BAB 21

196 8 0
                                    

"Masuk!"

Jeritan lantang bersuara garau yang membenarkannya masuk bergema kuat. Lutut kaki menggeletar dan meremang satu badan. Udara dingin terasa menampar kuat tubuh kecilnya.

Pintu diketuk dua kali. Tombol pintu dipulas sebelum ditolak perlahan. Kelihatan seorang lelaki yang segak berbaju kot merangkap bakal bos baharunya sedang duduk di meja kerja.

Tenungan misteri lagi menakutkan lelaki itu membantutkan pergerakan. Aura jahat dirasakan memenuhi sekeliling bosnya. Kecut perut Sara jadinya.

"Awak yang berdiri kat situ, tak geti duduk ke? Nak saya bentang karpet merah untuk jemput awak duduk?"soal Tengku Aydan sinis. Dagu ditongkat menunggu reaksi calon perempuan yang pucat mukanya.

Sara tersentak kuat. Kurang asam punya Aydan!

Dengan dengusan garam, Sara berjalan menghampiri lalu duduk di kerusi yang disediakan. Fail yang diselitkan maklumat peribadinya beserta resume dihulur takut-takut.

"Sara? Kau ke ni?" Tengku Aydan terkejut besar.

Bukan lelaki itu sahaja terkesima melihatnya, Sara juga terkedu apabila mendengar panggilan yang baru keluar dari mulut bosnya. Cepat benar panggilan saya dan awak yang diguna pakai oleh Tengku Aydan bertukar lebih kasar. Kau?

Sara mencebik.

"Aah, memang saya pun. Terkejut?"balas Sara santai menyilangkan dua kaki rapat. Tangan didepakan ke belakang pada bahu kerusi yang diduduki.

"Cantik kaki nampak. Tak boleh sopan lagi?"sindirnya.

"Saya datang sini susah-susah bukan nak bertekak dengan awak tau. Nak cari rezeki. Faham tak abang ipar yang saya sayang sangat..." Meleret perkataan terakhir diucap.

"Siapa bagitahu kau ada kerja kosong kat sini? Dan siapa yang memandai suruh kau pergi interview, huh?" berang Tengku Aydan apabila Sara mula mencabar kesabarannya yang senipis kulit bawang.

"Mama."

Badan Tengku Aydan mengeras. Satu perkataan itu mampu membuatkan Tengku Aydan terdiam. Gerun menguasai diri saat mengetahui dalang yang menyampaikan maklumat kepada Sara. Dia yang mempunyai posisi tertinggi dalam AM Holding pun tidak berupaya melawan perintah wanita tua itu.

"Erm, kalau macam tu aku terpaksa hadap jugak kan?"komen Tengku Aydan sambil membetulkan postur badan untuk duduk lebih tegak.

Sara tersenyum menang. Dah agak mesti lelaki itu akan tunduk macam lembu dicucuk hidung sekiranya mama mula masuk campur.

"Soalan aku mudah je. Kenalkan diri kau dalam bahasa Inggeris. Budak lepaskan luar negara kan?" Tengku Aydan buat-buat tanya sambil menunjuk sejarah pendidikan Sara yang tertera pada sehelai kertas putih.

"Absolutely of course. My full name is Sara Edlina binti Nizam but you can call me Sara. I'm currently jobless but I've experienced working as a stock clerk at a small grocery shop in Edinburgh. And I hope you can consider my application very well. Thank you."

Begitu fasih lidah Sara menyusun ayat perkenalan. Huluran salam Tengku Aydan langsung tidak disambut namun sebaliknya punggung dijatuhkan pada kusyen kerusi.

Bukan sebab bergaya ke tak. Ini pasal hukum hakam agama, dosa pahala. Sekalipun Sara tidak bertudung dan aurat pun tidak terjaga sangat, pengetahuan asas tentang bersentuhan antara ajnabi tak pernah hilang daripada ingatan.

Mama dan papa pun sering nasihat dan memberi ajaran agama yang cukup kepada kami adik-beradik. Cuma bab yang menutup aurat sukar dihadam. Sukar benar Sara hendak patuh kerana mama tak pernah memaksanya.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now