada beberapa langkah sahaja dihadapannya. Apa ingat Hanna akan biarkan sahaja dirinya diikat . No. Dengan segala kudrat yang ada gadis itu cuba melepaskan diri . Tapi malang , kekuatannya tidak dapat membatasi kekuatan seorang lelaki.

"Lepas lah Kai !! . Lepas !!!". Hanna meronta-ronta . "Duduk dalam bilik ni kejap . Saya nak turun bawah nak minum air . Haus". Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci dari luar . Hanna menjerit tanda protes tidak mahu dikurung seperti itu . Setibanya di dapur , Kai membuka peti sejuk . Air oren yang berada dalam jug dituang kedalam gelas . Punggung dilabuhkan di atas kerusi . Air diteguk dengan rakus . Dituang lagi air ke dalam gelas sehingga penuh . Sebijik pil tidur dimasukkan . Kemudian Kai mendaki anak tangga menuju ketingkat atas bersama air itu . Air untuk Hanna !. Pintu dibuka . Kai melangkah masuk ke dalam bilik . Satu senyuman kecil terukir dibibirnya ketika melihat wajah Hanna yang masam mencuka . Sedang duduk di atas katil dalam keadaan marah . Perlahan-lahan Kai menghampiri , gelas diletakkan diatas meja kecil berhampiran. Tangan Kai membuka ikatan di tangan Hanna. Jelas kelihatan jalur merah pada lengan gadis itu akibat ikatan tali yang agak sedikit kuat tadi ."Nah". Dihulurkan air yang dibawanya kepada Hanna. Hanna tidak mengambilnya . Lama dibiarkan air itu tidak bersambut . Macam tahu-tahu jer yang Kai telah meletakkan pil tidur dalam air itu. Hanna memeluk tubuh . "Saya nak balik". Mata Hanna sudah mengeluarkan air mata. Perlahan Kai menghembuskan nafas. "Awak minum air ni dulu , lepas tu awak nak balik awak balik lah". Sekali lagi Kai menghulurkan air itu kepada Hanna. "Awak ingat saya ni budak 5 tahun ke . Awak mesti dah letak sesuatu dalam minuman ni kan". Hanna memandang tepat kearah Kai . "Takkan lah saya nak buat macam tu . Okey , tengok saya minum separuh". Kai meneguk separuh air dalam gelas itu . Dia terpaksa buat seperti itu agar Hanna 'termakan' dengan kata-katanya . "See , nonthing happend . Sekarang awak pulak minum". Gelas di tangannya di alihkan ke tanggan Hanna . Lama juga Hanna memerhatikan air dalam gelas itu . Berdolak-dalih , nak minum ke taknak. Malas nak kusutkan kepala , terus dia meneguk air oren itu sehingga tiada setitik pun yang tinggal. Kai tersenyum melihat . Bagus , nampak gayanya dia dan Hanna sama-sama lingkup sekejap lagi . Bay the way , mata Kai dah mula berat semacam dah. Dikelip-kelip matanya apabila bayangan Hanna nampak kabur. "Kenapa tiba-tiba gantuk ni ? , yahh JongIn awak letak apa dalam minuman ni". Mata Hanna mula berat untuk dibuka. Sejurus selepas itu Hanna terus terkulai layu . Tertidur . "Arghhh , tahanlah wahai mata". Berkali-kali Kai cuba mencelikkan matanya .
"At least biarlah tertidur di atas katil". Kai pun rebah . Zzzz.

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora