BABY DONT CRY ~13~

697 73 0
                                    

Dibaringkan tubuh Hanna diatas tilam dengan berhati-hati. Buntu Chanyeol apabila hendak memikirkan cara untuk menukar baju Hanna yang dah basah lencur tu . Takkan lah dia pulak yang nak kena tukar ,dibuatnya tiba-tiba si Hanna ni terjaga tak ke dia dituduh cuba mencabul pula nanti . Fikir punya fikir , yeahh akhirnya nama kakaknya yang keluar di benak fikirannya itu . Cepat tangannya mengapai telefon yang berada di kocek . "Annyeong Nonna , boleh datang rumah Chanyeol kejap tak . Ada kerja sikit untuk noona ni". Lama kakak Chanyeol mendiam memikirkan pertimbangan mahu pergi atau tidak . "Jangan nak suruh noona kemas rumah awak pulak ya". "Alah noona datang jer lah . Cepat sikit tau". Talian segera dimatikan . Penghawa dingin dibilik itu dimatikan takut Hanna demam akibat kesejukkan . Pandangan mata Chanyeol jatuh pada wajah Hanna . Banyak persoalan bermain difikirannya . Adakah Hanna telah melupakan siapa dia , siapa yang selama ini menjaganya atau cinta Hanna pada Kai itu tidak pernah akan pudar . Jika takdirnya bukan bersama Hanna jadi dia cuma ada satu cara untuk membuktikan betapa sayang dan kasih dia kepada Hanna .

'Ding Dong Ding Dong'
Lonceng rumahnya berbunyi berkali-kali . Kakak Chanyeol ni tak reti sabar betul kalau nak masuk rumah . "Cepat lah bukak pintu ni Chanyeol ,sejuk kat luar ni". Tak cukup bunyi lonceng suarnya dilontarkan sekali . Chanyeol berlari anak membuka pintu . "Hemm , ada apa panggil noona datang rumah ni . Noona ada banyak berita kaji cuaca nak on air hari ni". "Okey first , noona jangan terkejut apa yang Chanyeol akan cakap ni okey ?" . Chanyeol menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan keluar . "Kat dalam bilik Chanyeol ada seorang perempuan" .belum sempat Chanyeol mengahbiskan ayatnya , Yura iaitu kakak chanyeol dah mencelah. "Weooo ? , perempuan ? , apa ni Chanyeol kalau omma tau ni , mati dia pelangkung kau dengan senduk , kenapa sampai ada perempuan dalam bilik ?". Kini kakak Chanyeol sudah mula berjalan menuju ke bilik Chanyeol sambil mulutnya tidak henti-henti membebel. "Chanyeol nak suruh kakak tolong tukarkan baju dia . Dia lemas . Panjang ceritanya". Kini kaki kakaknya berhenti betul-betul di hadapan birai katil Chanyeol . "Unnie nak pakaikan baju apa untuk dia nanti". Chanyeol segera berlari menuju ke almari , diambilnya baju dan seluar Hanna lalu diberikan kepada Yura .

Yura memberi arahan tanda keluar kepada Chanyeol . Setelah bilik itu hanya tinggal Yura dan Hanna berdua so , mulalah kerja Yura . Dalam tempoh 25 minit kerja Yura sudah selesai . Alahai, bukan susah sangan tukarkan baju orang . Nasib jer orang tu dalam keadaan tidur . Yura menutup pintu bilik perlahan-lahan matanya mencarik susuk tubuh Chanyeol di ruang tamu tapi kosong . Telinga Yura menangkap bunyi kacawan sudu di dapur "ni mesti kat dapur ni". Kaki Yura menapak kearah dapur . "Chanyeollie , noona nak balik pejabat dulu lah ye". Badan Yura hanya berada di birai pintu dapur sambil matanya melihat setiap gerak-geri Chanyeol. "Noona duduklah sekejap , minum air ni dulu". Chanyeol menungkan sedikit air yang baru dibuatnya tadi kedalam cawan kaca vantage . "Noona ada banyak soalan , first, siapa perempuan tadi ? Second, Noona tangok banyak baju dia kat rumah , dia duduk sini ke ? and third mana Chanyeol dapat barang-barang dapur macam ni ?.vantage pulak tu . Cantik.". Chanyeol hanya mengeluh berat . Memang berat hendak memberitahu kepada kakaknya semua perkara . Bimbang kakaknya tidak dapat terima kenyataan yang dia duduk dengan Hanna sudah setahun tanpa pengetahuan omma dan kakaknya itu . "Chanyeol ? . Kakak tanya ni , jawab lah". Alamak ni lah yang tak best bila Yura sudah memaksa ingin tahu , maka kenalah Chanyeol cerita dari A hingga Z .

"Okey , Chanyeol jawab semua soalan kakak tu . First , nama dia Choi Hanna dia kawan sekolah Chanyeol hingga Chanyeol tamat sekolah and dia buta , walaupun dia buta tapi Chanyeol sayang dia sangat-sangat . Memang betul apa orang cakap cinta itu buta . Second , dia tinggal dengan Chanyeol dah dekat setahun tanpa pengetahuan semua and sebenarnya Chanyeol yang ajak dia tinggal dengan Chanyeol sebab takda siapa jaga dia . Third , barang ni semua ikut citarasa Hanna , cantikkan". Hampir tersedak Yura bila dengar jawapan soalan 2 . Sudah tinggal setahun tanpa pengetahuan dia dan omma. "Chanyeol kalau nak bersecret sangat jangan sampai tahap ni boleh . Buatnya kalau omma tetiba datang rumah, pastu nampak semua ni takke omma terkejut". "Sebab tulah Chanyeol nak kahwin terus dengan Hanna , senang . Takda siapa akan keliru dan terkejut dalam hal ni". Spontan Chanyeol bercakap , agaknya fikirannya sudah terbenak dengan Hanna sahaja . Sampai tidak fikir hendak atau tidak gadis itu berkahwin dengan dia setelah berjumpa kekasih lama . Lama mata Yura menatap wajah Chanyeol sambil otaknya berfikir akan hal 'kahwin' adiknya itu . "Sayang sangat kamu dengan gadis tu ya , sampai senekat ni". "Sayang lebih dari segalannya , tak terhingga sayangnya . Dia lain dari yang lain . Dia berbeza , unik . Dan rasanya kalau Chanyeol hilang dia bagai Chanyeol hilang dunia Chanyeol". Begitu sayang dan kasih dia kepada gadis buta itu . "Tapi macam mana kalau dia bukan takdir Chanyeol ?"

"Hanya satu pengorbanan untuk dia yang Chanyeol akan lakukan . Walaupun Chanyeol rasa 99% mungkin takkan berjaya tapi biarlah rasa cinta dan sayang itu dapat Chanyeol buktikan kepada dia."

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Where stories live. Discover now