BABY DONT CRY ~4~

761 74 0
                                    

Mata Geun Suk meninjau-ninjau mencarik lot parking kereta yang kosong tapi hampa semua parking penuh . Jadi terpaksalah dia parking keretanya itu jauh sedikit dengan kawasan kedai makan . Sepanjang perjalanan mereka berdua tidak berhenti-henti bercerita pantang ada masa sikit pasti diisinya dengan gossip-gossip hangat.

"Betul ni Hanna taknak ikut sekali beli makanan ?" Sesekali matanya memandang sekilas majah Hanna sambil membetulkan cermin mata hitamnya . Seperti biasa Geun Suk akan mengenakan cermin mata hitam bila keluar , takut kene kejar dengan peminat fanatik . "Malas lah Hanna , oppa cuma belikan Hanna , Yangnyeom Tongdak (Ayam Goreng Pedas) , Japchae (Mee goreng) , Bulgogi (Daging BBQ yang diperap dan dibakar) , Bibimbap (Nasi campur) , Kimchi (Kobis Jeruk) , Jjajangmyeon (Mee Kicap) , Ramyeon (Mee Segera) , ok tujer kot " hampir terbeliak mata Geun Suk bila Hanna oder makanan sebanyak itu . "Baik oppa beli restoran tu terus kalau macam ni , dah oppa nak pergi ni , JANGAN PERGI MANA-MANA SESUKA HATI . FAHAM ? " Harus baginya untuk mengigatkan Hanna tambahan pula dengan keadaan Hanna seperti itu . Habis lah dia kalau Hanna kena culik atau hilang dalam keretanya itu . Silap haribulan terpapang wajahnya di dada akhbar , Tajuk : ARTIS POPULAR LELAKI DISYAKI MENGHILANGKAN SEORANG PELAJAR PEREMPUAN . Naik bulu romanya bila membayangkan perkara seperti itu terjadi.
"Aipp Aipp Kapten " geli hati Geun Suk bila melihat telatah Hanna yang kadang-kadang seperti budak 5 tahun itu .

Dekat 17 minit Geun Suk meninggalkan Hanna dalam kereta . Nasib penghawa dingin kereta tidak dimatikan kalau tidak mati lepas gadis ini dalam kereta . Hanna memejamkan matanya sekejap . 'Hello Jongin !!!' Matanya automatic terbuka . Apabila mendengar nama yang keluar dari mulut DJ Radio Sakura iaitu Dj Minjung . 'JONGIN' hanya nama itu berlegar di fikirannya . Dia masih ingat lagi yang Ayuna pernah beritahunya yang Jongin sekarang telah menjadi Model paling berpegaruh di Korea Selatan dan luar Negera . "Kai boleh cerita serba sedikit tentang latar belakang awak ? " mesra Dj Minjung menanyankan soalan kepada Kai "Hi , nama penuh saya Kim Jongin but you can call me Kai , i'm 18 years old."

Gugur air mata Hanna bila mendengar suara Kai, terubat sedikit rindunya . "Kai , saya akan membacakan beberapa soalan dari peminat awak , so get ready for the question soalan pertama , awak berasal dari mana ?" . Teliti telinganya mendengarkan setiap soalan dan soalan yang dibalas oleh Kai pasti akan diikuti dengan gelak ketawa Kai. Buat masa ini hanya itu sahajalah yang mampu mengubat rindunya. "Baiklah ini adalah soalan terakhir , Kai adakah anda mempunyai girlfriend ? " lama Kai membiarkan soalan itu tidak berjawab . "Saya ....." . Radio secara tiba-tiba dimatikan , sayang sekali kerana itulah soalan yang menjadi tanda tanya dihatinya , adakah Kai masih menganggap dia sebagai kekasih hati atau dia hanya menjadi tempat persinggahan Kai .

~~~~~~~~~~~~~~
Nak tahu apa jawapannya ? Tunggu BABY DONT CRY ~5~ . THANKS FOR READ AND VOTE GUYSSSS . STAY WITH THIS STORY OKEY . LOVE YOU .


♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Where stories live. Discover now