BABY DONT CRY ~8~

693 72 1
                                    

"Kai !!!, kau dah tahu cerita yang Hanna dah masuk sekolah ni balik ?". Teamin memandang Kai yang sebuk membetulkan tali leher hitam sekolahnya . "Hanna ?, Pasal tu aku dah tahu lama , and aku fikir aku nak buat satu permainan dengan Hanna . Biar si buta tu tahu yang aku tak macam dulu lagi". Kejam , ye itu lah sifat baru Kai sekarang . Kai tidak seperti dulu yang penyayang , sweet dan bersifat gentelman . Dia sekarang sudah berubah 100% kepada pembuli .

Di Sekolah Menengah Black Pearl terdapat 3 golongan pelajar iaitu Kingkas , Queen and Slave . Kingkas ni terdiri dari pelajar yang kaya-raya and anak bangsawan ataupun seorang yang berpengaruh antaranya ialah seperti Kai . Queen ? , Queen pula biasanya terdiri dari perempuan yang popular seperti salah satu kumpulan F(X) dalam sekolah itu , kumpulan F(X) ini kadang-kadang akan berlaku kejam tapi kadang-kadang akan jadi baik dan lemah-lembut . Dan yang terakhir Slave , slave bererti Hamba . Dan biasanya akan dibuli dan ditindas dengan golongan atasan , sesiapa pun takkan boleh membantah cakap Kingkas and Queen kalau tak korang akan automatic jadi Slave mereka . Berhati-hati .

"Permainan apa yang kau nak buat ni Kai , kau jangan yang bukan-bukan dah lah . Ingat sikit Kai, si buta tu pernah jadi Girlfriend yang paling kau sayang dulu tau" . Panas rasanya bila Teamin mengingatkan kembali status Hanna dalam hidupnya dulu . "Itu dulu , sekarang si buta tu dah takda makna apa-apa lagi untuk aku . And lagi satu permainan aku ni akan buat dia rasa macam duduk kat neraka". Teamin terasa sedikit gerun dengan kata-kata Kai itu . Dia tidak boleh buat apa-apa melainkan akur dan ikut dengan cara Kai , sekali dia membantah kata ketua Kingkas itu, dia akan jadi Slave forever . "Aku taknak masuk campur dalam game ni , dahlah aku nak cepat nak jumpa Naeun ,dah janji dengan dia nak date kat belakang sekolah". Malas rasanya Teamin hendak masuk campur dalam game gila Kai itu , jumpa Naeun lagi syokk baginya .

"Better kau get ready Hanna , sebab aku tak rasa kau akan tahan duduk kat sini lama-lama". Rasa jijik dihatinya bila hendak mengigat kembali kenangan bahagia dia bersama Hanna dulu . Kalau diberi peluang untuk memadam memori , memori yang pertama dia akan padam ialah Hanna . Tidak mahu lagi hatinya menerima gadis yang bernama Hanna itu wujud dalam hidupnya . Mungkin Hanna sudah dipandang hina olehnya kerana gadis itu buta dan dah tak setaraf dengannya lagi .

~~~~~~~~~~~~~~~~~
'Kringggg'
"Okey class waktu dah tamat , semua boleh pergi ke kantin untuk rehat" . Biasanya pelajar yang duduk dalam pendidikan Khas ini akan ditemani oleh seorang pelajar yang telah dipilih oleh Pengetua Sekolah untuk membantu mereka membeli makanan atau berjalan-jalan pada waktu rehat. Kebanyakkan pelajar yang dipilih itu akan diberi sedikit 'duit poket' ,oleh sebab itu ramailah pelajar yang berlumba-lumba untuk menjadi 'Rakan Khas' . "Hai Sir Kim Soo Hyun , boleh saya bawa Hanna ke kantin ?" . "Chanyeol ? Kali pertama saya nampak Kingkas datang sini . Jap , takkan lah awak datang sini semata-mata nak dapat duit poket kut ?". Pelik Sir Kim Soo Hyun apabila pertama kali melihat Chanyeol berada di kelas pendidikan Khas, tidak pernah lagi dia melihat golongan Kingkas atau Queen di situ , kebiasaannya Slave yang akan selalu menolong pelajar pendidikan Khas ke kantin . "Sir , saya ni bukan macam Kingkas yang lain tu . Kalau boleh saya malas lah nak jadi Kingkas . Boring ". Boring ? , pelik betul Chanyeol ni . Ramai orang nak jadi Kingkas tapi , dia ? seperti mahu tidak mahu digelar King dalam sekolah . "Yelah Park Chanyeol , ni Hanna ada kat bilik no. 7 . Saya masukkan dia dalam aliran music sebab dia cakap dia boleh main pelbagai jenis alat music". "Okey Sir , saya masuk dulu ya" . Tidak sabar rasanya Chanyeol bila mahu berjumpa Hanna . Sejak dari dia menangkap gambar Hanna dan berjalan sebelah Hanna pagi tadi terus dia rasa mahu kenal lebih rapat lagi dengan gadis itu .

HANNA POV

Jari jemarinya laju menekan setiap nod piano . Seperti dia sudah hafal setiap kedudukan susunan nod piano itu. Alunan River Flows in you daripada Yiruma dimainkannya . Setiap bunyi yang dihasilkan melambangkan perasaannya yang sedih , kelam seperti hidupnya dan ada sedikit nod yang seperti memberi sokongan hidup kepadanya . Tiba-tiba dia memberhentikan jarinya dari terus memainkan bunyi indah piano itu kerana dia rasa seperti diperhatikan . "Chanyeol ? Awak ke tu ?" . Terbeliak biji mata Chanyeol bila Hanna boleh meneka kehadirannya disitu . "Macam mana awak tahu saya ada kat sini , and rasa saya , saya tak buat satu bunyi pun masa saya masuk tadi". Kaki Chanyeol melangkah rapat kearah Hanna , spontan punggungnya mendarat di sebelah Hanna . "Bau minyak wangi awak tu kuat sangat , mustahil saya tak cam bau awak" . Adoimak lupa pula pasal minyak wangi , kenapalah dia sembur minyak wangi tadi banyak sangat kalau tak dia dah berjaya memperanjatkan gadis itu . "Dah jom kita pergi makan , sini saya pimpin awak . So awak taklah susah-susah guna tongkat tuna netra awak tu". Hati Hanna berdolak-dalih mahu menerima pelawaan Chanyeol itu . "Takpa lah Chanyeol , saya taknak susahkan awak . Lagi pun saya dah selesa guna tongkat bila berjalan" . "Awak ingat saya kesah ke kalau awak nak atau taknak ? . Hanna saya Kingkas kat sekolah ni , and saya percaya awak mesti dah tahu pasal Kingkas ni sebab saya dengar awak dulu Queen kat sini". Kini barulah Chanyeol mengaku dia Kingkas . Ya , Hanna ialah Queen . Tapi itu dulu sewaktu dia bersama Kai . Kini tidak lagi sebab semuanya dah berubah . "Dah jommm , perut saya dah lapar sangat dah ni". Pantas tangan Chanyeol menarik tangan Hanna agar mengikut langakahnya sekali .

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Where stories live. Discover now