BABY DONT CRY ~3~

1K 81 0
                                    

"Hanna, do you need some help?" Suara lelaki yang betul-betul dekat di telinganya membuatkan Hanna tersentap.

"Siapa tu?"

Senyap.

"Heyy! Kalau kau pencuri, kau jangan cederakan aku. Kau ambillah segala apa barang yang ada kat dalam rumah ni tapi jangan sesekali dekat dengan aku!" Awal-awal lagi Hanna sudah memberi amaran tanda dia benar-benar takut. Tangannya tergapai-gapai kononnya mahu 'pencuri' tadi pergi. Tetapi dia tidak dapat merasakan apa-apa pun. Hanya angin yang menampar antara satu sama lain. Langsung tangannya tidak merasa sesuatu benda yang dikatakan sebagai manusia!

"Ehem, saya bukan pencuri." Suara tadi kembali lagi dan kini berada di belakangnya pula. Hanna segera memusingkan tubuhnya ke belakang dengan tangan terkapai-kapai di udara. Sama juga seperti tadi. Tiada apa-apa. Sudahlah dengan matanya yang begini, ada orang yang mahu bersenda-senda pula.

"Tolonglah, siapa awak sebenarnya?" rayu Hanna. Dia ingin menumpahkan air matanya di situ juga. Sungguh, dia langsung tidak dapat mengecam suara siapa. Nak kata suara abang iparnya, memang tidaklah. Suara abang iparnya tidaklah segarau ini. Nak kata Ayuna kakaknya, lagilah mustahil! Takkanlah Ayuna tiba-tiba buat pembedahan suara pula. Ini lawak...

"Saya..." suara itu bergema lagi dan kali ini pula dia berada betul-betul di hadapan Hanna. Hanna diam statik tidak bergerak. Hanya menegakkan tubuh namun tangan masih lagi ke sana ke mari. Cuba untuk mencapai tubuh si empunya suara itu.

"Abang angkat awak, jiran sebelah rumah awak dan nama saya Jang Geun Suk." Ucap lelaki itu yang bernama Jang Geun Suk. Ketika Geun Suk berkata ayat tadi, tangannya pantas mencapai tangan Hanna yang ke sana ke mari lalu diletakkan tangan kecil itu pada bahunya supaya Hanna dapat rasa apa yang berlaku sekarang ini.

Hanna terdiam jadinya. Jang Geun Suk... nama itu. Nama yang selalu ada dengannya tidak kira sama ada dia senang ataupun sebaliknya.

"Oppa..." barulah Hanna bersuara. Dia menggerakkan tangannya untuk naik ke wajah Geun Suk. Ya, benar. Dia dapat merasakan aura-aura itu.

"Ya," jawab Geun Suk, lembut sekali membuatkan Hanna seperti mahu mengalirkan air matanya.

"Oppa!" Segera Hanna merapatkan tubuhnya ke arah Geun Suk. Pinggang lelaki itu dipeluknya erat. Dia benar-benar rindukan abang angkatnya ini. Selepas dia kemalangan dan pulang ke hospital tempoh hari, dia langsung lupa soal lelaki ini. Entahkan dia tidak tahu atau dia tidak ingat, memang tidak pasti tapi apa yang dia anggap, Geun Suk baru menemuinya kali ini buat kali yang pertama selepas dia pulang dari hospital kelmarin.

"Shut... oppa ada dengan Hanna. Hanna jangan risau, ya?" Geun Suk menenangkan si adik angkatnya sambil mengusap-ngusap rambut keperangan Hanna. Dia dapat merasakan yang Hanna kini sedang menangis, cuma esakannya sahaja tidak kuat. Air mata sudah banjir di dadanya sekarang ini. Takkanlah tak menangis kut.

"Oppa, kenapa baru sekarang oppa datang? Hanna... Hanna dah but..."

"Shut..." segera jarinya singgah pada bibir kecil Hanna. Pelukan dileraikan sedikit.

Hanna diam.

"Jangan ungkit benda yang berlaku, Hanna. Oppa tahu yang Hanna... Hanna buta. Ayuna yang bagitahu kat oppa," sambungnya lagi. Memang dia terkejut pada awalnya apabila Ayuna, kakak tiri Hanna dan merangkap kawan baiknya juga memberitahu yang Hanna buta gara-gara kemalangan. Mata Hanna tertusuk pada serpihan cermin yang pecah dan mengena pada matanya. Dia sendiri tidak boleh terima hakikat bahawa gadis secantik dan seceria Hanna boleh menjadi begitu, lagikan si tuan punya badankan? Dulu, Hanna memang cerita tetapi bila tengok sahaja wajah dan matanya yang sedikit lebam itu, dia sudah tahu yang Hanna mulai berubah. Geun Suk pasti, bahawa Hanna banyak kali memberontak dan hilang arah apabila soal ini akan disoalkan. Sebab itu kalau boleh, dia tidak mahu Hanna menyoal hal ini lagi walaupun dengan rela hati gadis itu sendiri. Dia tidak rela melihat Hanna menangis dan terus menangis meratapi nasib yang kurang baik.

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Where stories live. Discover now