BAB 1

638 19 0
                                    

"Are we involving in mitosis?"

"No, why?"

"That because I've never anaphase with you."

"Argh!!!!"

Jeritan suara pelajar perempuan yang sedang berkumpul di hadapan pagar sekolah nyaring kedengaran. Sanggup berpanas di bawah matahari terik semata-mata hendak menunggu kedatangan lelaki pujaan itu. Jikalau diminta agar berdiri di perhimpunan, tidak sampai setengah jam sudah tumbang. Kaki putus, makeup cair ada sahaja alasan yang diberi.

Siapa tak kenal Tengku Aydan?

Si penggila subjek Biologi. Anak kesayangan cikgu Biologi. Apa yang dilakukannya ada sahaja yang dikaitkan dengan subjek itu. Termasuklah ketika dia mengorat hati bunga-bunga di sekolah.

"Satu lagi rizz, Aydan!"

Dia geleng laju. Asyik-asyik dia yang kena fikir ayat. Mana boleh dapat percuma sahaja memanjang. Semuanya berbayar.

"Maybe lain kali jelah, girls,"tolak Tengku Aydan sebelum senyum menggoda.

"Argh!!!!"

Lain pula reaksi aku dan Sara. Ish, kerja diorang memang tahu menjerit ke apa? Memang mak ayah hantar sekolah untuk jadi pesakit hospital sakit jiwa ke?

Menjerit je tahu! Bingit tahu tak!

"Kau tahu? Sebulan kita cuti sekolah, aku dah stress gila tak jumpa dia!"

Dengan lagak yang acah-acah poyo, Tengku Aydan terus melangkah dengan penuh bergaya melintasi kumpulan pelajar perempuan tersebut. Cermin mata hitam berjenama Ray-Band dia pakai pada pangkal hidung mancungnya.

"Mesti best Raisya dan Sara. Dapat jadi anak angkat keluarga Tengku Aydan."

Beruntung apanya? Diorang tak tahu lagi perangai sebenar singa kelaparan Tengku Aydan. Dengan budak perempuan lain, bukan main manis lagi mulut menabur gula. Kalau cakap dengan aku dan Sara, terus berubah 360 darjah. Pandang sikit, macam nak terkam sahaja!

"See? Kau sendiri tahu yang diorang minat kat aku sebab aku handsome, kaya, keturunan diraja. Kau? Anak pungut, janganlah berangan nak duduk sama taraf dengan aku." Lelaki bongkak itu selamba menyindir kami berdua. 

Aku yang dengar hanya pekakkan telinga. Telinga bagai sudah lali dengan hinaannya, bahkan dikira kalis apabila dihujani ejekan setiap hari. Tengku Aydan kalau kata A, mesti A. Siapa yang berani melawan kata-katanya?

"Kau cakaplah apa yang kau nak. Aku malas nak layan. Just waste my time," balasku malas, seperti acuh tak acuh. Memang minta simpanglah!

"Ooo..malas nak layan? Siap kau, aku buli kau balik ni,"ugut Tengku Aydan dengan rasa tidak puas hati.

Whatever.  Aku membalas dalam hati. Masih ada lagi wujud hikayat si pembuli dengan Cinderella di zaman millenium ini. Tapi aku yang menjadi mangsa, taklah selembik si Elle yang hanya menunggu kedatangan si putera raja. Tengku Aydan itu tahap tapak kaki aku sahaja. Dia baru gertak, aku sudah sedia pijak-pijak dia sampai lunyai.

Aku terus berjalan. Agaknya tak penat ke hidupnya ini?  Ingat aku kecut perut ke kalau diugut. Apa aku kisah kalau dia nak buli ataupun tak? Nanti tahulah aku report pada mama dan papa. Baru padan muka buaya darat dia itu!

"Hoi!" Lelaki itu terjegil mata. "Kau memang nak kena kan, Raisya?!"

"Memang pun!"

"Memang pun!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now