BAB 18

169 9 0
                                    

Penat. Satu patah perkataan yang dapat menggambarkan betapa letihnya dia sekarang ini. Seharian berlari ke hulu hilir menghulurkan bantuan mana yang mampu tanpa henti. Dua jam awal sebelumnya dihabiskan dengan mengagihkan cenderamata kepada tetamu yang hadir. Kotak sebesar bakul baju itu bukan sedikit isi di dalamnya. Mana dia tak cukup tangan?

Satu huluran diselangi pula dengan huluran cenderamata lain. Kudrat badan yang tersisa digagahkan juga untuk terus bergerak walaupun menunggu masa untuk tumbang ke tanah. Sekarang shif kerjanya sudah berakhir jua. Tugas pemberi hadiah digantikan dengan sepupu perempuan belah Tengku Aydan. Gadis yang ayu berbaju kebarung moden itu, Tengku Laura namanya.

Jadi serta-merta perang peluh yang turun mencurah-curah tadi tamat. Sekarang Sara terpacak tegak di tengah-tengah lautan manusia. Oleh sebab mama sekarang sibuk menghadirkan diri dengan sesi renjis atau menepung tawar pengantin, dia mengambil peluang untuk curi tulang. Bukan sebab itu sebenarnya. Dengan sikap introvert yang sebati dalam jiwa, dia biasanya memang culas sedikit dalam bab bersosial dengan orang lain.

"Fuh, boleh tahan ramai jugak orang. Kalau ginilah gayanya, memang tak makan lah aku." Sara menggaru kepala yang tak gatal.

Mata meliar pada segerombolan tetamu yang masih setia beratur di meja katering. Masing-masing sedang menunggu giliran untuk mengambil juada yang terhidang. Dia yang memerhati dari jauh pun jadi terliur.

Kruk...

Perut yang sudah berkeroncong disentuh. Inilah padahnya apabila dia melambatkan waktu makan. Niat sucinya mahu menunggu sehingga barisan tinggal sedikit menemukan penyesalan tak terhingga. Alih-alih, makin panjang pula dengan tetamu nampaknya.

Tatkala menahan rasa lapar yang menggila, suasana riuh rendah daripada khemah tersebut menjadi lebih rancak. Bunyi bising itu pastinya datang dari sudut kiri, apabila dia lihat sebahagian tetamu mula berkerumun di situ.

"Apahal pulak bising-bising? Kau kalau nak buat hal, jangan buat kat majlis akak aku! Hisy, menyusahkan betul!" Sara membebel panjang. Suaranya agak perlahan cukup hanya didengari telinga sahaja.

Langkah segera dilajukan ke arah sekumpulan manusia itu. Pada jarak 5 meter, baru dia dapat menangkap bunyi dengan lebih jelas. Suara budak perempuan menangis rasanya jika organ pendengarannya tidak berhenti berfungsi lagi.

"Adik, mama minta maaf ok. Nanti balik, mama belikan banyak patung Barbie. Jangan menangis lagi sayang."

Suara rayuan seorang wanita dewasa menerobos masuk ke dalam gegendang telinga. Mungkin ibu kepada budak yang menangis itu, tebaknya. Dilihat perempuan itu duduk melutut sambil berusaha melayan rajuk anak kecilnya. Budak cengeng, kanak-kanak memang kerjanya tahu menangis sahaja?

"Eh Sara, jahatnya mulut! Jangan lupa kau pun pernah jadi budak,"marah dirinya sendiri.

Huh! Takkan hendak dibiarkan sahaja keadaan itu berlarutan. Orang lain yang berdiri di sekitar pun sama tidak boleh diharap. Sudahlah tidak tolong meredakan suasana yang haru-biru, bijak mengambil kesempatan dengan merakam klip video untuk dimuat naik ke media sosial barangkali. Padahal bukan hal besar sangat pun.

"Shuhh.." Sara ambil beberapa langkah mendekatinya lalu tegak berdiri di depan budak kecil itu.

Tatkala perasan dirinya dihampiri seorang perempuan asing, budak kecil itu berhenti bergerak. Namun rengekannya semakin kuat berleluasa. Tidak lama selepas itu, dia menghentak kakinya yang sekecil tapak tangan Sara pada tanah yang dipenuhi batu-batu kecil.

Hentak kuat lagi, biar patah tangan! Lebih teruk, biar patah riuk satu badan! Senang Sara hantar terus masuk bilik kecemasan hospital. Lagi menarikkan jalan cerita, muncul berita hangat 'Budak patah tangan sebab terkejut jumpa bidadari syurga'.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now