BABY DONT CRY ~12~

607 72 4
                                    

Setibanya dia di studio . Nombor telefon Chanyeol didail . Beberapa saat kemudian panggilan diangkat. "Aku ada buat party kat rumah aku malam ni . And kau dialu-alukan untuk hadir . See you tonight". Segera dia mematikan talian . Suara Kai yang tiba-tiba melulu membuatkan Chanyeol tidak dapat mencelah . 'Tak sabar rasanya nak tunggu malam ni'.

9.00 malam

"Nah kau pakai baju ni . Malam ni ada party kat rumah aku and aku taknak lah kau nampak selekeh sangat". Baju gaun labuh bewarna putih diletakkan di hujung katil . Walaupun bahasa Kai terhadap Hanna itu kasar tapi sifat lemah-lembutnya masih ada . Hanna tidak berkata apa-apa ,dia hanya ikut sahaja kata-kata Kai kerana hatinya bersyukur sangat kerana boleh bersama Kai semula . Tangan Hanna meraba-raba mencari baju yang diberi Kai tadi . "Kau boleh tukar baju kat dalam bilik air. Bilik air ada kat hujung betul-betul di hadapan katil ni . Lepas lima langkah kehadapan dan ke kanan selangkah". Beritahu Kai

Kemudian Kai terus keluar dari bilik . Mengintai Hanna di celah-celah pintu yang tidak tertutup rapat . Bibirnya digigit bagaikan ada maksud yang tersirat . 'DUUM' dahi Hanna terhantuk pintu almari . Kai menolak pintu bilik dan ketawa berdekah - dekah . Dipegang perutnya . Geli betul hatinya dengan kebodohan Hanna yang percaya padanya bulat-bulat . Sedangkan Kai sengaja ingin mengenakan Hanna . Kai menuju kearah Hanna . "Aku tipu jelah . Ni hah bilik air". Lengan Hanna ditarik dan dibawa ke bilik air . "Pandai-pandai lah kau uruskan diri kau dalam bilik air ni ya . Aku takda masa nak layan kau. Aku pergi dulu" . Kai pura-pura keluar daripada bilik air sedangkan dia masih berada di belakang Hanna . Kai menyangka taktiknya itu tidak akan disedari gadis itu . Bau minyak wangi Kai masih kuat dihidung Hanna . Untuk memastikan sama ada Kai betul-betul keluar atau tidak , dia meraba-raba sekitarnya . Terpegang sesuatu . Dia sendiri tidak dapat memastikan apa benda yang dia pegang tu . Diangkat benda itu , bersedia membuat balingan . Kai yang melihat sudah terbeliak biji mata . Eh kenapa dia pegang berus jamban tu? . Kai hampir bersuara untuk memberitahu Hanna , tetapi sedaya upaya ditahan suaranya agar tidak keluar . Takkan lah Hanna tahu yang dia masih berada dalam bilik air ini. Hanna bukannya boleh nampak .

Tidak semena-mena Hanna membaling benda yang dipegangnya ke suatu arah. "Argh !" Kai bukan main terperanjat lagi ketika berus jamban itu mengenai tubuhnya . "Hei , apa kau buat ni ha ? , kau tahu tak apa yang kau baling tu . Berus jamban tau tak". Ohh rupanya dia masih belum keluar dari bilik air ni. Hanna meneguk air liur . Tidak sangka benda yang dibalingnya berus jamban "Banyak-banyak benda yang ada kat dalam bilik air ni , berus jamban jugak yang kau baling". Sergah Kai . Segera lelaki itu melangkah dari bilik air . Dia akan membersihkan dirinya ditingkat bawah sahaja. Perlahan-lahan Hanna menutup pintu . Gatal betul. Cakap dah keluar , tapi sebenarnya belum . Agaknya dia nak tengok apa yang Hanna buat dalam bilir air kot. Kalau betullah macam tu , memang patut pun kena baling dengan berus jamban . Kai yang kini menuruti anak tangga tidak habis-habis membebel . "Orang tunggu dia dalam bilik air sebab takut dia tergelincir ke , tak jumpa pili air ke atau tak jumpa pintu nak keluar ke . Tapi dia bukan nak berterima kasih , makin buat macam tu pulak kat aku. Memanglah aku salah sebab kelentong dia tapi takkanlah ini balasan yang dia bagi kat aku. Hish memang aku tak puas hati ! tak puas hati !".

9.00 p.m.

Tetamu-tetamu yang hadir pada party Kai itu bukan calang-calang orang antaranya ialah ahli kumpulan BTS , SHINEE , BIGBANG , EXID , AOA, GIRLS DAY , 2NE1 , BIA4 , GOT7 , TOPP DOGG , F(X) , AKMU , B.A.P , BLOCK B dan SNSD . Party ditempatkan di halaman sebelah rumah berhampiran dengan kolam renang . "Cantik sangat ke Hanna tu , sampai Chanyeol dengan Kai berebut dia . Kalau nak dibandingkan aku dengan dia, aku rasa aku lagi sempurna". Jimin dari group Aoa berbisik di telinga Choa sambil matanya memerhatikan Hanna yang sedang duduk berhampiran tepi kolam . Akan tetapi mata Choa menagkap pandangan lain iaitu Chanyeol . "Ehh tukan Chanyeol oppa , takkan lah Kai jemput Chanyeol sekali" jari telunjuk Choa menunjuk tepat kearah Chanyeol. "Bagus lah kalau Chanyeol ada sekali , boleh kita tangok siapa yang layak untuk si buta tu". Tidak semana-mena Jimin menolak tubuh Hanna ke dalam kolam renang . Semua yang melihat , terperanjat besar dengan tindakan Jimin itu . Tambahan pula kolam itu agak dalam . Kalau tak pandai berenang mungkin akan lemas begitu sahaja . Hanna tercungap-cungap di dasar bagai menarik-narik tubuhnya . Hanna memang sejak dari kecil lagi tidak pandai berenang . Chanyeol yang melihat kejadian itu terus berlari menuju ke arah kolam renang . Para hadirin dilanggar begitu sahaja . Chanyeol menanggalkan kotnya apabila langkah semakin menghampiri kolam renang . Kemudian terus menjunam laju ke dalam kolam . Berenang ke dasarnya yang dalam .

Kelihatan tubuh Hanna sudah terkulai layu di dasar kolam . Chanyeol sedaya upaya berenang mendekati tubuh Hanna . Apabila tangannya berjaya mengapai tubuh Hanna , Chanyeol terus membawa Hanna ke permukaan . Kaki Chanyeol memijak satu persatu tangga . Di dukung tubuh Hanna bagai seorang puteri . Kai yang melihat kejadian itu terus meluru kearah Chanyeol untuk meleraikan dukugan Chanyeol itu . "Hanna tak selamat tinggal dengan kau Kai". Serentak dengan itu kaki Chanyeol terus melangkah pergi membawa Hanna bersamanya .

♡BABY DONT CRY ♡                                ♢ 아기가 울지 마세요 ♢Donde viven las historias. Descúbrelo ahora