BABY DONT CRY ~16~

592 70 0
                                    

Udara segar Seoul Korea disedut . Lega rasanya bila dapat pulang ke tanah air tercinta . Penerbangan yang mengambil masa bebrapa jam itu membuatkan seluruh urat-uratnya tersimpul , ingin sekali dia merengangkannya tapi takkan lah kat sini , nanti orang cakap buat free show senam erobik lah pulak . "Ohh lupa !". Hampir sahaja dia terlupa hendak menghubungi Ayuna , memberitahu yang dia telah selamat sampai . "Unnie !!! , Hanna dah sampai Seoul ni". Kedengaran suara Ayuna di talian . Mesra Ayuna menyahut panggilan Hanna . Mereka hanya berborak kosong , tak lama selepas itu panggilan dimatikan .

"Cik barang-barang saya dah masukkan dalam bonet kereta , dah bersedia untuk pergi ?". Pemandu teksi yang berumur 50-an itu membukakan pintu kereta untuk Hanna . Taksangka masih ada lagi orang yang peramah di Seoul ni . "Ajeossi , boleh bawa saya ke alamat ni tak ?". Sekeping kertas bewarna putih , dihulurkan kearah pemandu teksi itu . "Hemm, kalau nak ke tempat ni perlu ambik masa 1 jam itupun jika guna highway , tapi kalau guna jalan biasa akan ambil masa 1 jam setengah . Cik, nak saya ikut jalan yang mana satu ?". Biasanya pemandu teksi akan tanya terlebih dahulu sebab jika guna jalan highway harga pembayaran tol akan termasuk dalam duit tambang . "Takpa lah pakcik ,kita guna jalan biasa . Lagi pun saya bukannya nak cepat". Matanya tidak berkelip memandang suasana sekeliling ."Chanyeol ..... dia dah balik Korean selepas selesai sahaja pembedahan mata tu". Kata-kata Ayuna masih terniang-niang di telinganya. Ya , tujuan utama dia balik ke Korea adalah untuk tahu kenapa Chanyeol taknak jumpa dia , tidakkah lelaki itu gembira melihatnya yang sudah boleh nampak semula . Terima kasih kepada Ayuna yang faham keadaanya itu .

Kereta berhenti setibanya di lampu isyarat merah . Mata Hanna menangkap seorang perempuan buta melintas jalan dibantu oleh seorang lelaki. "Channyeol.....". Dulu sewaktu dia buta , Chanyeol lah yang menjadi 'tongkatnya'. Rindu sangat , sayang sangat , kasih sangat . 'Kita akan jumpa lagi Chanyeol dan waktu itu saya akan tanya kenapa awak tinggalkan saya ? awak benci saya ke ?'. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau , kereta kembali bergerak menuju ke destinasi .

"Cik , Cik , bangun . Kita dah sampai". Pemandu teksi itu menepuk lembut bahu Hanna , membuatkan gadis itu terjaga dari tidurnya . "Kita dah sampai". Sekali lagi pakcik itu bersuara . Hanna terus memandang tingkap kereta 'inilah rumah yang aku duduk dengan Chanyeol'. Terukir senyuman manis dibibirnya . "Cik , bag saya dah keluarkan . Jumlah tambang 700 won". 1 keping not 700 won dikeluarkan lalu diberi kepada pemandu itu .

"Choi Hanna ?!". Terkejut dia apabila tiba-tiba namanya diseru jiran sebelah . "Ya saya , makcik kenal saya ?". "Ehh kamu ni , takkan lah Makcik takkenal kamu , ni Makcik Hyorin lah . Kenal makcik lagi tak ?". Wanita yang dalam lingkungan 40-an itu laju menapak mendapatkan Hanna . "Makcik Hyorin ?.... . Ohh Makcik Hyorin !!! , apa khabar Makcik ?. Joesonghabnida ,saya tak berapa nak kenal Makcik". Hanna memeluk erat Makcik Hyorin , Makcik Hyorin lah yang selalu datang rumah , ajar Chanyeol masak itu ini untuknya dahulu . "Makcik gembira sangat bila nampak Hanna boleh melihat semula , wajah Hanna pun dah berseri sekarang tak macam dulu cengkung jer macam tak bermaya. Banyak berlaku sewaktu Hanna tiada . Tu jiran belakang rumah kita tu siapa namanya ya ? , ha Lee Min ho !!! , dia couple dengan Suzy sekarang . Lagi , tu Soo Joongki duduk rumah no. 31 , dia dah nak balik dari Army dah , tak sabar Makcik nak jumpa dia". Hanna hanya tersenyum mendengar cerita Makcik Hyorin , nak menyampuk bukannya dia tahu siapa tu Lee Min Ho or Soo Joongki . So , diam lebih baik. "Ha ni ada lagi satu cerita , masa hari terakhir kamu tinggalkan rumah ni , ada seorang lelaki datang . Dia jerit-jerit nama Chanyeol , lepas tu makcik keluar, bagi tahu dia yang kamu berdua dah bertolak ke America , terus dia berlalu pergi . Hanna rasa , Hanna kenal tak lelaki tu ?". Riak wajah Makcik Shin bertukar menjadi seruis . "Lelaki ? , saya tak kenal sesiapa pun melainkan Chanyeol . Makcik Hyorin sejuk lah kat luar ni , saya masuk rumah dulu ya". Lelaki ? Siapa ya ? Adakah mungkin dia ? Dia .

Tombol pintu dipulas . "Chanyeol-ahh !!!". Berkali-kali Hanna menyeru nama itu tapi kelihatan seperti tiada sesiapa dalam rumah , perabot-perabot dan kerusi ditutup dengan kain putih . Kaki Hanna menapak menuju ke bilik tidur utama iaitu biliknya dahulu , masih segar lagi dalam ingatanya setiap tingkah laku yang dia lakukan dalam bilik ini . Perlahan-lahan dia menapak kearah katil . Habuk , rasanya seperti rumah ini tidak terusik semenjak dia dan Chanyeol ke America . Jap , kalau setiap sudut perabut dipenuhi habuk , habis Chanyeol kat mana sekarang ? . Persoalannya dimana Chanyeol sebenarnya .


♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Where stories live. Discover now